CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7994|Reply: 47

USA Ekonomi genting: Update: ekonomi usa makin buruk

[Copy link]
Post time 16-9-2008 06:43 AM | Show all posts |Read mode
Bank ke-4 terbesar muflis


BEBERAPA pekerja membawa kotak ketika meninggalkan
ibu pejabat Lehman Brothers, New York kelmarin.



NEW YORK – Dalam satu bencana kewangan yang dianggap antara terbesar dalam sejarah Wall Street, New York, bank keempat terbesar di dunia, Lehman Brothers memfailkan untuk muflis selepas Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) enggan menggunakan wang pembayar cukai untuk menyelamatkan institusi kewangan berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.


Tindakan pengisytiharan muflis itu dilakukan di Mahkamah Bankrap AS di New York oleh syarikat Lehman Brothers Holdings Inc.

Bank itu berusia 158 tahun dan mempunyai lebih 24,000 pekerja di seluruh dunia manakala 12,000 lagi di bandar raya New York kini berhadapan masalah pengganguran.

Pengumuman muflis itu dijangka mencetuskan gelombang kejutan di Wall Street yang menempatkan bursa saham dan sejumlah besar institusi kewangan.



DUA pekerja membawa barangan mereka
ketika keluar dari pejabat Lehman Brothers
di Canary Wharf, London semalam.


Sebahagian pekerja memberitahu bahawa mereka berharap akan dapat bekerja semula di bank itu.

“Bahagian paling sedih adalah apabila saya melihat rakan-rakan sekerja mengemaskan barangan mereka,” kata seorang wanita muda, Roseanne yang bertugas selama setahun.

Menurutnya, dia diberikan gaji dua bulan dan menganggap pekerja lain turut menerima pampasan itu.

“Pasaran kini berada dalam keadaan teruk dan kami merupakan orang tidak bertuah,” kata seorang lagi pekerja, Guelra Frutn.

“Saya berpendapat, kerajaan sepatutnya menolong kami,” jelasnya.

Kebanyakan pekerja dilihat memasuki ibu pejabat bank itu di Manhataan, New York dan enggan bercakap kepada pihak media.

Menurut Lehman Brothers dalam satu kenyataan, tujuan pengisytiharan muflis itu dilakukan sebagai usaha untuk melindungi aset dan memaksimumkan nilainya.

Firma bank itu kerugian AS$3.9 bilion (RM13.47 bilion) dalam suku ketiga fiskal. - Agensi


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

whoaa memang saya tak sangka....
one of the biggest bank in the world -
saya dah pergi kat bank ni - masa gi nyc last year -
in fact tangkap gambar pintu depan tu lagi dgn kawan2
and tup tup -- muflis pula -
my friend kat nyc ada mentioned recently tentang
lehman brothers mungkin going bancrupt -
well - cest la vie  eh --


[ Last edited by  amazed at 18-2-2009 01:44 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2008 07:56 AM | Show all posts


menakutkan...jangan ler makin byk kompeni muflis

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 09:09 AM | Show all posts
baca berita semalam, kejatuhan bank-bank besar di US akan mencipta satu krisis ekonomi di Asia. Pasni, kita akan dengar statement Nor Yaacob...."krisis kewangan di US tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia".
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 10:13 AM | Show all posts
perghhh....bank besar pun muflis.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 10:29 AM | Show all posts
baru nak apply keje kat situ..hmm, cedihh..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 10:30 AM | Show all posts
Originally posted by buDak_gaTaL at 16-9-2008 07:56 AM


menakutkan...jangan ler makin byk kompeni muflis



kompeni muflis takpe, jangan kite muflis..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2008 10:45 AM | Show all posts
tadi baru baca International Herald Tribune.Muflisnyer bank Lehman ini akan mengakibatkan economic downturn di US yang seterusnya akan merebak ke Europe dan seterusnya Asia....cemaner mekanisme dier tak brapa pasti.....but according to analyst it would cause global economic downturn.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 02:28 PM | Show all posts
Asian shares have dropped....HK, Japan, South Korea....

Some countries also injected money (billions/trillions) into their banking system in an attempt to calm markets
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2008 09:54 PM | Show all posts
Hmmm, rasanya ini akan mengakibatkan kegawatan ekonomi sedunia....

