CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14672|Reply: 159

check keta sebelum balik raya bley elak keta meragam!!

[Copy link]
Post time 13-9-2008 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Elak kereta meragam
Oleh Irwan Asri Mohd Nor


JANGAN lupa untuk membuat pemeriksaan kenderaan sebelum balik beraya di kampung.

Balik kampung adalah rutin warga kota setiap kali menjelang musim perayaan. Selain pengangkutan awam, kenderaan persendirian merupakan pilihan utama bagi majoriti mereka yang tinggal di kota-kota besar.

Jadi sempena menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma dua minggu sahaja lagi, jom kita lihat serba sedikit tip yang mungkin berguna sebagai persediaan sebelum memandu pulang ke kampung halaman.

Anda tentu sahaja tidak mahu tersangkut di tengah perjalanan ketika orang lain sedang bersemangat untuk pulang ke pangkuan ibu dan ayah di kampung. Ramai orang akan memberi kepercayaan kepada mekanik untuk memeriksa kenderaan mereka.


PERALATAN kecil seperti lampu suluh dan segitiga kecemasan amat perlu ketika kereta mengalami masalah.

Namun begitu, mekanik lazimnya lebih memberi perhatian kepada perkara yang bersifat fizikal dan visual. Selain servis pelinciran dan kotak gear, bahagian lain yang lazimnya diperiksa ialah cecair bateri, brek dan juga tekanan tayar.

Dalam banyak situasi, ramai yang terlepas pandang bahagian yang tidak kurang pentingnya. Ia mungkin tidak menyebabkan anda tersangkut di tengah perjalanan, tetapi menyusah, melambat atau membahayakan perjalanan itu sendiri.

Berikut adalah beberapa peringatan yang mungkin berguna untuk kita semua.
Lampu

Jarang yang memeriksa keadaan lampu kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Periksa semua posisi lampu supaya berfungsi dalam keadaan yang baik.

Ia bukan sekadar lampu hadapan/utama, isyarat membelok dan brek. Lampu yang anda jarang gunakan seperti lampu undur, lampu kecemasan, lampu kabus (jika ada), bahkan lampu nombor pendaftaran kenderaan.

Pengelap cermin

Amat berguna ketika hujan. Pastikan pengelap cermin anda berfungsi dengan baik. Jika durasi penggunaannya telah terlalu lama, lebih baik tukarkannya kepada yang baru.

Jangka hayat terbaik adalah sekitar enam bulan. Adalah lebih baik menukar pengelap dengan kerap berbanding pengelap mahal untuk jangka masa yang lama.


PASTIKAN lampu utama kenderaan dapat berfungsi dengan baik.



Cuaca tropika mengehadkan jangka guna pengelap. Walaupun getah/silikon pengelap nampak masih elok, ia sebenarnya mungkin telah keras dan memerangkap kotoran seperti debu dan pasir.

Secara tidak langsung ia akan merosakkan cermin hadapan, akan lebih menyukarkan pemandangan apabila pengelap calar (wiper scratch) ini menjadi semakin teruk.

Pemanas cermin

Pemanas cermin perlulah dalam keadaan baik. Terutamanya bagi kereta sedan yang tidak mempunyai pengelap cermin belakang. Pemandangan anda akan terhalang sekiranya memandu dalam hujan lebat dengan pemanas belakang yang tidak berfungsi.

Ketika hujan lebat, cermin sisi kenderaan (lazimnya tanpa pemanas) akan mengehadkan pandangan belakang kerana titisan hujan dan jarak pandangan kabur antara mata dan juga cermin kenderaan.

Tayar ganti/peralatan

Ramai orang memeriksa tayar kenderaan sebelum perjalanan, tetapi ramai juga yang terlupa untuk memeriksa keadaan tayar ganti. Seperti biasa, tayar ganti ini perlulah dalam keadaan baik dan juga cukup tekanan anginnya.

Untuk tayar ganti bersaiz penuh, tidak perlu khuatir kerana jarak perjalanannya sama dengan tayar biasa, namun bagi tayar ganti bersaiz kecil, ia mempunyai had yang tertentu.


