View: 3998|Reply: 28
|
atrikel: tips menjadi isteri cemerlang dgni Asma ul Husna
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum....aku dpt menda ni dari emel...mcm menarik, so aku jadi mis copy&paste utk share dgn korang kat sini.....pjg ni...aku paste sikit sikit dulu
(aiyakk apsal busat nih???)
Rintihan jiwa seorang isteri yang sedang meronta-ronta...
Diriku merasa sudah tidak disayangi lagi oleh suamiku. Diriku merasa suamiku sering merendah-rendahkanku kerana kini daku tidak secantik dulu lagi, tidak selansing dulu lagi, tidak sehebat dulu lagi. Daku merasakan suamiku sudah bosan denganku dan mula tertarik dengan wanita lain yang lebih muda. Aduh! Daku merasa sangat
kecewa dan merasa terancam seakan-akan akan ditinggalkan olehnya bila-bila masa.
Terasa suamiku lebih mengutamakan wanita-wanita lain, suaranya dan gayanya yang memikat
sangat membimbangkan dan mengancamku, takut ada wanita lain yang sudah tentu lebih cantik dan lebih muda akan terpikat dengannya dan mula menggodanya dan akhirnya dia pasti akan meninggalkanku. Apatah lagi dia mula berjinak-jinak dengan kawan-kawannya yang kahwin dua, dan mula membaca buku poligami.
Aduh! Hatiku bagai berkecai dan cemas tidak kehaluan. Dia mula bergaya apabila keluar rumah dan tidak begitu berminat menemaniku lagi ke pasar dan membeli belah. Dia lebih suka keluar bersama kawan-kawannya dan balik rumah selalunya lewat malam. Namun aku terus berusaha memikatnya tanpa henti, aku mula cuba menghias diri, pergi ke gym dan cuba berbagai-bagai ubat melangsing badan dan daku cuba berjumpa dengan orang-orang tua mohon petua dan panduan. Namun, kehangatan hubungan masih tidak terasa dan semakin hilang dan pudar. Daku merasa diriku akan ditinggalkan, daku merasa diriku tidak diperlukan lagi, daku merasa diriku akan dimadukan.. Oh! Aku tidak sanggup menghadapi saat-saat itu.
Pelbagai perkara bermain difikiranku. Mampukah aku bertahan dengan kerenah suamiku dengan isteri barunya. Tentu isteri muda lebih diutamakan dan aku yang sudah tua dan tidak berguna lagi ini pasti tidak akan dipedulikan, aku ini hanya menjadi beban kepadanya. Dia mungkin akan datang kepadaku ketika inginkan duit dan hartaku sahaja dan kemudian akan meninggalkanku dan kembali berseronok dengan isteri barunya.
Aduh! Kemana harus ku bawa diri ini, ingin rasanya menghabiskan umurku sahaja disini, tak sanggup lagi daku meneruskan hidup ini.
Ya Allah, dimanaMu ya Allah, tiada siapa yang ingin membantuku ketika ini, tiada siapa yang memahami perasaanku, bukankah Engkau Ya Allah yang menciptakanku yang Maha Pengasih dan Penyayang dan Engkau pasti menunjukkanku jalan keluar dari semua ini..tolonglah, bantulah, kini baru ku sedar rupanya KAU ada ya Allah harapan terakhirku, barulah ku sedar yang masih ada harapan untuk hidupku ini. Ya Allah bantulah.. bantulah.. bantulah... Keluarkan aku dari segalanya ini.. tolong.. tolong.. tolong..
[ Last edited by misy at 4-11-2008 01:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
1. Pendahuluan
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum,
Kepada para isteri budiman, sahabatku yang ku sayangi. Sesungguhnya Allah menciptakan kita bukan untuk menderita. Dia Ya Khaliq menciptakan kita dengan penuh kesempurnaan agar kita boleh menikmati kehidupan ini dengan rasa penuh bahagia dan redha seperti dinyatakan di dalam surah As-Syam:
Kesempurnaan jiwa itu sesungguhnya adalah sedikit sifat Asma ul Husna Allah s.w.t yang diilhamkan kedalam jiwa manusia yang mampu menjadikan jiwa itu kuat dan mantap di dalam mengharungi liku-liku kehidupan dan badai berumah tangga.
