CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12387|Reply: 32

Keluarga terabai, ibu bapa asyik bekerja

[Copy link]
Post time 12-10-2008 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Keluarga terabai, ibu bapa asyik bekerja

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI



IBU-IBU yang bekerja banyak membuat kerja sampingan di kilang-kilang bagi mendapatkan wang tambahan untuk keluarga. - Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------------------



Kesan kenaikan harga minyak dan barang keperluan harian telah menyebabkan perbelanjaan keluarga bertambah sehingga ada yang tidak mampu menampungnya dengan hanya bekerja satu pekerjaan sahaja.

Ikhtiar perlu dicari bagi mengatasi keperitan tersebut terutama bagi golongan berpendapatan rendah. Wang gaji yang diterima pada hujung bulan kian susut nilainya apabila harga barangan meningkat.

Maka, mahu tidak mahu kepala rumah tangga dan dibantu suri rumah perlu membuat kerja sampingan bagi mendapatkan pendapatan tambahan.

Amalan membuat dua kerja dalam sehari yang mana satu kerja hakiki dan satu lagi kerja sambilan bagi golongan berpendapatan rendah adalah satu perkara yang terpaksa dilakukan.

Dalam konteks ini tanggungjawab terutamanya wanita semakin bertambah pada hari ini, bukan sahaja bertumpu di dua tempat kerja semata-mata, tetapi perhatian mereka turut ditagih di rumah bagi mendidik anak-anak dan menjaga makan serta minum suami.

Namun, adakah dua kerja dalam sehari ini memberi faedah yang berbaloi kepada keluarga, anak dan suami daripada segi perhatian dan kasih sayang yang diberi?

Presiden Persatuan Pekerja Wanita Malaysia (Pewaris), Silam Hassan berkata, sememangnya mencari rezeki lebih itu adalah baik untuk keharmonian dan kebahagiaan keluarga ditambah pula dengan beban yang terpaksa ditanggung akibat kenaikan harga minyak dan barangan.

Walau bagaimanapun, katanya, banyak faktor perlu diambil kira terutamanya dalam penjagaan anak dan pengurusan rumah tangga, jangan sampai terabai sehingga memporak perandakan rumah tangga.

"aling penting di sini, suami atau isteri perlu pandai membahagikan masa untuk bersama keluarga. Jangan sampai kedua-dua sibuk mencari wang hingga tidak mengendahkan lagi keluarga dan anak-anak, semuanya dilepaskan kepada penjaga atau orang gaji semata-mata.

"Atau hingga tidak berjumpa sesama anak-anak kerana apabila balik, anak sudah tidur manakala pergi kerja anak juga masih tidur lagi. Ini akan mendatangkan banyak masalah sosiol dan pengabaian.

"Sekiranya dua kerja ini terpaksa dilakukan oleh suami atau isteri, mesti pandai menyesuaikan diri atau membahagikan antara mereka supaya anak-anak boleh bersama, sama ada ibu atau ayah masing-masing bagi mendapatkan kasih sayang dan tidak terasa diabaikan kerana asyik mencari wang,'' katanya baru-baru ini.

Menurut Silam, tekanan juga boleh berlaku kerana asyik memikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang yang lebih.

"Dengan kenaikan minyak, barangan malah pengangkutan telah menyebabkan perbelanjaan harus dilebihi juga tetapi bagaimana kerana wang diterima setiap bulan adalah tetap. Justeru itu dua kerja harus dilakukan.

"Dua kerja ini juga boleh mengakibatkan tekanan kerana terpaksa berkejar-kejar untuk kerja yang satu lagi sebaik sahaja menghabiskan kerja yang pertama.

"Ini mengakibatkan produktiviti menjadi rendah kerana pekerja ini telah pun letih kerana bekerja dari pagi, inikan pula untuk menyambung tugas kedua hingga ke tengah malam,'' katanya.

Tambah beliau, tekanan kerana keletihan dan memikirkan mencari wang lebih ini boleh mengakibatkan tekanan perasaan yang tidak dapat dikawal.

