Mod, I dah check kat Index, takde jumpa topik camni... kalau I tak perasan, sila merge la.. buat apa yg patut.
Dlm 2 bln lepas ada orang ckp, no plet keta I tu, ada keta sudah pakai, taruk dekat keta dia. (tp sbb I x boleh bercakap dgn tukang sampai ni directly, tak dpt la maklumat lain, nak buat report pun takleh sebab kabur sgt ceritanya).
Kemudian, dlm bulan puasa baru2 ni, I dpt surat saman laju dari Polis (Bhg Trafik). Kena saman RM300. Terkejut juga, sebab dah memandu lebih 10 tahun tak pernah lagi kena saman apa2 (parking ticket pernah sekali je). Check punya check, tarikh & masa kesalahan tu, tak dpt diterima sbb I kerja masa tu, kereta ada kat luar bangunan, takde kasi sapa2 pinjam.
I pun buat surat bantahan ke Caw. Trafik, kasi proof yg I kat office masa tu. PDRM balas (cepat jugak) minta:
- salinan geran
- gambar kereta depan belakang
- wang pos RM10.
Mula2 ingatkan nak balas pakai pos juga, tapi sebab nak tgk gambar kereta yg 1 lagi tu, I ambil cuti pergi ke balai. Caw. trafik kan waktu pejabat sahaja.
Kat balai, kena tunggu polis balik dari rehat kejap (biasalah).. kemudian polis semak salinan saman yg dia simpan, nampak jelas kereta satu lagi model Gen-2, I punya satria jek, so w/pun gambo yg polis pegang tu itam putih. Bayarlah RM10 utk gambo fotostat yg bercop certified true copy tu. I pergi ke balai (yg open 24jam tu), buat report.
Pas explain sesikit pastu polis tu taip la report (mcm seksa je dia nak mengarang 1 paragraph). Leas dpt report, bayar RM4, I g balik ke caw. trafik, antar salinan report, minta batalkan saman. Polis kat situ kata amik masa 2 hari jugak utk batalkan saman tu. Kat sini, polis amik salinan geran & gambo kereta I tu. Bila tanya samada diorang akan siasat pencuri plet no. tu, polis kata akan siasat. Wallahu'alam bila.
Walaupun I bengang sbb kena setel tak pepasal angkara ntah sesapa ni, at least urusan tu mudah, takdelah sampai nak kena maki2 orang baru setel. Abg2 polis pun sopan walopun slow sket.
U all ada pengalaman camni tak? Ada apa2 tak yg patut I tau/expect? I cuma terfikir, kalau lah keter yg satu lagi tu model keter yg sama, tak ke leceh nak buat bantahan? Hampeh tul...
Apa benda yg keluar kat atas thread tu??? Sorilah, I dah berkurun tak start thread baru ... mcm2 benda pelik kena isi, tak isi post takmo keluar pulak...
semakin ramai yang berani pakai plet kenderaan orang lain...perkara ni terjadi pada pak cik aku lebih kurang 11 tahun yang lepas....
pada masa tu...kenderaan dier kena speed trap kat selangor....dia duduk kelantan..cek punya cek dengan polis rupanya org tu pakai plet keta sama dengan pak cik aku...dan alkisah keta yang bawak laju tu keta proton...dier pakai van c 20...
punyalah payah nak settle sampai kena pi selanggor.....kos tu beb...tambang bas ke selangor...mcm citer kolah...mcm2 kena buat...report bayar polis...pening kepala....
kes selesai tapi sapa nak tanggung kerugian kita.........
Biasa Cina selalu wat camni.....kalau plate kete ko WPY 7341, ko buang je la no 1 kat belakang tu...jadi la WPY 734....... nanti yg kena speed trap mamat WPY 734 tu la...........:@ :@ :@
lepas tu, ada berulang lagi tak? patut polis check dulu data dgn JPJ sbb kat database JPJ mmg ada salinan geran I kan, dah ckp keta model apa, pastu dlm gambar speedtrap tgk dulu keta apa, baru keluarkan saman...
ke polis desperate nak cari duit utk k'jaan... tau2 jela duit k'jaan p mana kan?
semoga dibalas dgn setimpal, tu je I doakan... & katalah I kena camni sbb dosa2 I sendiri, Alhamdulillah... I redha jek...
anyway, saman tu kat kuantan, jalan biasa je, bukan highway... pastu i ni duk pekan, so dekat je la...
masa kat balai tu ada 1 akak tu cerita dia kena saman kata buat salah kat Muar, boleh setel pakai calling2 jer... ni sbb dia ada kabel ke? i nak tanya dia, tak berani
aku dulu nak jual keter.....pas tu used car suruh aku settle saman...akupun pergi check saman traffic....tulis kat situ aku parking kat yellow line kat Muar Johor...tak bila masa aku pergi ker Muar pon tak tau...seingat aku tak penah lah keter aku sampai ker Muar...ini mesti kes orang pakai no plate aku nie...
...lepas tu...settle tak ada problem...kot yang pakai no plet palsu kena tahan masa road block kot atau pong dah meninggal..dalam dosa.....waaaaaaakakaka.......
Originally posted by Mulan at 16-10-2008 10:33 PM
lepas tu, ada berulang lagi tak? patut polis check dulu data dgn JPJ sbb kat database JPJ mmg ada salinan geran I kan, dah ckp keta model apa, pastu dlm gambar speedtrap tgk dulu keta apa, baru k ...
apa patut patut? wa ka ka.... ngan mesia ni... tak dak istilah patutpatut.... semua kena ikut jabatan kerajaan yg bongok membuat akta, tapiperlaksanaan macam cerita tamil...
ko ingat pulis dan jpj tu berpendidikan tinggi ka? SPM je... tapi lagak macam ada master... derang mana ada peduli rakyat susah, rakyat merana ...pun bukan ada yg amik kisah...
sebab itu lah saman ekor ni, tidak mendapat perhatian dari pulis sangat......
paham tu... kalau nak ikutkan procedure jab k'jaan yg bercelaru, cth mcm SIRIM vs PUSPAKOM vs JPJ punya 'relationship issues' yg keluar bila nak reg. kenderaan, satu kerja pun tak jadi ... ampeh... sure ada yg boleh pakai kat dlm jab. polis tuh.. cuma derang nak tak nak jer...
ala.. normal lar.. dah banyak kali terjadi kat ramai orang.. kebanyakannyer kes kete curik, pakai sementara nombor plate lain sebelum kete tu kena barai..
memang ader leceh sket kalau kena, kena lar berusan ngan polis.
by the way, ko bleh claim balik RM10 hengget charge gambo tu. tapi kalau malas, nak sedekah kat PDRM, pong tara hal..
Polis patut revive procedure saman on the spot. tembak kat belakang saman kat depan. selain drpd dpt tackle speed demons, bole jugak tangkap orang yg suka pakai plat palsu ni. dah dapat tangkap elok sita terus keta dia. pastu sula tuan dia.