Apa kata para ekonomi di sini??
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 01:25 PM | Show all posts
ECB cuba kawal kesan keruntuhan Lehman Brothers

GERGASI insurans Amerika Syarikat (AS), American International Group (AIG) semalam gagal meyakinkan agensi penarafan kredit terhadap kemampuannya membayar semula hutang lantas memaksanya mendapatkan suntikan dana berjumlah berbilion dolar dalam masa singkat jika mahu terus beroperasi.

Berdepan masalah demi masalah, lewat kelmarin, tiga agensi penarafan utama iaitu Standard & Poor's, Moody's dan Fitch telah menurunkan penarafan kredit AIG.

Agensi penarafan berkenaan menilai tahap keupayaan pembayaran balik hutang AIG,iaitu syarikat insurans terbesar AS yang mempunyai kehadiran di pasaran global,pada tahap berisiko.


Berikutan itu, AIG perlu menjana lebih banyak modal untuk terus beroperasi, meskipun ia telah meminjam berbilion dolar bagi mempertahankan syarikat itu.

The Wall Street Journal (WSJ) dalam laporan di laman webnya semalam melaporkan, sumber yang rapat dengan syarikat itu berkata, AIG
mungkin terpaksa memfailkan pengisytiharan muflis jika gagal mendapatkan suntikan pembiayaan baru yang mencukupi menjelang hari ini.

Pada Isnin, harga sahamnya menjunam sebanyak 61 peratus kepada AS$4.76 dan dalam tahun ini saja, nilai sahamnya sudah merosot sebanyak 93 peratus.


AIG adalah peserta utama dalam satu pasaran yang rumit iaitu bagi menanggung insurans syarikat di Wall Street yang berdepan dengan kegagalan pasaran bon.

Produk itu selalunya berhubung kait dengan pasaran hartanah AS yang sedang berdepan dengan krisis kewangan dan menyaksikan penyusutan aset yang ketara di seluruh dunia.



[ Last edited by  derose83 at 19-9-2008 10:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 01:31 PM | Show all posts
Kemampuan AIG bayar hutang diragui

Gergasi insurans AS terpaksa dapatkan suntikan dana berbilion dolar bagi terus beroperasi

GERGASI insurans Amerika Syarikat (AS), American International Group (AIG) semalam gagal meyakinkan agensi penarafan kredit terhadap kemampuannya membayar semula hutang lantas memaksanya mendapatkan suntikan dana berjumlah berbilion dolar dalam masa singkat jika mahu terus beroperasi.

Berdepan masalah demi masalah, lewat kelmarin, tiga agensi penarafan utama iaitu Standard & Poor抯, Moody抯 dan Fitch telah menurunkan penarafan kredit AIG.


Agensi penarafan berkenaan menilai tahap keupayaan pembayaran balik hutang AIG, iaitu syarikat insurans terbesar AS yang mempunyai kehadiran di pasaran global, pada tahap berisiko.

Berikutan itu, AIG perlu menjana lebih banyak modal untuk terus beroperasi,meskipun ia telah meminjam berbilion dolar bagi mempertahankan syarikat itu.

The Wall Street Journal (WSJ) dalam laporan di laman webnya semalam melaporkan,sumber yang rapat dengan syarikat itu berkata, AIG mungkin terpaksa memfailkan pengisytiharan muflis jika gagal mendapatkan suntikan pembiayaan baru yang mencukupi menjelang hari ini.


Pada Isnin, harga sahamnya menjunam sebanyak 61 peratus kepada AS$4.76 dan dalam tahun ini saja,nilai sahamnya sudah merosot sebanyak 93 peratus.

AIG adalah peserta utama dalam satu pasaran yang rumit iaitu bagi menanggung insurans syarikat di Wall Street yang berdepan dengan kegagalan pasaran bon.

Produk itu selalunya berhubung kait dengan pasaran hartanah AS yang sedang berdepan dengan krisis kewangan dan menyaksikan penyusutan aset yang ketara di seluruh dunia.

