View: 3481|Reply: 11
|
Nokia 3120 classic (klasik tapi unik)!!!
[Copy link]
|
|
Klasik tapi unik
TELEFON bimbit 3120 classic merupakan antara telefon generasi ketiga (3G) terbaru daripada Nokia.
Tubuh candybarnya yang kecil di samping bentuknya yang klasik tapi unik, mungkin bukan menjadi tarikan bagi semua orang.
Dengan keupayaan 3G, tapi pada harga yang agak tidak membebankan iaitu RM790, itu barangkali satu lagi daya tarikannya.
Berasaskan kepada antara muka pengguna S40 yang mesra pengguna, berkomunikasi menggunakannya lancar. Berdimensi 111.3 x 45.4 x 13.4 milimeter dan berat 85 gram, tubuhnya dapat dipegang dalam keadaan yang selesa. Menaip mesej juga selesa kerana kekuncinya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Permukaannya yang rata, agak berkilat tetapi tidak terlalu licin, lantas memudahkan pergerakan jari.
Anda boleh melayari Internet menggunakan teknologi 3Gnya yang pantas (jika sambungan dibenarkan), membuat panggilan video dan mengirim emel. Anda juga tidak terlepas daripada mengabadikan kenangan dalam bentuk foto dan video kerana ia dilengkapi kamera dua megapikselnya.
Paparan QVGA dua incinya membolehkan penerimaan sehingga 16 juta warna dan boleh dikatakan memberikan keselesaan semasa melayari web.
Begitu juga untuk berhibur. Anda boleh mendengar radio, mendengar muzik MP3 kegemaran anda dan memainkan Windows Media Player.
Ia dilengkapi dengan memori bina dalam 24 megabait. Jika anda melihat telefon bimbit ini, jangan berasa kecewa atau tertipu dengan menyifatkan ia tidak memiliki slot memori tambahan. Ini kerana, slot memori tambahannya terletak di dalam telefon bimbit, dan hanya boleh dilihat apabila casing belakangnya dibuka. Ia rupa-rupanya boleh menerima memori tambahan microSD sehingga empat GB.
Ia menawarkan jangka hayat bateri lebih tiga jam untuk masa bercakap dan kira-kira 12 hari untuk masa bersedia. Ia juga dilengkapi dengan ciri skrin bersedia aktif.
Selain itu, ia juga menyokong fungsi lain seperti bluetooth, micro USB 2.0, pembesar suara dan set kepala. - ADHAM SHADAN |
|
|
|
|
|
|
|
boleh dipertimbangkan sebagai 2nd handphone |
|
|
|
|
|
|
|
kat cni sume pakai npon mahal2 ek..
any live/real review dr user 3120c ni?
AP set RM402 (as today), ok dak?
thinking of getting my doter a new fon..
agak2 melampau dak budak skolah rndah pakai 3G?
tp rega dia tu agak tempting la...
**dan kes nak guna 1+5 lah ni
(mak nye pakai k800 je..) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 tulip.purple's post
baru mggu lps beli hp ni.. kire ok la.. budak2 yg nk pakai kn? bknnya mak budak |
|
|
|
|
|
|
|
bagus bagi kat anak2. nampak mcm lasak. |
|
|
|
|
|
|
|
adik den baru beli last wik...
RM400 + trade-in hp lama dier...
boleh la... |
|
|
|
|
|
|
|
Ori ke ap? Mem card berapa gig?
Originally posted by mat_7824 at 18-5-2009 10:33
adik den baru beli last wik...
RM400 + trade-in hp lama dier...
boleh la... |
|
|
|
|
|
|
| |
|