View: 5448|Reply: 5
|
Adakah anda boleh menerima cerpen Politik Baru YB J karya Chamil Wariya?
[Copy link]
|
|
Sekiranya anda prihatin dengan isu kontemporari dunia sastera tanah air, tentu anda tahu kekecohan yang terhasil daripada cerpen Politik Baru YB J karya Chamil Wariya yg tersiar dua minggu lalu di Mingguan Malaysia sehingga turut menjadi topik perbincangan di Parlimen dan juga laporan polis.
Saya sedang mengumpulkan pandangan pembaca termasuk di kalangan penulis dan peminat sastera tentang cerpen itu. Ini saya lakukan di blog saya, Kawat.
Bagaimanapun saya kira wajar sekali saya perluaskan poll yang saya buat di blog dan meletakkannya di sini juga. Sekiranya ada pandangan lanjut, saya mohon jasa baik anda, selain memberikan komen di forum Cari ini, juga paste di ruangan comments di Kawat juga.
Kita sedang menyaksikan fenomena nadir dalam dunia sastera apabila karya sastera sesekali terbebas dan terbabas ke dunia real. Kali terakhir saya kira ia berlaku kira-kira sedekad lalu apabila novel # terpancut di Perhimpunan Agung Umno sehingga menggegerkan seluruh negara. Tiba-tiba novel # karya SN Shahnoh Ahmad itu dicetak ulang dan dicetak rompak dan dijual dengan harga berlipat kali lipat.
Sebagai pembaca dan peminat sastera, jangan lepaskan peluang untuk berkongsi pandangan anda di ruangan forum Cari ini dan juga jangan lupa paste di ruangan comments Kawat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
related article from Malaysiakini...
Cerpen YB J: Pakatan kecam Utusan
Oct 20, 08 5:36pm
Pakatan Rakyat mengecam Utusan Malaysia dengan mendakwa ia "mempromosikan keganasan dan mengapi-apikan sentimen perkauman" susulan penerbitan cerpen kontroversi mengisahkan pembunuhan seorang wakil rakyat wanita Cina.
'Politik Baru YB J' karya Datuk Chamil Wariya yang diterbit 12 Oktober lepas itu juga didakwa sebagai serangan peribadi terhadap ahli parlimen DAP Teresa Kok.
Dalam kenyataan bersama oleh tiga pemimpin PKR, DAP dan PAS, mereka turut menyifatkan cerpen itu sebagau "usaha berterusan Umno untuk menjadikan exco kerajaan Selangor itu sebagai sasaran untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dan menimbulkan ketegangan di antara kaum."
"Utusan Malaysia telah diboikot oleh Pakatan Rakyat sejak Jun tahun ini atas sebab pelaporannya yang biased dan sering mempermainkan isu perkauman," kata bendahari PAS Dr Hatta Ramli, ketua penerangan PKR Tian Chua dan ketua Pemuda DAP Anthony Loke hari ini.
"Namun kini Utusan Malaysia bukan sahaja menyebarkan kebencian sesama kaum, tetapi sehingga ke tahap menggalakkan keganasan melalui karya cerpen.
"Ini merupakan perkembangan yang amat membimbangkan."
Pakatan Rakyat juga mendesak akhbar harian itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menyiarkan cerpen tersebut.
"Maka kami menyeru agar masyarakat umum memboikot Utusan Malaysia sehingga media arus perdana tersebut berhenti daripada mempermainkan isu ini," kata mereka.
Tambah gabungan pembangkang itu, kebebasan berkarya harus selari dengan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu tanpa menggugat perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.
Sementara itu, Chamil menafikan cerpen itu ditujukan kepada Teresa dan menyatakan beliau "tidak bermain dengan api" apabila mencipta watak yang menyarankan pembunuhan seorang ahli parlimen.
Dalam jawapannya kepada Malaysiakini hari ini, penulis itu berkata ia "hanya rekaan semata-mata. Watak-wataknya adalah rekaan yang langsung tiada kaitan dengan mereka yang hidup dan mati."
"Ia hendaklah dibaca dan dinikmati sebagai sebuah karya kreatif |
|
|
|
|
|
|
|
sayang semalam tak dapat ke forum membunuh yb vs kebebasan bersuara |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Chamil Wariya.. dah lama ke dia dapat title datuk? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by juwita_s at 27-10-2008 10:23 AM
Datuk Chamil Wariya.. dah lama ke dia dapat title datuk?
ntahlah. dah lama kot |
|
|
|
|
|
|
|
ye. itu kebebasan berkarya. Serangan peribadi. do the writer mention name theresa kok? no kan. Itu hanyalah pandangan, suara dari sudut kreatif seorang penulis. dan benda biasa penulis menulis, menggarap apa yang ada di sekitarnya. pasal yang tersiar plak... mmg utusan susah nak tembus. kecuali ngan bende2 kontroversi. karya yg mantap. isu semasa. sekian |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|