View: 4499|Reply: 21
|
:: Full Review Album Terbaru OPICK - CAHAYA HATI ::
[Copy link]
|
|
Alhamdulillah.. terima kasih kpd forumer donk3 yang sudi kongsi link album terbaru Opick - Cahaya Hati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Track 1 - Hanya Allah
Opening track yang menarik. Berentak agak rancak dgn iringan percussion yang pelbagai serta suara latar ala koir, Opick berjaya memberi 'first impression' yang baik tentang album ini. Melalui lagu ini, Opick bercerita tentang bukti-bukti kekuasaan Allah yang dizahirkan pada kecantikan alam semesta.
(3/5 bintang)
[ Last edited by beta_carotene at 3-9-2008 10:25 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Track 2 - Cahaya Hati
Lagu kedua yang juga merupakan tajuk album ini berentak perlahan dan berjiwa melankolik. Lagu ini dicantikkan lagi dgn alunan violin pada chorus serta lirik yang menyentuh perasaan. Lagu ini umpama luahan hati seorang hamba kepada Tuhannya, bahawa Allah adalah cahaya hatinya.
(4/5 bintang) |
|
|
|
|
|
|
|
Track 3 - Ya Nabi Salam
'Ya Nabi Salam' adalah sebuah lagu selawat bernafas baru dgn komposisi lagu yang menarik. Menerusi lagu ini, Opick mengajak kita sama2 bersalawat mengagungkan Nabi junjungan kita Rasulullah s.a.w.
(3/5 bintang) |
|
|
|
|
|
|
|
Track 4 - Alangkah Indah
Lagu ini mempunyai identiti Nusantara yang kuat, mirip lagu2 kumpulan Raihan seperti '25 Rasul' dan 'Bismillah'. Sarat dengan muzik tradisional seperti gamelan, lagu ini dicantikkan lagi dengan lirik yang menyeru pendengar supaya sentiasa berusaha menjaga diri drpd melakukan dosa.
(3/5 bintang) |
|
|
|
|
|
|
|
Track 5 - Cinta Setulus Jiwa
Opick kembali mengalunkan rentak perlahan melalui lagu ini. Lagu ini berentak 'slow rock', sekali imbas seolah2 lagu nyanyian band-band rock Indonesia spt Ungu atau Gigi. Opick nyata masih mempunyai identiti vokal 'rock' meskipun kini sudah beralih kepada genre nasyid.
(4/5 bintang) |
|
|
|
|
|
|
|
Track 6 - Hamba-Hamba Allah
Melalui lagu ini, Opick sekali lagi berkolaborasi dengan penyanyi cilik Amanda selepas kejayaan lagu 'Alhamdulillah' (OST Anakku Bukan Anakku) dan 'Satu Rindu'. Lagu ini mempunyai potensi menjadi hits seperti dua lagu kolaborasi yang sebelumnya. Suara gemersik Amanda melengkapi suara Opick yang melankolis, lantas mesej yang disampaikan sampai terus ke hati.
(4/5 bintang) |
|
|
|
|
|
|
|
Track 7 - Ketika Cinta
Lagu ini akan mengingatkan kita dengan lagu 'Takdir' nyanyian duet Opick dgn Melly Goeslaw. Melodinya hampir2 sama, dari verse hinggalah ke chorus. Yang bezanya cuma lirik dan Opick kali ini hanya menyanyi solo.
(2/5 bintang) |
|
|
|
|
|
|
|
Track 8 - Allah Ya Nur
Lagu ini mampu menimbulkan perasaan sayu dan sedih kerana cinta kepada Allah. Penghayatan Opick yang mendalam menerusi lagu2nya ialah apa yang membezakan Opick dengan penyanyi2 lagu religi yang lain. Walaupun berentak akustik tanpa penggunaan alat muzik yang banyak, lagu ini bisa meruntun jiwa pendengar.
(5/5 bintang) |
|
|
|
|
|
|
|
Track 9 - Tuhan Lindungilah
Mendengar openingnya, saya menyangka lagu ini tidak menarik. Apabila sampai bahagian chorus, irama lagu terus berubah kpd 'hard rock'. Sesuai dengan liriknya yang menceritakan kejahatan syaitan, Opick kali ini lebih berani dengan menyerapkan irama 'hard rock'. Sekali lagi, identiti vokal 'rock' Opick menyerlah menerusi lagu ini.
(4/5 bintang) |
|
|
|
|
|
|
|
Track 10 - Ramadhan Tiba
Track penutup bagi album ini sememangnya bersesuaian dengan bulan yang mulia ini. Melalui lagu ini, Opick meraikan kedatangan Bulan Ramadhan "Marhaban Ya Ramadhan". Melodi lagunya juga cukup meriah dan menimbulkan perasaan gembira di kalangan pendengar. Sebuah track yang dengan mudahnya menjadi 'favourite' saya dalam album ini.
(5/5 bintang) |
|
|
|
|
|
|
|
amboi2 bangbita |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulilah akalo postingan saya ada manfaatnya .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 beta_carotene's post
berbakat sgt
tasangka selain gubah munge manggar bangbita jugak pandai mengomen |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 donk3's post
alhamdulillah....donk3 selamat berpuasa ya... |
|
|
|
|
|
|
|
ade link untk donlot x... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 LiFesEveN's post
refer post #1 |
|
|
|
|
|
|
| |
|