Dalam kenyataannya kepada pihak berkuasa pasaran modal AS, Suruhanjaya Sekuriti dan Saham AS, AIG berkata, ia memerlukan AS$13.3 bilion bagi memenuhi tanggungjawab hutangnya. - AFP



[ Last edited by  derose83 at 19-9-2008 10:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 01:48 PM | Show all posts
Pasaran saham seluruh dunia menjunam

PASARAN saham seluruh dunia menjunam semalam berikutan kebimbangan berlakunya krisis kewangan global susulan kejatuhan firma gergasi pelaburan termasyhur Amerika Syarikat (AS),Lehman Brothers, manakala firma insurans terkemuka, AIG pula terpaksa mencari sumber kewangan baru untuk kekal beroperasi.

Suasana panik susulan kebimbangan itu menyebabkan sebahagian besar pelabur seluruh dunia menarik keluar pelaburan dalam pasaran ekuiti dan juga komoditi,sekali gus menyebabkan penurunan ketara indeks utama global.

Kebimbangan kemungkinan runtuhnya sistem kewangan AS menyaksikan aktiviti jualan panik di Wall Street menyebabkan penanda arasnya, Indeks Perusahaan Dow Jones susut 504.48 mata atau 4.42 peratus untuk ditutup pada 10,917.51 mata
awal pagi semalam, kejatuhan terbesar sejak insiden serangan pengganas pada 11September 2001.

Di Asia, pasaran yang mengalami kejatuhan paling besar semalam ialah Korea dengan indeks penanda aras Kospi menjunam 6.10 peratus atau 91.17 mata kepada 1,387.75 mata.

Ini diikuti pasaran saham Hong Kong dengan Indeks Hang Seng jatuh 5.44 peratus atau 1,052.29 mata kepada 18,300.61 mata.

Indeks Nikkei 225 Jepun pula susut 4.95 peratus atau 605.04 mata kepada 11,609.72, Indeks TSEC Taiwan susut 4.89 peratus atau 295.86 mata kepada5,756.59, Indeks Komposit Shanghai China susut 4.47 peratus atau 93.04 mata kepada 1,986.64 dan Indeks Straits Times Singapura merosot 1.01 peratus atau 25.12 mata kepada 2,461.43 mata.


Di Bursa Malaysia pula Indeks  Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 1.87 peratus atau 19.26 mata kepada 1,012.37, paras terendah dalam tempoh 22 bulan sejak November 2006.

Di Eropah, pasaran saham di London susut 1.39 peratus, Frankfurt (0.94 peratus) dan Paris (0.71 peratus) pada dagangan awalnya petang semalam.

Mengulas kejatuhan semalam, Pengurus Pelaburan Institusi Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Deti Affendi Kadir, berkata kejatuhan besar pasaran global berpunca daripada penarikan keluar dana oleh pelabur antarabangsa dengan jangkaan lebih banyak lagi firma kewangan global bakal berdepan masalah sama seperti Lehman, Merill Lynch dan AIG.

揔eadaan sedikit panik hari ini (semalam). Pelabur menjual pelbagai segmen pelaburan termasuk ekuiti dan komoditi termasuk minyak mentah, emas dan sawit,dengan jangkaan permintaan yang lebih perlahan susulan ekonomi global yang
lemah.

揇alam kekalutan kedudukan kewangan global, mereka kini lebih selesa untuk memegang tunai, menanti keadaan kembali tenang sebelum membuat pelaburan baru,
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 02:35 PM | Show all posts

Reply #9 Neraka Bulan's post

aku bukan ahli ekonomi... tapi yg mula2 akan efek harga minyak dulu.. kat usa dah turun.. kawan aku hepi aje...   tapi turun2 pun.. kalu convert duit kita  mahai gak.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 02:37 PM | Show all posts
Panik, panik di seluruh dunia

SEJUMLAH orang berjalan melepasi ibu pejabat firma
Lehman Brothers di New York semalam.


NEW YORK – Pasaran saham di Eropah dan beberapa negara Asia semalam mencatatkan penurunan terendah dalam sejarah berikutan suasana panik selepas bank pelaburan keempat terbesar di dunia, Lehman Brothers memfailkan pengisytiharan muflis.

Kelmarin, indeks pasaran saham Dow Jones di New York menurun secara purata 504 mata ketika ditutup iaitu turun 4.5 peratus - yang terburuk dalam sejarah sejak serangan pengganas pada 11 September 2001 di AS.

Indeks di Dow Jones juga jatuh 58.70 mata kepada 10,858 dalam tempoh hanya 10 minit ketika dibuka pada waktu pagi semalam.

