View: 8119|Reply: 32
|
Rakyat pahang - Bersiap sedia hadapi banjir (laporan terkini)
[Copy link]
|
|
Rakyat Pahang diminta siap sedia hadapi banjir
KUANTAN 12 Sept. - Penduduk Pahang diminta bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir besar seperti yang dialami pada akhir tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Pembangunan Keluarga negeri, Shafik Fauzan Sharif berkata, walaupun musim banjir merupakan situasi biasa yang dialami rakyat negeri ini setiap tahun, ini tidak bermakna orang ramai tidak perlu bersedia.
''Setakat ini, kita masih belum ada pusat pemindahan banjir lagi, bila ada kenaikan air nanti baru kita akan buka.
''Bagaimanapun orang ramai tidak perlu risau kerana saya dimaklumkan bahagian pentadbiran pengurusan logistik di DUN Inderapura sudah mengadakan mesyuarat berkaitan persediaan banjir," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Rumah Anak Yatim Permata Camar, Penor, di sini malam tadi.
Hadir sama ialah Pengarah Tourism Pahang, Amran Abd. Rahman, Pengerusi Rumah Anak Yatim Permata Camar, Badrul Huzaimi dan Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) Pahang, Idros Yahya.
Pada majlis tersebut, seramai 29 anak yatim rumah tersebut menerima pelbagai sumbangan termasuk wang tunai, hamper, baucar makanan dan kain pelikat yang bernilai RM10,000.
Sumbangan-sumbangan tersebut diberikan oleh pengusaha-pengusaha hotel serta agensi-agensi pelancongan di sekitar Kuantan.
Shafik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inderapura berkata, masyarakat juga diseru mengubah mentaliti daripada mengaitkan bencana banjir dengan pemberian bantuan.
''Setiap kali banjir, orang akan fikirkan bantuan, kalau boleh ubahlah mentaliti itu, kerajaan negeri memang simpati dengan mangsa-mangsa banjir, namun janganlah terlalu berharap sangat pada bantuan semata-mata," katanya.
Tambah beliau, ada pihak mengambil kesempatan dengan mengaku diri mereka sebagai mangsa banjir semata-mata ingin mendapatkan bantuan walaupun rumah mereka tidak dinaiki air.
''Sebab itulah setiap tahun, kita pasti akan menemui nama mangsa yang kononnya tercicir daripada senarai penerima bantuan," ujarnya.
Mengulas keseriusan bencana banjir tahun ini, beliau berkata, kewujudan Empangan Chereh di Sungai Lembing yang dibuka baru-baru ini diharap dapat mengawal paras air banjir.
Pada sidang akhbar sama, beliau menyeru pihak yang ingin membantu anak-anak yatim supaya memberikan sumbangan berbentuk program akademik untuk meningkatkan tahap pendidikan golongan itu.
''Selain sumbangan pakaian dan wang
ps: jgn laa time nak raya ni.....
[ Last edited by tangopapa at 28-11-2008 02:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tahun lepas teruk gak tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 n.lee18\ catat
jambatan mana? setahu koi, jambatan yg ade tu pun, sungai nya besar longkang rumah je |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 cintan66's post
belum lg, baru2 ni hujan lebat...nampak satu dua tempat penuh ngan air |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa banjir di Pahang kini 91 orang
28/11/2008 11:25am
KUANTAN 28 Nov. |
|
|
|
|
|
|
|
Banjir semakin pulih
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Keadaan banjir di beberapa tempat di Pahang hari ini semakin pulih apabila hanya 29 daripada 90 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara.
Bagaimanapun, banjir di Kampung Padang Luar, Kuala Ibai di Terengganu yang melibatkan kira-kira 200 penduduk masih tidak berubah sejak dua minggu lalu.
Di PAHANG, jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri itu memaklumkan, daerah Lipis dan Raub pulih sepenuhnya apabila semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah hari ini.
Di Lipis, semua 66 mangsa yang ditempatkan di Masjid Seberang Jelai, Sekolah Kebangsaan Batu Yon dan Balai Raya Kampung Lentang dibenarkan pulang pada pukul 3.30 petang.