"Mungkin banyak yang sakit jiwa atau tertekan sehingga menyebabkan keluarga menjadi mangsa. Isteri dan anak-anak akan menjadi sasaran kemarahan, penderaan atau lebih daripada itu kerana stres tersebut.

"Lebih menyayat lagi keruntuhan rumah tangga yang selama ini bahagia, telah musnah dalam sekelip mata kerana ketiadaan waktu untuk keluarga. Ditambah pula dengan penyakit-penyakit yang wujud daripada stres itu seperti darah tinggi dan jantung,'' ujarnya.

Menurut Silam, kehidupan sosiol turut terpaksa dikurangkan atau ditiadakan langsung.

"Tiada lagi masa beriadah bersama keluarga atau bercuti kerana perbelanjaan wang begitu terhad atau langsung tidak mencukupi,'' katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, bagi wanita yang menjalankan dua kerja mungkin membahayakan diri kerana balik di tengah malam atau subuh. Ini kerana banyak jenayah berlaku pada waktu sebegini dan sasarannya wanita yang berseorangan.

Justeru itu, banyak kesan yang perlu difikirkan oleh suami isteri sebelum memutuskan untuk menjalankan dua tugas kerana ia bakal melibatkan pengabaian tanggungjawab terhadap keluarga.

Sekiranya ia dapat diatasi dan diatur dengan baik, dua tugas ini tidak akan menjadi masalah malah bakal memberi kesenangan terhadap kehidupan keluarga berkenaan. Oleh itu, tepuk dada, tanya selera.
utusan.com.my


.......................................................................................................

Maafkan aku anak2.aku hidup dalam kesibukan mencari rezeki.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2008 05:08 PM | Show all posts
salah paklah la ni..
PM sengal..!!
sapa suh dia pi naikkan harga minyak begitu drastik sampai semua barang pun ikut sama naik...
pastu bila minyak dah turun...banyak plak songeh nak turunkan harga minyak dalam negara...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 04:38 PM | Show all posts
Hmmmm...keje tu keje gak tp jgn smp anak2 terabai.

Kisah Merak ni sekadar renungan bersama.Last week Merak blk rmh mak, ada jiran meninggal sbb serangan jantung + tekanan perasaan.

Ms anak2 membersar dl mak ayah sibuk keje cr duit smp anak2 terabai, sekolah nth ke mana campur budak2 x elok. Sudahnya 3 org anak lelakinya terjebak dgn dadah..lama-kelamaan jd pengedar.Bila da tua2 ni mak ayah lak hadapi tekanan, malu dgn masyarakat.Ms dia jiran tu meninggal, 40 anggota polis mengawal rumah utk tangkap anak2 dia...kesian.Anak2 dia blk tp kejap sgt sbb takut kena cekup..nth apa kesudahannya.

Moralnya,keje keras utk cr rezeki x salah tp kena jg pastikn anak2 x terabai..salah siapa klu mereka nnt terlibat dlm permasalahn sosiol? tepuk dada tanya pikirlah sendiri..tepuk poket jgn smp kempis...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 07:48 PM | Show all posts
ibu bapa keje utk menyara hidup n memberi nafkah buat keluarga

kalau anak orang kaya lain laa

xkan nak dok rumah jer makan pasir
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 09:24 PM | Show all posts
byk dah kekdah sekarang... kalo ibu2 nk meniaga online smbil jaga anak kat rumah pun boleh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 03:14 AM | Show all posts
Originally posted by merak7118 at 13-10-2008 04:38 PM
Hmmmm...keje tu keje gak tp jgn smp anak2 terabai.

Kisah Merak ni sekadar renungan bersama.Last week Merak blk rmh mak, ada jiran meninggal sbb serangan jantung + tekanan perasaan.