Firma Lehman Brothers Inc., yang memiliki Bank Lehman Brothers mengumumkan memfaikan pengisytiharan muflis di Mahkamah Bankrap AS di New York pada pagi kelmarin sekali gus mencetuskan kegemparan dalam pasaran kewangan di seluruh dunia.

Berikutan pengisytiharan itu, indeks pasaran saham di New Zealand, NZX-50 jatuh 2.87 peratus semalam iaitu yang terbesar dalam tempoh enam tahun.
Di Tokyo, indeks pasaran saham Nikkei jatuh 4.95 peratus kepada 11,609.72 iaitu yang terendah sejak 8 Julai 2005.

Pasaran saham di London pada waktu tengah hari juga terus menunjukkan penurunan berikutan runtuhnya institusi kewangan Lehman Brothers.

Pada waktu tengah hari semalam, pasaran saham di London jatuh 153.1 mata dan mencatatkan indeks 4,997.2 mata iaitu yang terendah sejak Jun 2005.
Pasaran saham di Rusia turut tidak terkecuali menerima nasib yang sama apabila indeks jatuh lebih 10 peratus kepada 1,149 mata.

“Panik sudah mengenggam pasaran saham Rusia,” kata tajuk agensi berita Interfax.

Suasana cemas itu juga menyebabkan Bank of England menyuntik tambahan £20 bilion (RM123 bilion) ke dalam pasaran semalam.

Bank of Japan turut berbuat demikian dengan menyuntik 2.5 trilion yen (AS$82.95 bilion) ke pasaran dan pegawai-pegawai cuba menenteramkan kebimbangan berhubung krisis kewangan. – Agensi





index komposit dow jones sumer  merudum.... jatuh beb... jatuh!!! nzx ygtak pernah jatuh teruk pung..... susut habish!!  tu ler penangan kalu bank2 besaq ni bankrap!!  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2008 02:42 AM | Show all posts
Kisah sedih pekerja Lehman Brothers



JACK (kanan) mententeramkan tunangnya,
Blue di luar pejabat Lehman Brothers di Canary
Wharf, London pada Isnin lalu.


LONDON - Sekeping gambar menceritakan segala-galanya mengenai kesedihan seorang pekerja Bank Lehman Brothers di London, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita yang gambarnya disiarkan akhbar dalam talian MailOnline kelmarin kelihatan sayu sambil memeluk tunangnya di luar pejabat Lehman Brothers cawangan London selepas dia dikejutkan dengan berita bank itu muflis.

Kini, wanita yang dikenali sebagai Blue itu bukan sahaja terpaksa menyertai 4,500 kakitangan bank itu di London yang bakal diberhentikan tetapi rancangannya untuk mendirikan perkahwinan turut terjejas.

Blue bekerja di Jabatan Sumber Manusia di pejabat cawangan Lehman Brothers di London. Wanita itu dan tunangnya, Jack yang bekerja di bank Barclays merancang membayar pendahuluan bagi majlis perkahwinan mereka selepas dia mendapat gaji esok.

Namun, semua perancangan itu menjadi bercelaru berikutan pihak majikan mengumumkan bahawa ia tidak memiliki wang mencukupi bagi membayar gaji pekerja.

"Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kami mungkin terpaksa menangguhkan perkahwinan tersebut," katanya dengan nada sebak. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 12:35 PM | Show all posts
Giliran AIG diselamatkan Kerajaan AS

Rizab Persekutuan sediakan pinjaman sehingga AS$85b

KERAJAAN Amerika Syarikat (AS) bertindak menyelamatkan, American International Group Inc (AIG), iaitu tindakan menyelamat kali kedua dalam bulan ini bagi mengelakkan kegagalan syarikat insurans itu memberikan kesan kepada pasaran kewangan serta mengancam ekonomi negara itu yang sudah sedia rapuh.

Rizab Persekutuan AS kelmarin berkata, ia akan menyediakan pinjaman kecemasan sehingga AS$85 bilion untuk tempoh dua tahun bagi menyelamatkan AIG yang hampir gagal susulan kesan daripada kejatuhan pasaran subprima dan tekanan kredit yang menyusul selepas itu.


Susulan itu, Kerajaan AS akan menguasai 79.9 peratus kepentingan ekuiti dalam AIG dan hak memberhentikan pengurusan kanan.

