View: 3370|Reply: 24
|
KITA BACA UNTUK INGATAN BERSAMA .... TAK KIRALAH SUAMI ATAU ISTERI OK ?
[Copy link]
|
|
Oleh - Dr. Fadhilah Kamsah
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami .
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara
isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya
jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak . Benih
dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n
berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk
isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma
ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu ,
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok
belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh
control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda . Selalunya
perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi
itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja .
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai
isteri nak mampus pun tak perasan ..
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat ..
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan . Bukannya laku bila
dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga
belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati .
Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan
kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman
"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu,
sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
Renung-renungkan. ..dan selamat beramal..
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa dulu sinis saya bila saya cakap susah jadi suami ni..haa jawap lerrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak betulnya, especially bab merajuk tu...kebanyakkan wifee kena pujuk hati sendiri, demi anak anak |
|
|
|
|
|
|
|
Kekdg haku pujuk jati sendiri bila tgk muka anak bersungguh2 dia peluk haku..kalo kenang ayah dia kim salam.. |
|
|
|
|
|
|
|
sundri majuk..sundri pujuk laaa...letih laa laki nak pujuk..alaaaaaaaa pokok nyuk tu pun tak bersiram lagik..letih tawww
asik nak di pujukkkkk jek..
oang pompuan ni kalo buleh 24 jam nak di belai..apa? ingat donia berputar sekeliling awak je ke? tu haa..PM lembab cam dolah tuu..nak dibiorkan?
alaa doktor tuu..ntah2 bini dia majuk mak datin tuh..dia dulikkan jek..yerlahh..kene masuk tv nak kasik ceramah..kang miss soru tak dapat beli rantai emas besor rantai basikal..untuk bini gak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 ajinomotonosuga's post
bukan pujuk tahap merayu abe aji..pujuk ala2 je pun haku tak kisah...kalo hati haku sakit sgt org pujuk bagai nak rak pun haku buat derk.. isk..payah tau nak paham hati bini ni... |
|
|
|
|
|
|
|
i smell tipikal malay men cr*p attitude somewhere in this trid
 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 ajinomotonosuga's post
Abe aji maksudkan pompuan kena jadik ala2 lilin la ni..isk..cam haku apa yg haku dah buat dlm perkahwinan haku try fahami dia sikit2...so skang dah rasi...dia tak suka rambut gugur sepah2..haku cepat2 kutip.byk gak la haku kena buat..penat pun ye sbb benda bukan biasa buat on the spot |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak dengar org sebut Bapok ni... huhuhuh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by a_dira at 26-9-2008 01:28 PM 
Oleh - Dr. Fadhilah Kamsah
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami .
2. Bila isteri bercakap, pand ...
Dr fadilah nih sendiri pun anak2 dia hancus gak...boleh pakai ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ajinomotonosuga at 26-9-2008 02:27 PM 
sundri majuk..sundri pujuk laaa...letih laa laki nak pujuk..alaaaaaaaa pokok nyuk tu pun tak bersiram lagik..letih tawww
asik nak di pujukkkkk jek..
oang pompuan ni kalo buleh 24 jam nak di ...
tepat cakap ko aji..aku ada gambor anak pompuan dia nih kaki disko seksi nak mapuih gitew...tapi dalam tv asik dok cerita perangai anak ..bini cemerlang...
cakap tak serupa bikin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 nighunter71's post
tu la cemerlang zaman moden nite...
bapak kasi duit unlimited kat anak...tu la bapak cemerlang... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by a_dira at 26-9-2008 13:28 
Oleh - Dr. Fadhilah Kamsah
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami .
2. Bila isteri bercakap, pand ...
...and we continue to dream for a utopian world... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 a_dira's post
alahai..mcm mimpi je nk dpt suami melayu mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 blackmore's post
|
|
|
|
|
|
|
wakaka ada org terasa rupanya...sori le baru jenguk balik trid ni. white trash? first punch? abatar aku pun jadik isu??? dan juga - wahhh 25 thn dok negara omputehhhhh...
tapi kenapa bila aku mention typikal malay mentality, ko terus compare dgn mat saleh?
OoOOo lupaaaa...25 tawoonnn bebbbb dok negara omputehhhhhh
pffttttt
selamat hari raya, maaf zahir batinnn...puasa tak tu? gaya2 mcm PMS je
big fat L! |
|
|
|
|
|
|
| |
|