Sucikanlah jiwamu sahabatku, agar sifat-sifat Allah yang diilhamkan kepada jiwa dapat dipancarkan keluar bagi menerangi hidupmu dan seluruh alam ini.
Layarilah bicara hati ini dengan penuh tunduk, tawadduk dan penuh kerendahan hati kepada Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi, semoga dirimu dapat mencari jawapan kepada persoalan hidupmu selama ini.
2. Siapakah Diriku?
Sesungguhnya Engkau Ya Kholiq (Yang Maha Pencipta) yang telah menciptakan diriku daripada tanah yang hina dan kemudian dari air mani yang juga hina, dari tiada kepada ada. Engkau Ya Kholiq Yang Maha Pencipta dan Ya Malik Yang Maha Berkuasa dan Raja Yang Memiliki Segala Isi Langit dan Bumi telah ciptakanku dan sesungguhnya diriku hanya ciptaanMu dan hambaMu yang dulunya tiada dan kini ada.
Engkau Ya Wahhab Yang Maha Pemberi telah memberikanku segala kesempurnaan tubuh badan, pakaian, rezeki dan juga Engkau Ya Wadud Yang Maha Pencinta telah mengurniakan CintaMu kepada suamiku dan diriku, yang dengan rasa CintaMu itulah kami membina rumahtangga ini sehingga kehari ini.
Sesungguhnya diriku adalah seorang isteri yang Engkau kurniakan sedikit WadudMu (CintaMu) untuk ku curahkan kepada suamiku demi melaksanakan tugas KhalifahMu di dunia ini. Engkau telah menugaskan diriku sebagai seorang isteri agar memberikan cinta yang tulus yang telah Engkau, Ya Jalil Yang Maha Tulus dan Ya Quddus Yang Maha Suci ilhamkan kepada diriku.
Dengan sedikit WadudMu, JalilMu dan QuddusMu inilah, diriku melayarkan bahtera rumahtangga dan denganNya lah diriku menghadapi segala gelombang dan badai yang sentiasa Engkau, Ya Rahman. Ya Rahim berikan. Kerana dengan menghadapi gelombang dan badai inilah, kami akan bangkit dengan kekuatanMu Ya Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawwiy Yang Maha Memiliki Kekuatan dan Ya Matin Yang Maha Sempurna Kekuatan dan Maha Teguh untuk membina satu rumahtangga yang padu dan kuat bagi melahirkan dan membina generasi hambaMu yang taat dan patuh kepadaMu.
Ya Allah, Ya Mani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
3. Siapakah Diri Suamiku?
Ya Malik, Engkau Sesungguhnya Raja yang Maha Memiliki seluruh makhluq di alam ini dan suamiku adalah milikMu sepenuhnya. Dia adalah hamba kepadaMu ya Kholiq ya Malik. Dia bukan milikku ya Allah. Dia milikMu dan Engkau Ya Muqtadir Yang Maha Menentukan akan tetap menentukan urusan dan kesudahan suamiku.
Suamiku yang ku sayangi, Diriku sesungguhnya tidak memilikimu, dan tidak wajar bagiku merasa kau milikku dan merasa kau tidak akan diambil oleh Allah.
Suamiku yang ku sayangi, sesungguh kau diciptakan oleh Allah Ya Muhaimin Yang Maha Memelihara untuk mewakiliNya bagi melindungi isterimu ini. Kau diciptakan oleh Ya Haadi, Yang Maha Memberi Petunjuk agar kau mampu memberi petunjuk, memimpin dan membimbing isterimu ini kearah Jalan Allah. Kau juga diciptakan oleh Ya Mani |
|
|
|
|
|
|
|
4. Siapakah Ibuku?
Ibu yang kusayangi, sesungguhnya kasih sayangmu dan keperihatinanmu kepada diriku selama ini tidak mampu ku balas kerana sesungguhnya semuanya itu adalah sifat Ya Rahman dan Ya Rahim Allah, yang Allah campakkan kepadamu ibuku agar kau menyayangiku dan melindungiku sejak kecil sehingga dewasa. Sifat Ya Rahman dan Ya Rahim Allah ini lah yang masih kau rasakan walaupun diriku ini sudah bersuami. Kau tetap merinduiku dan ketika diriku balik kerumahmu kau tetap mencurahkan perhatianmu dan kasihmu sebagaimana diriku masih kecil dulu, tidak sedikitpun ada kekurangan yang kurasakan. Kau sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada diriku dunia dan akhirat dengan sifat Ya Salam Yang Maha Sejahtera yang dicampakkan kedalam hatimu.