Ms anak ...


bukan salah parent...
salah anak sendiri tak reti nak pikir elok elok..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2008 09:43 AM | Show all posts
Tak salah ibu bapa cr duit lebih & keje lbh masa.Tp jgn smp anak2 terabai,anak2 sdg membesar perlukn perhatian ibu bapa.Salah seorang mst ada dirumah utk memantau perkembangan anak2,klu pastu anak2 masih bermasalah br salah anak2 tu sendiri.Klu duit byk pn tp akhir nnt anak2 x tentu hala x guna jg,melainkan mak bapak tu mmg gilakn duit xkisah apa nk jd dgn anak2.Mmg duit sgt penting zaman skrg tp kerja & keluarga perlu seimbang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 10:05 AM | Show all posts
Originally posted by merak7118 at 13-10-2008 08:43 PM
Tak salah ibu bapa cr duit lebih & keje lbh masa.Tp jgn smp anak2 terabai,anak2 sdg membesar perlukn perhatian ibu bapa.Salah seorang mst ada dirumah utk memantau perkembangan anak2,klu pastu ana ...


exact but still individu itu berpikir paling penting.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2008 10:58 AM | Show all posts

Reply #8 faraway1's post

klu budak2 dr kecil terabai depa blh pikiaq panjang ke? budak2 umo 10thn...12thn...mana depa pikiaq panjang,sbb tu bdk2 bawah umo da mula terlibat dalam masalah social.Yg tua2 pn kadang xleh nk pikir inikn pula budak2. kita xlblh samakn cara pemikiran kita dgn org lain. Ada budak blh pikiaq cm org dewasa, ada yg x...Bila berterusan buat silap smp ke besaq depa da xder gear reverse dah..pulun jelah sbb da terbiasa.Klu dr umo 10..12thn bermasalah pelajaran pn down so? Mak pak berilah perhatian pd anak2.sesapa yg ada anak taulah cmne ssh nye nk jaga anak2 kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by merak7118 at 13-10-2008 09:58 PM
klu budak2 dr kecil terabai depa blh pikiaq panjang ke? budak2 umo 10thn...12thn...mana depa pikiaq panjang,sbb tu bdk2 bawah umo da mula terlibat dalam masalah social.Yg tua2 pn kadang xleh nk p ...


me menulis berdasarkan contoh depan mata me ni..
kekecik lagi (6 tahun) dah uruskan diri sendiri sebb parent dia duduk luar negara..
membesar jadi org elok elok jugak...
banyak contoh me boleh tulis kalau nak...

ambil kira bebudak sekarang.. lagilah bijak pandai pandai...

but ini pandangan me..
selagi tak ganggu idup sapa yg baca..
tak perlulah setuju atau tidak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 06:07 PM | Show all posts
bawak je anak2 datang ofis..macam pegawai kat tempat aku ni ha..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 07:29 PM | Show all posts
memacam la eiks.. anak2 jd gitu sbb terabai la etc etc..
i think peranan mak bapak penting.. klau mak bapak tak explain pehal parents kuar cari duit, sure anak2 asyik nak blame mak bapak tak reti jaga anak. make them understand. jgn suruh dorang mengerti tanpa tahu what is going on ngan financial dorang.

lagi bes klau mak2 nie ajak anak2 sekali bekerja.. cth yg kat kpg, ambik ulam, ambik sayur paku.. utk dijual..

pelik kan... nenek atok kita dulu cari duit hingga ke petang utk besarkan ibu bapa kita, tak pulak ibubapa kita ended up jd samseng. malah ada yg dr keluarga miskin nie anak2 semua masuk u... reti mcmana susahnya pengorbanan ibubapa..

nowadays anak2 asyik nak marah2 parents kunonnya tak cukup masa, tak ambik perhatian etc etc.
mmg semua tu penting.. but why not time parents tu takder luangkan masa tu utk kita sendiri... nak belajar ke nak jumpa kawan ke nak buat benda2 yg berfaedah semua.

parents pula kena paham pasal quality time... bila ada terluang.. luangkan masa ngan anak2.. jgn biarkan mcm tu je. bila ada masa tu la kita relek2 ngan anak2 dan tumpukan sepenuh perhatian. sekurang-kurangnya 30 mins sehari... tu dah cukup.

jgn nanti penat keja terus terbongkang tak ingat donia. anak2 ntah pegi ke mana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 09:32 AM | Show all posts

Reply #10 faraway1's post

budak tu br 6thn da uruskn diri sendiri? dia dok ngn sapa? mst ada penjaga kan.yg anak2 terabai bila ibu bapa khusyu' keje tu ialah anak2 yg xder sapa nk tgk2 kt rmh.klu ada yg jg segala keperluan mereka lain cerita,ni dok rmh adik beradik je..timbullah masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by merak7118 at 14-10-2008 08:32 PM
budak tu br 6thn da uruskn diri sendiri? dia dok ngn sapa? mst ada penjaga kan.yg anak2 terabai bila ibu bapa khusyu' keje tu ialah anak2 yg xder sapa nk tgk2 kt rmh.klu ada yg jg segala keperlua ...

