View: 6439|Reply: 66
|
Cinta kedua yang agung
[Copy link]
|
|
Source : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm
Bod Mawi ni dah sunyi sepi .....saya tolong tempekkan article ni ....
HIBURAN
Cinta kedua yang agung
ASALNYA dia hanya gadis biasa. Tiada siapa peduli kecuali ramai yang keliru apabila melihat ada dua gadis yang s erupa pada masa sama. Mana tidak keliru, kerana gadis ini dilahirkan berpasangan dengan kembarnya. Mereka diberi nama Nora' Asikin dan Nora' Ain Rahmat, yang kini menginjak usia 29 tahun.
Berasal dari Johor Bahru, mereka memang bukan sesiapa sehingga terjebak menjadi anak seni. Itu pun mereka belum mempunyai sumbangan besar dalam industri kecuali kontroversi yang tak terperi.
Dan bertambah kontroversi apabila si kakak yang lahir 15 minit awal daripada si adik, Ekin, tiba-tiba dikaitkan mempunyai hubungan dengan penyanyi lelaki popular masa kini, Asmawi Ani. Maka semakin semaraklah namanya dalam persada seni.
Kini Ekin tiba-tiba seperti menjadi wanita nombor 'satu' dalam industri. Juga, masih bukan kerana sumbangan kredibiliti, tetapi peribadi. Ya, dia akan segera menikahi Mawi.
Diumpat keji, dicaci maki menjadi makanan setiap hari. Tawar hati, begitu kata Ekin. "Tapi saya telan sahaja. Mawi selalu bagi kekuatan untuk tidak cepat mati hati," luah Ekin yang saya temui sebulan sebelum bakal menjadi 'puan Mawi' secara rasmi.
Banyak bicara kami hari itu. Tentang masa silamnya. Tentang kecundang sebuah cinta lama. Juga tentang skeptikal mengenali dan mencintai seorang Mawi.
Masa silamnya kata Ekin, dia bukan terlalu naif. Juga bukan seorang gadis yang begitu nakal. Tetapi dia tidak menolak realiti kehidupannya yang satu ketika dahulu juga keluar bersosiol.
Sama seperti generasi remaja lain. Sesekali keluar bersosiol bukan tabu baginya. Memiliki ramai kenalan terutama lelaki juga adalah sebati dengan dirinya.
Namun sejak mengenali Mawi dan berasa letih dengan kehidupan lalu, serba sedikit dia menjadi antisosiol. "Tapi bukanlah drastik sangat. Secara perlahan-lahan, saya berundur, jarang lagi keluar dan bersosiol. Mungkin sudah puas dan penat agaknya," katanya yang bakal menerima hantaran sebanyak RM30, 000 ini ketawa.
Mawi bukan cinta pertama
"Mawi? Tolonglah. Sinis kawan-kawan mengejek saya dulu. Saya sendiri sempat tak percaya bahawa saya pun akan jatuh cinta pada dia. Mawi, eeii... lebih kurang macam itulah respons saya.
"Tapi kata orang tua-tua, jangan benci sangat pada seseorang. Nanti berjodoh," katanya ketawa mengenang awal jalinan cintanya bersama Mawi kurang dua tahun lalu.
EKIN berdebar dan teruja menghitung hari menjadi isteri kepada lelaki yang amat dicintainya, Mawi.
Mengenali Mawi sebagai kenalan biasa, akhirnya dia jatuh hati pada 'kegilaan' dan sifat Mawi di luar kulit seorang penyanyi. Ekin mendefinisikan Mawi sebagai seorang lelaki yang selamba, jujur dan tidak hipokrit.
Katanya, dia temui banyak lelaki dalam hidupnya yang 90 peratus daripada mereka tidak menampilkan sisi sebenar diri mereka. Kata Ekin: "Ada yang suka kontrol macho. Juga kuat cemburu dan suka kontrol. Saya tak gemar yang begitu.
"Saya suka yang macam Mawi. Selamba, jujur dan menghiburkan. Dia, adalah rakan, abang, adik, dan kekasih terbaik untuk saya berkongsi duka dan suka."
Tapi saya kata memanglah Mawi kini menjadi juara, sebab dia bakal bergelar suami. Ekin ketawa dan menjawab: "Macam saya kata tadi, orang yang paling kita benci akan jadi orang yang paling kita sayang."
Dan terlanjur berbicara tentang lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya, saya ajak Ekin membuka cerita tentang lelaki yang pernah mendampinginya.
Tidak hipokrit, dalam dia mengambil nafas sebelum meluahkan cerita tentang lelaki-lelaki yang mengejar, pernah diam di dalam hatinya, juga yang mahu mencuri ruang untuk menakluk hatinya.
Sebelum Mawi, dia pernah menjalin hubungan cinta selama enam tahun sebelum ia terlerai kerana mengerti kalau cinta dua darjat itu tidak akan ke mana.
"Ya, Mawi bukan yang pertama. Dia lelaki kedua yang berjaya mengetuk pintu hati saya. Tetapi Mawi juara kerana dia juga yang telah berjaya membuat saya jatuh cinta dan bernikah dengannya," kata Ekin jujur.
Dan saat menghitung hari bergelar raja sehari, Ekin masih menggamit hati banyak lelaki. Ada yang masih ingin cuba mendampinginya. Sedang seantero Malaya tahu dia milik Mawi.
"Ada juga yang datang kepada saya dan tanya kenapa Mawi? Kenapa tidak? Ada yang kata saya boleh dapat yang lebih hebat, lebih kaya.
