CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2388|Reply: 13

Alice in Wonderland bersama Siti, Ziana, Mawi dan Maya

[Copy link]
Post time 5-10-2008 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Siti, Ziana, Mawi dan Maya: Dalam Satu Filem?

Siti Nurhaliza bakal berlakon filem
[email protected]

KRU Studios dikatakan berjaya pujuk penyanyi nombor satu beraksi di layar perak

DALAM kesibukan umat Islam masih meraikan Aidilfitri, teropong Zubir mendapat maklumat terbaru, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal bergelar pelakon filem menjelang 2009! Sebelum ini Zubir pernah diberitahu, desas-desus Siti bakal membintangi drama bersiri terbaru, Spa Q 2 yang bakal menjalani penggambaran sedikit masa lagi. Khabarnya Siti sudah hampir pasti berlakon dalam drama itu.

Angin yang bertiup kencang ke telinga Zubir memberitahu syarikat filem yang berjaya memujuk Siti menerima tawaran mereka ialah KRU Studios! Desas-desus juga menyebut menjelang tahun depan, KRU Studios akan menerbitkan satu filem bergenre fantasi muzikal, ala-ala Alice In Wonderland. Wow! Kalau ia jadi kenyataan, bolehlah bikin box-office gambar itu, Siti berlakon tu!

Pun begitu, Siti bukanlah ditawarkan sebagai watak utama, tapi sebagai watak penampilan khas dan terbabit untuk beberapa babak saja. Khabarnya, selain Siti, penyanyi kening lentik yang sudah lama tidak muncul di layar perak, Ziana Zain turut berlakon! Sekiranya Ziana menerima tawaran itu, dia diberikan watak sebagai nenek kebayan, tapi versi cantik! Fuyoo... pasti peminat Kak Ziana tak sabar nak tengok nenek kebayan bertubuh meletup!
Ziana Zain


Selain Siti dan Ziana Zain, KRU Studios juga dikatakan mahu mengekalkan 慸uyung cantik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2008 12:49 PM | Show all posts
KRU ni suka benau buat filem pakai idea omputih....mcm melayu takde cerita dongeng je nak wat...cicakman amik citer spiderman sebijik, duyung pun amik gak sikit2 little mermaid....jin notti itu citer eddie murphy

please la KRU...alice in wonderland? ntah2 CGI semua buat ala-ala kat negara omputih...

mcm citer dongeng melayu tak bagus...kalau x bagus takkan sampai skarang org kita dok tagih citer bawang putih bawang merah yg dah dibuat berbagai versi?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 01:32 PM | Show all posts

Balas #2 makhluk\ catat

aku setuju pendapat ko...cicakman tu aku tengok bukannya best sangat pun cam filem sampah pun ada....

duyung lagi larrr membosankan aku....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 03:37 PM | Show all posts
dia ingat hero heroin ni laku lagi kut

apsal x ambik dd fazura dan sewaktu dgn nya
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 04:49 PM | Show all posts
entah le..aku filem cicakmen tu pon  xpernah tgk..citer duyung langsung x hingin nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 04:49 PM | Show all posts
get out of the box. mana nak maju filem negara klu asyik benda yg sama je. pemikiran2 bodoh mcm ni la yg menyebabkan industri filem negara lembab nk mampus. apa salahnya meniru benda yg baik?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2008 05:42 PM | Show all posts
Beria jer ckp citer tuh gempak r aper r tp cam sampah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 06:14 PM | Show all posts
sape yg jadi alice? ct ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2008 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by cluesan at 5-10-2008 04:49 PM
get out of the box. mana nak maju filem negara klu asyik benda yg sama je. pemikiran2 bodoh mcm ni la yg menyebabkan industri filem negara lembab nk mampus. apa salahnya meniru benda yg baik? :sh ...


sbb kita think out of the box lah....korang ingt omputih nk pandang sgt kalau kita wat filem guna efek CGI tp jalan cerita takde nilai seni, plus, menitu citer yg diorang dah buat berkurun2...

alangkah baik, KRU dgn kepakaran yg dia ada (itu diakui dan dikagumi semua org) menggunakan kepakarannya utk memartabatakan seni budaya melayu dan negara malaysia sekaligus! berapa kerat org asia even malaysia sendiri yg tahu citer2 dongeng? makin pupus lagi ada...so itulah..bukannya kta nak kondem x tentu fasal...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 07:38 PM | Show all posts

cite duyung
adoiii sengal nyer
lawak ... kosong
jalan cite ... kosong
sume kosong
harap maya karin jd duyung
lelain ... saiful apek .... adoiii
boring2 .....

try la buat jalan cite sendiri
idea sendiri .. skrip sendiri (xde tiru mane2 pihak)
kata kaya ... mampu buat CGI ape kebenda ajer la
tp .... ayooo ... kosong

cam ner nak sokong filem tmptan kalau sume kosong???

nak selit, cite 9 september ... borink2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 08:04 PM | Show all posts
susah nak cakap lagih pong baru ade 2 filem yang dah siap tapi tengok cicakman jer arrr.... x larat nak tengok apek dalam duyung

kru nih citer dier

ost bole tahan
cgi leh tahan
promosi leh tahan
trailer gempak

yang lain hancussssss
lagi2 biler skrip, pemilihan pelakon ngan lawak2 bodoooo
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 07:26 PM | Show all posts

Reply #11 ahmad_dhani91's post

muktamadnya...kru patut stop amik Meor Shariman tu buat skrip..dah byk filem2 dia tulis copy citer2 dah ada...main2 cinta...banyak sama dgn ali setan, tentang bulan tu...tipikal, cam muhsin pun ada...cicakman dah sah2 copy plot citer spiderman... takde otak ke? gunalah otak kreatif yg tuhan kasik...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 11:47 PM | Show all posts
nak nak lg kalo razak jd pengarah, haiyyyyyooo harus aku pikir sejuta kali nk tgk walupn ader ziana kesayanganku
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 01:44 AM | Show all posts
hmm..tapi kalau aku la haq89,
aku lebih terangsang nak tgk filem adaptasi game "American Mc Gee's Alice".
memang Alice in Wonderland versi horror la :@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.075894 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list