MALAS pulak me nak uraikan panjang lebar..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by hashimsamsul at 14-10-2008 06:07 PM
bawak je anak2 datang ofis..macam pegawai kat tempat aku ni ha..



sama macam kat opis sy....anak dara yg dah boleh jadi bini orang pun...depa dok angkut dtg opis...hah3
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 09:40 AM | Show all posts

Reply #11 hashimsamsul's post

ye patutnya opis perlu sediakn tpt utk anak2 pekerja.cm Merak kt tpt keje lama,Merak bawa anak p opis,big boss siap sediakn buaian dlm bilik Merak hehehe.Keje pn bh concentrate sbb anak dpn mata.Anak xder la ganggu sgt sbb big boss amik sorg maid dia utk jg budak2 tu kt opis.

skrg tpt keje br xder masalah,anak mak jaga,opis pn 15mins dr rmh,lunch hour blk tgk anak.4pm hubby blk jap tgk anak, 6pm da blk keje,klu ada keje2 urgent tu 6pm tetap smp rmh dl tgk anak pastu masuk blk opis.Merak sng la ulang alik tgk anak sbb opis dekat,bg yg jauh tu maybe ssh la nk buat cmni.bg Merak family comes first, setiap individu ada matlamat masing2 yg x sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2008 09:57 AM | Show all posts

Reply #15 awan's post

best nyer kalo cenggini...bila la opis haku ni nak ikut jejak camtu...berjamna la tunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 10:07 AM | Show all posts
anak sy dulu masa umur 5,6 tahun pun dok sendiri gak. lps tadika..sy ambil dan hantar diorang balik rumah. sebelum p keje sy dah siapkan segala keperluan.. makan/pakai diorang. masalahnya dorang yg nak dok sendiri..tak nak dok ngan orang.

tp sy beruntung sebab ada jiran2 yang prihatin dan boleh diharap untuk perhati/dengar2kan dorang. sy juga ada memberi kunci pendua kepada jiran2 terdekat.mana tahu kot ada apa2 hal..biasanya lepas makan nasi..dorang akan tidor sampi sy balik kerja. iyelah dah penat setengah hari di sekolah.

bila dah sekolah menengah.,semua anak2 sy berpeluang duduk di asrama. jd tak der masalah la tentang disiplin atau terasa terabai ke apa sbb tiap2 minggu kalau dorang tak balik, sy akan pergi jengah dorang kat asrama.

alhamdulillah...anak2 sy semuanya pandai berdikari dan boleh dikatakan agak cemerlang juga dalam pelajaran...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 10:13 AM | Show all posts

Reply #17 pu3_krizalid's post

best hapernya.... sy walaupun masa tu,bos tak kisah bawak anak...tp sy tak ler ambik kesempatan sangat.. agak2 la...kalau ada hal, barulah terpaksa bawak anak. tapi kalau tiap2 hari dok biar anak2 berlari2 kat dalam opis..mengganggu orang lain gak. kdg2 dah jadi macam tadika pulak opis ni..

tp kalau anak dara yang dah boleh jadi bini orang pun dok hangkut ke opis..apa kes? pulak tu dok buat rete benda opis cam rete sendiri.macam rumah sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 10:20 AM | Show all posts

Reply #19 awan's post

tul gak ek..kalo anak haku dibawak kat opis mahu tak tenteram jiwa..mahu dia lari ke timur ke barat..in the end keje pun takleh concentrate.. ..bos haku pun jarang bwk anak dia..kalo time dia mai sekejap pun tak bwk anak dia..jgn kami ni as pekerja nak lebey2 lak..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.077048 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list