Begitu juga di Raub apabila lapan mangsa dibenarkan pulang selepas pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Pampong dan kedai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ajai ditutup kira-kira pukul 8.30 pagi ini.
Bagaimanapun, di Temerloh seramai 16 keluarga dari Kampung Kuala Kuang, Lanchang masih ditempatkan di Balai Raya Taman Murni dan Masjid Kampung Kuang.
Sementara itu, di Cameron Highlands hanya 13 mangsa daripada dua keluarga masih ditempatkan di Dewan Orang Ramai Ringlet.
Di TERENGGANU keadaan banjir yang berlaku sejak dua minggu lalu masih berterusan melanda kira-kira 200 penduduk Kampung Padang Luar, Kuala Ibai.
Ekoran banjir, air naik sehingga 0.5 meter ketika hujan lebat namun tidak surut sepenuhnya walaupun hujan berhenti kerana longkang baru yang dibina awal tahun ini gagal menampung air.
Selain merosakkan rumah dan perabot, air yang bertakung lama menimbulkan masalah lain kepada penduduk iaitu menyebabkan penyakit gatal dan menjadi tempat lintah membiak.
Di KOTA KINABALU pula, seramai 104 orang daripada 29 buah keluarga dari Kampung Bakalan dan Kampung Limbawang di daerah Beaufort dipindahkan ke pusat pemindahan sementara apabila kampung mereka dinaiki air sedalam kira-kira 3 meter akibat hujan lebat sejak tiga hari lalu.
Penolong Pegawai Daerah Beaufort, Mohd. Shaid Othman berkata, mereka mula dipindahkan sejak lewat malam semalam dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Sekolah Menengah Beaufort dan di Balairaya Wanita Limbawang.
"Banjir tersebut disebabkan air sungai Padas melimpah dan membanjiri Kampung Bakalan dan Kampung Limbawang yang terletak berhampiran sungai berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, air sungai tersebut meningkat mendadak berpunca daripada air yang mengalir dari Bukit Keningau.
Tambahnya, pada masa ini, jawatankuasa bencana alam Beaufort masih terus memantau keadaan banjir di daerah itu. |
|
|
|
|
|
|
|
belakang rumah aku nampak air dh surut..
2 hari lepas pulau tu memang tenggelam... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 tangkaijering\ catat
rumah kak tj penah kena banjir ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kt Pahang,kalau banjir,ktner yg plg TERuk? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #11 masarju\ catat
biasa kat pekan nun... daerah paling hilir ler kena teruk |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tangopapa at 29-11-2008 08:53 PM
rumah kak tj penah kena banjir ke?
rumah x kena
tapi jalan x leh lalu le...
selalu banjir ne dapat le bantuan makanan
beras hancur...
sardin tin kecil
susu
tepung gula
biskut |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya mandi manda waktu banjir..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 pressor\ catat
geli la... eee...
kg i selalu banjir... tapi tak kena pindah kecuali masa thn 70 dulu, dgn yg thn lps... takde seronok dah banjir, risau & penat mencuci rumah mengatasi segalanya.
skrg neh air sg dah dekat paras tebing... kaw. kg kemboja & kg ganchong (jln batu balik punya kg ganchong) diorang dah park keta2 kat tepi jalan raya... takut tenggelam kalau park tepi rumah... wat nyer air sg naik waktu tgh tido ... naya
smlm dah beli life jacket wat standby... .. mak i yg uzur pun kitorang dah antar ke atas bukit (felda keratong, rumah abg) |
|
|
|
|
|
|
|
Amaran hujan di Pantai Timur
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Jabatan Meteorologi mengeluarkan "nasihat peringkat kuning" mengenai hujan sederhana kadangkala lebat yang dijangka berlaku di beberapa kawasan sekitar Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Keadaan ini mungkin menyebabkan banjir di sekitar tebing sungai dan kawasan-kawasan rendah," menurut jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya ia dijangka berlaku dari Khamis ini pada sebelah malam, sehingga Isnin depan.
Kawasan-kawasan yang terlibat adalah daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Kuala Krai di Kelantan.
