View: 9132|Reply: 21
|
NOKIA E SERIES (E71 and E66)
[Copy link]
|
|
Nokia E-series imbangi tugasan dan permainan
| E71 mampu membantu pengguna melaksanakan tugas secara mobiliti.
|
NOKIA meneruskan langkah cemerlangnya dalam bidang telekomunikasi melalui pelancaran dua model telefon bimbit terbarunya yang berasaskan perkhidmatan e-mel iaitu Nokia E71 dan Nokia E66
Dengan tawaran harga RM1,950 untuk E71 dan RM1,995 untuk E66, kedua-dua model ini kini boleh didapati di pasaran.
Melalui rekaannya yang nipis dan bergaya, Nokia E71 dan Nokia E66 menawarkan aplikasi yang memudahkan penggunanya mengakses e-mel peribadi termasuk e-mel korporat yang ditawarkan oleh perkhidmatan Microsoft Exchange.
Dilengkapi dengan papan kekunci mudah untuk mengakses e-mel bagi E71 dan bukaan lungsur untuk E66, kedua-dua model ini mampu menawarkan perkhidmatan e-mel secara menyeluruh kepada penggunanya.
Rekaan kemas
Menurut Pengurus Pasaran Produk Nokia Malaysia, Glen Cha, Nokia E71 dan Nokia E66 direka khas untuk individu yang menjadikan mobiliti e-mel sebagai medium bekerja atau bagi tujuan aktiviti peribadi.
''Rekaan kemas pada kedua-dua model ini menjadikan penggunanya kelihatan lebih berkeyakinan dan mempunyai kelas yang tersendiri.
''Selain itu, kedua-duanya juga dilengkapi dengan ciri-ciri multimedia terkini seperti yang diinginkan oleh pengguna sekarang,'' katanya.
Apa yang menarik, pengguna telefon bimbit ini hanya memerlukan satu sentuhan mudah untuk mengakses perkhidmatan e-mel mereka.
Bagi pengguna yang menggunakan aplikasi Microsoft Exchange untuk mengakses e-mel pula, mereka boleh memuat turun perkhidmatan Mail For Exchange untuk tujuan memudahkan urusan menyemak e-mel secara mobiliti.
Selain capaian e-mel, kedua-dua telefon bimbit ini juga memberi peluang kepada penggunanya mengakses beberapa aplikasi lain seperti Microsoft Word, Excel, Powerpoint dan juga fail dalam format PDF.
Kelebihan telefon bimbit ini adalah ia mampu menyokong perkhidmatan akaun e-mel daripada beribu- ribu pembekal servis internet (ISP) di seluruh dunia seperti Gmail, Yahoo! mail dan Hotmail.
Antara keistimewaan lainnya ialah kedua-dua model tersebut dilengkapi aplikasi Nokia Intellisync Wireless Email sebagai platform alternatif untuk perkhidmatan e-mel seperti System Seven dan Visto Mobile.
Bagi menyerlahkan lagi kualitinya, rekaan luaran dan dalaman kedua-duanya diperbuat daripada bahan tahan karat serta boleh didapati dalam dua warna iaitu kelabu dan putih.
Dengan reka bentuknya yang bersifat ergonomik serta pad kekunci yang dicipta khas, E71 pula boleh dikendalikan secara selesa sama ada menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan.
Apa yang pasti, melalui aplikasi sokongan kepada perkhidmatan Ovi, kedua-dua model ini boleh mengakses perkhidmatan peta, muzik dan perkongsian media di antara pengguna.
Ini termasuk kepantasan dan akses tanpa had untuk sambungan 3G, sambungan Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi (HSDPA), teknologi LAN tanpa wayar, sistem penentu kedudukan global (GPS), simpanan permainan muzik sehingga 8 GB dan kamera fokus automatik 3.2 megapiksel.
Untuk para usahawan dan peniaga kecil pula, kedua- dua model E-series ini sesuai digunakan oleh mereka kerana ia dilengkapi ciri tambahan seperti rangkaian maya persendirian (VPN), capaian intranet syarikat dan perlindungan maklumat korporat syarikat.
gila babas cantek punya E series wooooooo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku still pkai yg E61i
usya2 gk tdi kt giant....
rege dia rm1.8k.... huhu.... |
|
|
|
|
|
|
|
keypad kecik
wpun qwerty
lelain ok .. xde game pun
|
|
|
|
|
|
|
|
E71 ok lah kalau untuk jari-jari yang kecik. Cuma perlu biasakan denga qwerty keypad tu..Looks very sleek . Processor agak laju dan tak mudah hang..
Say lebih berminat dengan design E66 yang slim tapi dengar khabar menpunyai battery yang lemah dan camera pun tak berapa elok. |
|
|
|
|
|
|
|
dh penah try hp ni kt kedai ari 2...mmg slim abes laa..tp bateri dia ok ke...compared 2 n82/n95 mn g bagus/? |
|
|
|
|
|
|
|
reply sblh tgn mau jatuh henset ni bsr sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Design : Nampak very smart. as smart as Blackberry Bold |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgh berkire2 nk angkt E71 ni..denga batt die thn lame jgk..dkt 3hr..hurm..cdg nk agkt Ap punye je..pastu taruk garmin tx.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah berkenan ngan HP E71 ni......
ps: aku tarik balik statement aku yg aku tak sker HP ala2 design blackberry ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by havovasta at 22-11-2008 06:32 PM
aku tgh berkire2 nk angkt E71 ni..denga batt die thn lame jgk..dkt 3hr..hurm..cdg nk agkt Ap punye je..pastu taruk garmin tx..
kalau bergarmin, battery E71 tahan 14 jam! cuma chrome dia mudah tanggal bila kerap bersentuh dengan kulit muka |
|
|
|
|
|
|
|
yuna baru angkat E66 slide..ok laa for women ada GPS..pastu org tu install garmin |
|
|
|
|
|
|
|
aku terberkenan dgn E66.baru2 ni cimb bank buat promotion utk angkat nokia E66 ni secara easy payment 0% interest iaitu sebanyak RM 140 sebulan selama 12 bulan.
harus aku sambar henpon ni bulan depan.huhu..
so sapa2 yg ada bad experienced dgn E66 ni bleh x mention kat benang ni b4 aku sambar.
yg E71 aku x berkenan.x cantik la design dia.mcm kamus elektronik bergerak lah plk.huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
hp e71 ni best
mudah handle |
|
|
|
|
|
|
|
partner aku br jumpa E71 ni kat airport melbourne. Dia msg aku kata dia jumpa phone nie. Aku cakap apa lagi, grab je lah. Klu x org lain amik. Then dia kata mmg dah ada dlm poket dia pun... Huhuhuhu~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|