Namun ibuku sayang, diriku ini hanyalah hamba kepada Ya Rahman dan Ya Rahim. CintaNya dan KasihNya kepada diriku tidak akan mampu ku tukarkan dengan cinta dan kasih manusia. Maafkanku ibu, kerana diriku tidak mampu menyayangimu dan mencintaimu lebih dari sayang dan cintaku kepada Tuhanku Ya Malik yang Menciptakanku dan Ya Wahhab Yang Maha Pemberi, yang memberiku segala apa yang ku kecapi didunia ini.Maafkanku ibu, kerana diriku terpaksa meninggalkanmu sentiasa demi melaksanakan tugas khalifah Allah untuk berbakti kepada suami dan mendidik anak-anak bagi membina generasi yang mengenal siapa dirinya dan siapa Tuhannya. Setiap arahan Allah akan pasti ku taati ibu, walaupun diriku tidak sempat menjengokmu sentiasa, kau masih ku sayangi sepertimana kau menyayangiku sejak masih kecil.
Tetapi sedarlah ibu, walau kau tidak merasa kasih sayangku, kasih sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim kepada ibu tidak berbelah bagi, dan Dia tetap mendampingi ibu dan tidak pernah meninggalkan ibu walau sesaat sekalipun. Dia Ya Syakur amat menghargai jasa ibu membesarkan ku sehingga menjadi manusia yang berguna. Dia Ya Aliyy Yang Maha Tinggi Martabatnya tentu akan menaikkan martabat ibu kepada martabat yang tinggi atas pengorbanan ibu selama ini.
Ibu yang kusayangi, sekiranya ibu merasa sunyi, ingatlah kepada Ya Bashir, yang sentiasa menampakkan keagungan dan kewujudannya melalui setiap apa yang berlaku di dunia ini. Dia amat dekat kepadamu ibu, lebih dekat dari urat lehermu sendiri. Dia sentiasa berada disisimu menunggu-nunggu kau merayu dan merintih kepadanya ketika kau rasa kesunyian, ketika kau rasa tidak dipedulikan oleh anak-anakmu. Dia tetap mempedulikanmu ibu, usahlah ibu gusar, bimbang dan sedih. Dia Ya Mukmin akan memberi ibu rasa aman dan tenang.
Oleh itu ibuku, dekatkanlah diri kepadaNya, kepada Ya Hasib, yang Maha mencukupkan, nescaya dia akan mencukupkan keperluanmu. Ibuku, ingatlah kita akan kembali kepada Ya Malik dan Ya Kholiq, Yang Memiliki kita dan menciptakan kita. Persiapkanlah diri ibu dengan amalan mulia agar kita akan berjumpa di akhirat kelak dibawah lindungan Allah. Diriku akan sentiasa mendoakan mu ibu bagi kesejahteraanmu di dunia dan di akhirat dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah yang dicampakkan didalam hatiku. |
|
|
|
|
|
|
|
6. Ketika Diriku Ditinggalkan Suami..
Ya Allah, Ya Malik, sesungguhnya suamiku itu kepunyaanmu dan kau mengambilnya daripada diriku kerana dia hanya pinjaman sementara buatku di dunia ini serta amanah yang Engkau akan persoalkan kelak. Diriku ini hanya hambaMu yang tetap akan redha atas segala ketentuanMu kerana sesungguhnya Engkau adalah ya Muqtadir Yang Maha Menentukan. Sesungguhnya suamiku hanyalah hamba kepadaMu dan dia tidak punya apa selain apa yang Kau kurniakan. Cintanya tidak kekal dan akan musnah dan hilang, ianya datang dan pergi bila-bila masa.