Di Terengganu pula termasuk daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang membabitkan daerah Jerantut, Kuantan, Maran, Bera, Rompin dan Pekan.
Sementara itu jabatan itu berkata, ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang di Pahang (daerah Kuantan dan Pekan), Selatan Terengganu, Sabah (bahagian Kudat, Pantai Barat, Sandakan dan Tawau) serta Sarawak (Kuching, Sri Aman, Sarikei, Limbang, Miri, Bintulu dan Sibu) dijangka berterusan sehingga malam ini.
- Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Paras air laut di Pahang dijangka meningkat
KUANTAN 2 Dis. - Paras air laut di perairan Pahang diramal meningkat esok dan Khamis ini ekoran hujan lebat yang mula turun di beberapa daerah termasuk Kuantan, Temerloh, Maran dan Pekan hari ini.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Pahang berkata, paras air laut dijangka meningkat antara 2.73 meter hingga 2.79 meter dalam tempoh tersebut dan mungkin mengganggu kelancaran air sungai untuk mengalir ke laut.
''Penduduk dinasihati mengambil langkah berjaga-jaga kerana hujan lebat yang mula berlaku di Kuantan, Temerloh, Maran dan Pekan boleh mengakibatkan banjir apabila air sungai tidak dapat mengalir masuk ke laut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berkata, jumlah mangsa banjir di negeri ini kekal seramai 13 orang iaitu di Lembah Bertam, Cameron Highlands.
Jelasnya, keadaan di tiga daerah yang mengalami banjir sebelum ini iaitu Temerloh, Lipis dan Raub pulih sepenuhnya semalam kecuali di Lembah Bertam, Cameron Highlands yang mengalami banjir lumpur sejak 26 November.
''Semua mangsa di Lembah Bertam hanya akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila keadaan disahkan selamat dan ketika ini mereka masih berada di Dewan Orang Ramai Ringlet," katanya.
Jurucakap itu menambah, air Sungai Pahang masih berada di bawah paras berjaga-jaga termasuk di beberapa daerah berisiko banjir.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku hujan berterusan.
''Setakat ini, tiada laporan mengenai banjir di tempat-tempat lain di Pahang sehingga petang ini," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Polis Maran sedia hadapi banjir
MARAN 2 Dis. - Polis Maran kini bersiap sedia menghadapi bencana banjir yang mungkin berlaku di daerah ini berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabuddin berkata, pihaknya sentiasa memantau paras air Sungai Pahang di dua stesen penyukat banjir di Chenor dan Kampung Lubuk Paku dekat sini.
Setakat ini, katanya, air Sungai Pahang belum mencapai tahap berjaga-jaga atau bahaya.
"Bagaimanapun pemantauan tetap dilakukan setiap masa bagi mengesan perubahan paras air.
"Kita telah bersiap sedia dengan kelengkapan seperti bot dan anggota untuk membantu mangsa banjir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ahmad Johari memberitahu, pihaknya akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah Maran, wakil-wakil rakyat, Jabatan Kesihatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi melicinkan proses bantuan kepada mangsa banjir.
Beliau turut mengingatkan penduduk yang tinggal di tepi Sungai Pahang supaya berwaspada dan segera berpindah jika diarahkan oleh pihak berkuasa.
Katanya, penduduk yang tinggal di kawasan yang mudah dilanda banjir seperti di pinggir sungai harus peka dengan laporan terkini menerusi media massa terutama radio dan televisyen.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentol, Datuk Shahaniza Shamsuddin ketika ditemui memberitahu, pihaknya telah menubuhkan Skuad Prihatin bagi membantu mangsa banjir di kawasan dewan undangan negeri itu.
Menurutnya, skuad itu dilengkapi sebuah bot akan dilancarkan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak di Rumah Rakyat Jengka 3 pada 15 Disember ini.
"Beberapa kampung dan tanah rancangan Felda dalam DUN Kuala Sentol dikenal pasti berisiko dilanda banjir ialah Kampung Kuala Sentol, Kampung Baru, Kampung Hulu Jempol dan Kampung, Jengka Satu," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
sonok org main banjir yek
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|