Langkah itu serupa seperti apa yang dilakukan apabila Kerajaan AS mengambil alih syarikat gadai janji terbesar Fannie Mae dan Freddie Mac pada 7 September lalu, yang mana Perbendaharaan Negara berkata, ia bersedia menjamin sehingga AS$100 bilion dalam setiap syarikat bagi memastikan ia tidak muflis.

Kedua-dua langkah itu menimbulkan banyak persoalan mengenai penggunaan wang awam untuk menyelamatkan syarikat swasta.


Rizab Persekutuan bertegas kegagalan AIG akan memburukkan lagi pasaran kewangan dan ekonomi.

Perniagaan AIG membabitkan hampir semua institusi kewangan di dunia dan menjamin AS$88 bilion aset termasuk gadai janji dan pinjaman korporat.

"Kegagalannya juga boleh menjurus kos pinjaman lebih tinggi, mengurangkan kekayaan isi rumah dan melemahkan lagi prestasi ekonomi," kata Rizab Persekutuan dalam satu kenyataan.

Keputusan membantu AIG adalah bertentangan dengan langkah Kerajaan AS sebelum ini, apabila ia enggan menggunakan wang awam untuk menjamin Lehman Brothers Holdings Inc.
Lehman, yang memfailkan perlindungan bankrap Isnin lalu, runtuh di bawah beban kerugian berkaitan pegangan hartanahnya.

-AP


[ Last edited by  derose83 at 19-9-2008 10:54 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2008 12:39 PM | Show all posts
2 lagi firma saham fail perlindungan bankrap

DUA lagi syarikat yang mempunyai kaitan dengan firma pelaburan Amerika Syarikat (AS) yang runtuh,Lehman Brothers memfailkan perlindungan bankrap, kata sebuah pemantau korporat,semalam.

"Sunrise Finance dan Lehman Brothers Commercial Mortgage yang berpangkalan di Jepun, kedua-duanya meminta perlindungan daripada pemiutang di sebuah mahkamah negara itu," kata Teikoku Databank, firma yang menyimpan data bankrap di Jepun.

Jumlah liabiliti kedua-dua firma itu adalah 748.41 bilion yen atau kira-kira AS$7 bilion.

Sunrise Finance dikenali di Jepun kerana menawarkan wang untuk membantu firma teroka teknologi maklumat, Livedoor membeli sebuah stesen radio.

Livedoor kemudian berdepan kejatuhan teruk apabila pengasasnya, Takafumi Horie,yang satu ketika di anggap perintis atau model usahawan Jepun yang agresif disabitkan dengan kesalahan penipuan kewangan.

Lehman Brothers Commercial Mortgage adalah pakar dalam pinjaman cagaran hartanah di Jepun.


Syarikat induknya yang satu ketika adalah syarikat peneraju Wall Street dengan sejarah 158 tahun memfailkan kebankrapannya di New York Isnin lalu selepas berdepan kerugian besar daripada krisis subprima pinjaman kepada pelanggan berisiko tinggi.

Kelmarin, unit utama Lehman Brothers di Jepun meminta perlindungan kebankrapan.

Liabilitinya adalah 3.9 trilion yen (AS$36.6), menjadikannya kebankrapan kedua terbesar dalam sejarah moden Jepun.


AFP


[ Last edited by  derose83 at 19-9-2008 10:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 09:41 AM | Show all posts
bank besar pun boleh muflis....
158 tahun lama tu......
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 10:58 AM | Show all posts

Balas #18 ichigo86\ catat

itulah penangan krisis ekonomi.sebesar mana pun syarikat,jika tiada kegiatan urus niaga dan pengaliran wang tunai pasti akan menghadapi masalah.

[ Last edited by  derose83 at 19-9-2008 11:00 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 04:52 PM | Show all posts
[tr][td=3,1][/td]
[/tr][tr][td=3,1]Investors who bought financial products from Lehman Brothers or the product
link to the Lehman Brothers, protest during a demonstration in Hong Kong today.
A bankruptcy judge decided early yesterday that Lehman Brothers can sell its
investment banking and trading businesses to Barclays, the first major step to
wind down the fourth-largest investment bank in the US. — AP pic[/td][/tr]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.520440 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list