View: 3839|Reply: 28
|
Mcm mana nak buek...Korang letak keter kat mana masa kat rumah?
[Copy link]
|
|
Penjenayah huru-hara penduduk Taman Mastiara
http://www.hmetro.com.my/Tuesday/Setempat/20081021095202/mainpix
TAK SELAMAT...gambar (bawah) menunjukkan penjenayah 
memecah masok Toyota Wish yang diletakkan di luar rumah. 
Keluarga mangsa hanya mampu melihat kenderaan mereka 
diceroboh penjenayah.
KUALA LUMPUR: Dalam tempoh kurang 10 saat, dua penjenayah dikesan berupaya mencabut cermin kereta dipercayai menggunakan alat pemotong permata, sekali gus menimbulkan tanda tanya kepada penduduk Taman Mastiara, Batu 5, Jalan Ipoh di sini.
Penjenayah terbabit yang menaiki sebuah motosikal dipercayai sudah terbabit dalam sekurang-kurangnya lima kes pecah kereta di kawasan itu dengan menjadikan kenderaan mewah sebagai sasaran utama.
Difahamkan penjenayah menggunakan taktik itu bagi membolehkan mereka menyelusup masuk untuk mencuri pelbagai aksesori kereta.
Malah, lebih menakutkan kejadian itu berlaku pada siang hari sekali gus menimbulkan kegelisahan lebih 2,000 penduduk taman berkenaan.
 
Bagaimanapun tindakan penjenayah berusia 20-an itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) seorang penduduk yang turut menjadi mangsa samun. 
Penduduk, Abdul Kadir Mohd Sultan, 49, berkata sejak mendiami kawasan perumahan itu pada 1996, sudah empat kali dia dan keluarganya menjadi mangsa penjenayah.
Menurutnya, tiga daripada kejadian itu berjaya dirakam CCTV yang dipasang di sekitar rumahnya, bagaimanapun ia gagal membantu pihak berkuasa menyiasat seterusnya menahan penjenayah terbabit.
“Kali terakhir ia berlaku pada 10 Oktober lalu apabila anak saya, Syarifah Rodziyah, 25, diragut sekumpulan lelaki yang menunggang dua motosikal.
“Sebelum itu pada 11 September lalu, seorang lelaki memecahkan cermin Toyota Wish manakala kali ketiga pada Mac lalu apabila seorang lelaki melompat masuk ke rumah melalui rumah jiran sebelum menyelongkar kereta hampir dua minit,” katanya, semalam.
Dua laporan polis dibuat keluarga berkenaan di Balai Polis Sentul.
Abdul Kadir berkata, dalam semua kejadian itu, wajah peragut dan penyamun terbabit jelas kelihatan dalam rakaman berkenaan.
“Saya juga sudah serahkan rakaman itu kepada polis untuk membantu siasatan,” katanya sambil memberitahu sebuah pondok polis dibina kira-kira 50 meter dari taman berkenaan, namun ia kurang berfungsi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya sudah dimaklumkan berhubung kejadian itu, namun polis sukar untuk memperoleh maklumat lengkap berikutan persatuan penduduk taman berkenaan kurang aktif dan penduduknya pula sentiasa sibuk.
“Saya akan cuba ke tempat kejadian untuk mengetahui maklumat sebenar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
[ Last edited by mycos79 at 21-10-2008 12:47 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
risau jugak aku...nak park luar rumah....pencuri dah semakin ganas...aku sayang giler kat keter aku nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 t@t's post
.....kesian kat dier....pendatang asing ke mat pit punya kejer....bikin panas nieh...:@
[ Last edited by mycos79 at 21-10-2008 12:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
memacam la pulak alasan polis tu... |
|
|
|
|
|
|
|
tak reti nak komen cam ne...... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian tgk kat kete toaster tuh....sape ler yg dengki kat dia tuh..kalo ikutkan kajian forensik aku nih...cermin tuh dipecahkan menggunakan objek yg keras... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 genie2522's post
road tax....geniusss btol perompak tuh....
utk updated sila ke link yg di berikan kat bwh tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
uish apsal teruk sgt tu... hmm owner kereta ada tertinggal barang berharga ka dlm keta
adehh ...
edited - ermm curik roadtax ..pelik2
[ Last edited by tobasco at 21-10-2008 02:09 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 t@t's post
orang dah x main dah duplicate r/tax..
main curik je trusss... |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik den parking kat show room.. |
|
|
|
|
|
|
|
makin bijak pencuri la nih, kalau pecahkan cermin bunyi kuat so depa potong cermin tuh....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 jofizo's post
keter kena pakai cermin kalis peluru... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 orangdalam's post
|
|
|
|
|
|
| |
|