TIDAK ada gunanya jika anda hanya mempunyai tayar ganti tetapi alat pemasangnya tiada di dalam kereta.

Jadi jika anda terpaksa menggunakan tayar ini, pastikan kelajuan dan jarak perjalanan dipatuhi. Sekiranya terpaksa menggunakan tayar ganti dalam keadaan kecemasan, amalkan untuk terus ke kedai tayar berhampiran untuk memastikan anda mengganti/menampal tayar yang rosak/bocor.

Selain itu, pastikan alatan untuk membuka tayar mencukupi. Tidak guna mempunyai tayar ganti tetapi anda tiada alat untuk memasangnya.

Alat-alat seperti sepana pembuka tayar atau sepana T dan jek perlulah dalam keadaan baik dan berfungsi sepenuhnya. Jika ia tidak digunakan dalam tempoh yang lama, ada baiknya meletakkan sedikit gris atau menyembur bahan anti karat pada bahagian bunga (thread) supaya jek tersebut senang digunakan.

Peralatan tambahan

Perjalanan yang sempurna harus bermula dengan peralatan yang lengkap. Selain daripada pemeriksaan terhadap komponen asal kenderaan seperti yang disebutkan di atas, anda boleh mengambil inisiatif sendiri membawa peralatan yang berguna sewaktu perjalanan.

Ia termasuklah pemadam api bersaiz kecil, kotak perkakasan pembaikan yang ringkas, lampu suluh, segitiga kecemasan dan juga kotak bantuan kecemasan (first aid kit).




aku kena servis jazz aku sebelum balik johor raya nih!!...  tapi servis pun lagi 2 hari sebelum raya  aku dah booked siang2 takut banyak sgt yg anto servis nanti!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2008 09:01 PM | Show all posts
ALHAMDULILLAH, DAH SERVIS KERETA TERUTAMA ENJIN & BREK.

LAMPU2 PUN SEMUANYA OK.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 06:45 AM | Show all posts
selain kena servis dan diperiksa...kete juga perlu diberi penampilan baru di hari raya...takkan owner aje pakai baju, kasut, dan seluar dalam baru...kete pun kena dihias juga,,,bagi yg berada bolehlan masukkan sport rim baru, tinted baru, leather seats baru...bagi yang mampu bolehlah hantar polish, beli floor mats baru bagai,,,bagi yg kurang berkemampuan boleh le pasang stricker GTR baru atau sticker tauhu masam...bagi yang tiada kemampuan langsung...cukuplah sekadar tukar kedudukan sticker road tax, kalu dulu letak kat sebelah kiri cermin depan, bolehlah pindahkan ke sebelah kanan pulak.

[ Last edited by  zzcbr at 14-9-2008 07:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 07:50 AM | Show all posts
thn ni x blk kg raya... kene raya kt opis sorg2.. raya kt umah sewa sorg2..

so xyah la servis kete.. blum cukup 10000 km lg.. utk 3rd free servis...selamat wet haku

[ Last edited by  syahza at 14-9-2008 07:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 08:03 AM | Show all posts

Reply #4 syahza's post

aku nak antar kete gi servis gak...saja2 aje nak ambil mood raya...tak tahu lagi parents maria ozawa buat open house ke tak tahun ni...kalu buat boleh leh aku beraya umah dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 08:35 AM | Show all posts

Reply #5 zzcbr's post

kalo parents maria wat open hse blum tentu mak pak dia kasik dia blk umah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2008 09:08 AM | Show all posts

Reply #6 syahza's post

maria ozawa aje lah saudara yg aku ada kat sini...kalu mak pak dia tak kasik balik umah, terpaksalah dia bermalam kat umah aku
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 09:16 AM | Show all posts

Balas #7 zzcbr\ catat

jelesnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2008 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 14-9-2008 10:16 AM
jelesnye



jgn lah jeles...aku hanya cuba melaksanakan fardu kifayah...aku dpt kau tak payah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 11:23 PM | Show all posts