Ya Allah, hanya cintaMu kekal abadi dijiwaku ini. Kau masukkanlah rasa cinta kepadaMu ya Wadud agar jiwaku sentiasa tenang dan diriku pasti tidak akan merasa kehilangan kerana sesungguhnya Engkau Ya Awal yang Maha Awal dan Ya Akhir Yang Maha Akhir dan Ya Hayyu Yang Maha Hidup tidak akan meninggalkan ku walau sesaat sekalipun.
Diriku amat yakin segala ketentuanMu ini adalah kerana Engkau Ya Rahman dan Ya Rahim ingin memberikan sepenuh cintaMu kepada diriku dan diriku yakin semuanya mempunyai kebaikan kepada diriku walaupun fikiranku tidak mampu menjangkaunya. SifatMu Ya Allah yang Maha Pengasih, Penyayang, Pencinta, Pemberi Manafaat, Pelapang Hidup, Petunjuk Jalan sudah tentu tidak ingin membuat hambaMu ini menderita, dan sudah tentulah semuanya baik bagiku dan diriku bersyukur banyak-banyak kepadaMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Muhaimin dan Ya Hafidz, Engkau pasti akan terus melindungiku walaupun suamiku sudah tiada lagi disisiku. Engkau akan terus memberiku kekuatan kerana Engkau sesungguhnya Yang Maha Kuat Ya Qawiy dan Maha Teguh Ya Matin. Diriku pasti tidak perlu bimbang dan gusar kerana diriku bergantung kepada taliMu yang sangat kukuh Ya Matin.
Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjukMu kepada diriku agar diriku mampu mengharungi cabaran hidup ini dan Ya Wahhab, Ya Razzak, Ya Ghoniy, berilah diriku sedikit rezekiMu dan KekayaanMu agar diriku mampu meneruskan hidup ini dan berbakti kepadaMu ya Ilahi. Bangkitkanlah semangatku Ya Ba抜ts Yang Pemberi Semangat, agar diriku mampu bangun dan bangkit meneruskan perjuangan hidup ini sebagai khalifahMu di dunia ini. |
|
|
|
|
|
|
|
7. Ketika Diriku Merasa Tidak disayangi dan dihargai..
Diriku sedar, Ya Allah Ya Wadud dan Ya Syakur akan sentiasa menyayangiku dan menghargaiku walaupun suamiku sudah tidak menyayangi dan menghargaiku. Engkau ya Rahman dan ya Rahim sentiasa akan mencurahkan kasih dan sayangnya kepada diriku melimpah ruah dan tidak ada tolok bandingnya. Engkau Ya Majid Yang Maha Mulia yang akan sentiasa memuliakanku walaupun orang lain menghinaku.
Ya Wadud, curahkanlah sedikit sifat WadudMu, SyakurMu dan MajidMu kepada suamiku dan orang-orang dikelilingku agar mereka mampu mencintaiku, menyayangiku dan menghargaiku kerana dengan cinta dan penghargaan dan penghormatan itulah menjadikan kami sentiasa berkasih sayang dan menghormati satu sama lain. |
|
|
|
|
|
|
|
8. Ketika Diriku ditegur oleh Suami..
Diriku sedar Ya Allah, ya Mani |
|
|
|
|
|
|
|
9. Ketika Diriku Merasa Lemah dan Tidak Berdaya..
Ketika diriku merasa lemah dan tidak berdaya, diriku sedar diriku mempunyai Ya Aziz yang Maha Perkasa, ya Qawwiy yang Maha Kuat dan Ya Matin ya Maha Teguh dan Sempurna KekuatanNya. Dia Ya Aziz tentu akan menguatkanku dan membangkitkan semangatku. Dia ya Wahhab ya Maha Pemberi, Ya Mujib yang Maha Mengabulkan pasti akan memberi dan mengabulkan segala permintaanku.
Ketika diriku merasa kesempitan hidup, kekurangan rezeki dan merasakan sedikit ujian kemiskinan, diriku pasti tidak perlu bimbang kerana diriku mempunyai Ya Basith yang akan pasti mengeluarkanku dari kesempitan hidup dan melapangkan hidupku dan Ya Razzaq akan pasti melimpahkan rezeki kepada diriku tanpa henti dan ya Ghoniy yang memiliki seluruh kekayaan langit dan bumi akan pasti mencurahkan sedikit kekayaanNya kepada diriku agar diriku mampu bersyukur dan mengabdikan diri kepadaNya denga penuh ikhlas dan yakin. |
|
|
|
|
|
|
|
9. Ketika Diriku Merasa Lemah dan Tidak Berdaya..
Ketika diriku merasa lemah dan tidak berdaya, diriku sedar diriku mempunyai Ya Aziz yang Maha Perkasa, ya Qawwiy yang Maha Kuat dan Ya Matin ya Maha Teguh dan Sempurna KekuatanNya. Dia Ya Aziz tentu akan menguatkanku dan membangkitkan semangatku. Dia ya Wahhab ya Maha Pemberi, Ya Mujib yang Maha Mengabulkan pasti akan memberi dan mengabulkan segala permintaanku.
Ketika diriku merasa kesempitan hidup, kekurangan rezeki dan merasakan sedikit ujian kemiskinan, diriku pasti tidak perlu bimbang kerana diriku mempunyai Ya Basith yang akan pasti mengeluarkanku dari kesempitan hidup dan melapangkan hidupku dan Ya Razzaq akan pasti melimpahkan rezeki kepada diriku tanpa henti dan ya Ghoniy yang memiliki seluruh kekayaan langit dan bumi akan pasti mencurahkan sedikit kekayaanNya kepada diriku agar diriku mampu bersyukur dan mengabdikan diri kepadaNya denga penuh ikhlas dan yakin.
Ketika jiwaku merasa keseorangan dan kesunyian, tentulah diriku akan berpaling kepada Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud, Ya Jalil, Ya Sami |
|
|
|
|
|
|
|
10. Ketika Diriku Merasa Bersalah dan Berdosa..
Diriku sedar diriku hanya ciptaan Ya Kholiq yang tidak lepas dari kesilapan. Ya Ghofur dan Ya Affuw sudah pasti menunggu-nunggu bilakan diriku menadah tangan memohon ampun dariNya dan Dia sudah pasti akan mengampunkan kesalahanku walaupun sebanyak buih di lautan. Sifat pemaaf dan pengampun Allah tidak ada tolok bandingnya.
Diriku memohon agar sedikit sifat Ghofur dan AffuwMu Ya Allah diberikan kepada diriku agar diriku mampu menjadi seorang yang pemaaf agar diriku mampu memaafkan suamiku, anak-anakku, jiran tetanggaku dan sahabat handaiku, agar dengan sifat memaafkan ini mampu melahirkan hubungan ukhwah yang lebih erat dan seterusnya diriku mampu berbuat baik sesama manusia dan terus mengutip redhaMu Ya Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih kerana berkongsi doa ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
11. Ketika Diriku buntu dan merasa tiada siapa..
Sekiranya diriku merasa buntu dan lemah pemikiran, tentulah Ya Hakim yang Maha Bijaksana, Ya Alim Yang Maha Berilmu dan ya Rashid yang Maha Cerdas akan memberikan kebijaksanaanNya, IlmuNya dan KecerdasanNya kepada diriku agar diriku mampu memikirkan yang terbaik dan Dia tentu akan melapangkan pemikiranku dan kehidupanku kerana Dia Ya Basith yang Maha Pelapang.
Ketika jiwaku merasa keseorangan dan kesunyian, tentulah diriku akan berpaling kepada Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud, Ya Jalil, Ya Sami |
|
|
|
|
|
|
|
12. Bagaimana Diriku Menggapai Cinta
Dengan menyerahkan seluruh cintaku buat Ya Wadud, diriku akan pasti mendapat cintaNya, cinta yang tidak ada tolok bandingnya. Ya Wadud akan pasti memasukkanperasaan cinta ini kedalam orang-orang disekelilingku termasuklah suamiku kerana Dia ingin diriku merasai betapa indahnya cintaNya, walaupun sedikit. Apatah lagi cintaNya di akhirat nanti, sudah tentu tidak terjangkau oleh akalku yang cetek ini. Oleh itu diriku menggapai cintaNya dengan menanamkan cintaNya jauh dihati sanubariku dan diriku keluarkan cinta-cinta selain Allah dari hatiku, cinta manusia, makhluq, dunia dan nafsu itu diriku genggam sekuat-kuatnya di genggamanku sebagai amanah Allah.