Reply #8 nik2121's post

anney!!~ teh tarik satu!!~

--- care mudah nak check thread tayar(dh post dlm posting lain,tp nk post lg skali jugak   ), selit duit 20sen celah thread/bunga tayar,kalau x nampak tulisan "sen" maknenye thread tu elok lg,kalau dh nampak jelas,eloklah tukar tayar tu....skarang ni pon musim hujan,bahaye nnt mase blik kg
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 08:34 AM | Show all posts

Reply #3 zzcbr's post

ko balik raya mana.... hokaido ka

mcamana raya sana... ko pakai baju melayu gi kerja ker.. atau ko amik cuti layan rancangan raya kat internet

semayang raya ada tak buat jemaah kat sana, or bagun tido tengahari pastu gi open house kedutaan jer... balik sambung tido


...... meh haku citer pengalaman beraya haku... pagi sesudah subuh pastu tak tidur dah, pagi tuh makan ketupat, rendang, mcm2 kuih dan biskut.... berpakaian serba baru beramai2 ke mesjid... ramai kanak2 bergumbira.... pastu kunjungi rumah rakan2 dan taulan... makan lagik rendang ketupat....
bersalam-salaman.... camtuh ler
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 08:50 AM | Show all posts
check lists kete sebelum balik raya sama ada yg hantar servis atau buat sendiri

1. minyak enjin pastikan mencukupi/atau ditukar kalu dah sampai tempoh
2. penapis minyak - tukar kalu dah sampai tempoh
3. fuel filter - check kalu2 dah nak tersumbat
4. bateri - kalu dah ada symton nak kong, baik tukar...check air bateri, beli satu botol sumbat as spare bubuh dlm boots
5. Air rediator - check air level and coolant
6.  tayar ... angin kasi cukup, pastikan bunga masih cantik, check juga kalu2 ada paku terpendam atau crack pada tyres, check juga condition dan angin tyre spare
7. Break ...kalu dah ada bunyi tu apa lagi tukarlah, jenguk2lah break disks tu kalu2 dah calar balar dan nipis
8. checks sama alignment kete tu -- kalu alignment lari taku nak balik ke kota baru sampai ke kangar lah pulak
8. lighting - pastikan all lamps, indicators termasuk break light, and reverse light berfungsi, seelok2nya ada light kits dlm kete (spare bulps)
9. Perfume...kalu dah tinggal botol kosong aje, gi lah beli satu yg baru...kesegaran dlm kete boleh membantu mengurangkan tension semasa jem
10. cuci kete...
11. isi minyak penuh2 sebelum melakukan perjalanan
12. jgn lupa bawa duit...raya raya juga...Tol kena bayar gak

sila sambung
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 08:54 AM | Show all posts
12. baju raya... amat tak best raya tanpa baju baru
13. kamera... amat penting utk merakam suasana berhari raya, tp kalu dah ada hp 5 mp takyah kamera dah

ok sila sambung.........
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 08:58 AM | Show all posts

Reply #11 rambutan's post

rambutan...cubaan yg baik   ...dah enam kali aku beraya kat obersi, dah biasa gitu...dipagi raya nanti layan ketupat maria ozawa aje lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 09:10 AM | Show all posts

Reply #14 zzcbr's post

Dukacitanye dimaklumkan penghantaran full muvi Maria Ozawa terpaksa ditangguhkan diatas sbb2 teknikal yg tidak dpt dielakkan..

[ Last edited by  tossee at 15-9-2008 09:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 09:14 AM | Show all posts
alamak kete aku belum servis lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2008 09:14 AM | Show all posts

Reply #13 rambutan's post

14. pastikan juga bawak balik duit raya yg mencukupi utk di bahagikan kepada anak2 buah & juga saudara mara..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 09:17 AM | Show all posts

Reply #15 tossee's post

kalu tak dpt hantar pada 16 sept tak pe toss...aku faham...kita tunggu 20 sept lak
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 09:19 AM | Show all posts

Reply #14 zzcbr's post

takde percubaan aper2 pong.... haku citer antiviti raya haku jer

nak tau gak aktiviti rayer ko................
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 09:19 AM | Show all posts
15. Pastikan duit tunai mencukupi utk pulang ke rumah bile dah habis beraya...nnt kang makan megi berjemaah lak bersama keluarga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.060693 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list