Diriku sedar cinta makhluq digenggamanku ini akan pergi meninggalkanku pada bila-bila masa dan ketika dia meninggalkanku, diriku akan melepaskannya dengan penuh rasa redha dan syukur kepada Tuhanku kerana kehilangan cinta sementara itu ada kebaikan buatku.
Cinta Allah dihati akan ku jaga sebaik-baiknya yang akan menyuluh hatiku dengan An-Nurnya dan akan menyalakan bintang-bintang dihatiku umpama bintang-bintang dilangit yang akan menjadi petunjuk jalan kepada diriku disepanjang kehidupan ini. Dengan cara ini, jiwaku pasti tenang kerana diriku pasti tidak akan kehilangan cinta yang begitu tulus, suci dan abadi daripada Ya Wadud, Ya Jalil dan Ya Quddus. |
|
|
|
|
|
|
|
14. Bagaimana Diriku Menggapai Kecemerlangan Hidup
Diriku sedar, diriku hanyalah seorang hamba kepada Yang Maha Esa dan Khalifah kepada yang Maha Agung, Maha Kaya dan Maha Bijaksana. Kebijaksanaan, kecerdasan dan Yang Maha Perancang itu adalah Miliknya Ya Baari |
|
|
|
|
|
|
|
15. Penutup
Sabahatku, akhirilah penderitaanmu, kesunyianmu, kebuntuanmu dan kegelisahanmu selama ini. Marilah melangkah bersamaku, kita berjalan diatas Permaidani Makrifatullah. Seluruh Asma 慤l Husna Allah mampu mencipta keajaiban kepada yang ikhlas bergantung kepadaNya. Diriku amat yakin kepada Ya Mujib yang Maha Mengabulkan yang akan mengabulkan segala permintaan kita ini, Ya Sami |
|
|
|
|
|
|
|
Sedikit Panduan
Setelah berbicara dan bermohon kepada Allah, dengarlah suara hati dan ikutlah suara hati itu kerana itulah dia petunjuk daripada Allah s.w.t. Janganlah dirimu membuat pelbagai alasan untuk tidak melakukannya dan pecahkan segala belenggu yang membelenggumu selama ini. Sesungguhnya selama ini dirimu sering dibelenggu dengan Prasangka Negatif, Pengalaman Pahit, Pandangan yang sempit, Merasa diri cukup berilmu, Prinsip Hidupmu yang goyah, Kepentingan Diri dan Sifat Selalu Membanding-banding dengan orang lain. Tanda itu suara hati ialah jiwa merasa tenang ketika melakukannya dan sekiranya itu bisikan syaitan, jiwa akan meronta dengan penuh penyesalan dan rasa bersalah.
Semoga jiwamu kini merasa bahagia dan damai, semoga dirimu sudah menemui jawapan kepada persoalanmu selama ini, semoga dirimu sudah berjumpa jalan keluar dari segala yang membelenggumu selama ini..
Salam kasihsayang dari seorang isteri kepada seluruh isteri-isteri didunia ini.
Maafkanku sekiranya terdapat kelemahanku didalam bicara ini. Yang baik itu adalah dari Ya Alim dan yang salah itu dari diriku yang masih sedang belajar dari Ya Alim.
Jumpa lagi dilain keluaran insyaAllah.
WASSALAM.
[ Last edited by misy at 4-11-2008 02:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 ayeep's post
no problem...sama sama la kita menghayatinya |
|
|
|
|
|
|
|
pergh misy teyeng, mmg best artikel ni
aku nak tanya...ko pnah dgr tak asma'ul husna by Ari Ginanjar?
kalu dgr dia baca, for sure tangkap leleh uhuk uhuk |
|
|
|
|
|
|
|
misy.. yang no 2. Siapa diriku tu mcm ada tak complete la misy.. tolong abiskan ayat terakhir tu misy.. pls |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 mala0n's post
ha ye ke...ko ada MP3 dia?
confession ...aku sebenarnya belum habis hafap lagi asma ul Husna ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|