"Betul, memang ada lelaki yang lebih kaya dan bermegah dengan kekayaan mereka datang kepada saya. Tapi saya tidak mencari itu semua. Yang saya cari sekarang adalah seorang lelaki budiman, yang memahami dan boleh hidup bersama," katanya lagi.
Difitnah bomohkan Mawi
Sebelum mencapai tangga tertinggi hubungan mereka, selain hinaan, yang paling mengguris dan hampir melumpuhkan semangatnya untuk hidup berdua bersama Mawi adalah apabila difitnah membomohkan penyanyi itu.
Sinis Ekin menyatakan tidak memerlukan ilmu hitam untuk membuat Mawi menyukainya.
"Fitnah membomoh Mawi paling mengaibkan saya. Ini tentang kebahagiaan. Kalau saya bomoh Mawi untuk bersama dengan saya, ia pun tidak akan sampai ke mana. Ini jodoh kami. Jadi percayalah pada jodoh," katanya yang selalu menangis kerana tidak mampu bertahan dengan fitnah dan nista banyak orang terhadap dirinya.
Dan kemudian dia juga dituduh sebagai terdesak untuk berkahwin sebelum usianya mencecah 30 tahun. Anak kedua daripada lima beradik perempuan ini juga dikatakan memberi 'bom jangka' kepada Mawi untuk segera bernikah sebelum dia angkat kaki.
Ekin hanya ketawa mengekeh sebelum menafikan tuduhan nakal itu. Beritahu Ekin, biar usianya mencecah 30 pada tahun hadapan, dia tidak pernah risau kerana belum bernikah. Begitu juga keluarganya.
Hanya apabila jodoh telah tiba, mereka terima dengan tangan terbuka. Sementelah, sudah 10 tahun keluarganya tidak menerima anggota baru.
"Saya tak terdesak untuk berkahwin. Saya juga tak letakkan jangka masa untuk Mawi mengahwini saya. Banyak kali saya katakan, ini soal jodoh," katanya tegas dan ringkas.
Juga paling terbaru apabila khalayak mula muak melihat dirinya selalu berdamping dengan Mawi. "Saya tampil berdua kerana kerja dan kerana jemputan. Tapi orang mencaci. Nak buat macam mana lagi? Telan sajalah," keluhnya lagi sambil ketawa penuh makna.
Jadi perunding imej Mawi
Dalam pada banyak jawatan yang bakal dipikul selain bergelar isteri kepada penyanyi terkenal, Ekin memilih untuk menjadi perunding imej bakal suaminya itu.
Sebagai seorang penggemar fesyen, dia yang tidak pernah memotong rambut sejak mengenakan tudung setahun lalu ini mahu membantu memberi idea tentang penampilan Mawi.
"Selain menguruskan rumah tangga kelak, saya mahu menjadi perunding imej Mawi. Dia kadang-kadang main pakai apa yang dia suka tanpa memikirkan tentang fesyen.
"Kita orang perempuan memang gemarkan fesyen, jadi saya mahu membantu menjaga penampilan dia," katanya yang mempunyai impian untuk memiliki label fesyen muslimah sendiri satu masa kelak.
[ Last edited by bee_fine at 23-11-2008 01:02 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ikot suka ko ler mawi |
|
|
|
|
|
|
|
Quote :
"Ada juga yang datang kepada saya dan tanya kenapa Mawi? Kenapa tidak? Ada yang kata saya boleh dapat yang lebih hebat, lebih kaya.
"Betul, memang ada lelaki yang lebih kaya dan bermegah dengan kekayaan mereka datang kepada saya. Tapi saya tidak mencari itu semua. Yang saya cari sekarang adalah seorang lelaki budiman, yang memahami dan boleh hidup bersama," katanya lagi.
Ermmm...takkan lah semua lelaki kaya yg cuba rapat dgn Ikin ni bukan lelaki budiman.... Mawi sorang aje ke yg budiman ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 bee_fine's post
....Atau pun Mawi sorang je yg sanggup ambil Ikin sebagai isteri...yg lain2 tu
ambil sebagai stok geli2 jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Quote :
"Sinis Ekin menyatakan tidak memerlukan ilmu hitam untuk membuat Mawi menyukainya".
Haaa...Ikin lawa dan sexy tau.... ramai yg mahu rapat dgn dia....sampai sekarang...jadi tak perlu bomoh !!!
(kata Ikin lah... ) |
|
|
|
|
|
|
|
Quote :
"Selain menguruskan rumah tangga kelak, saya mahu menjadi perunding imej Mawi."
Yg ni bukan dah jadi ke ? ....kan selalu sedondon ?... |
|
|
|
|
|
|
|
agung sangat
yer lah mawi tengah kaya
nanti kalo dah miskin
jodoh kami setakat ini sahaja
anggaplah ini takdir
|
|
|
|
|
|
|
|
pi mampos arrdua ekoq ni :@ |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya tak terdesak untuk berkahwin. Saya juga tak letakkan jangka masa untuk Mawi mengahwini saya. Banyak kali saya katakan, ini soal jodoh," katanya tegas dan ringkas.
Juga paling terbaru apabila khalayak mula muak melihat dirinya selalu berdamping dengan Mawi. "Saya tampil berdua kerana kerja dan kerana jemputan. Tapi orang mencaci. Nak buat macam mana lagi? Telan sajalah," keluhnya lagi sambil ketawa penuh makna.
kerja apa la agaknyer si ikin ni ek? |
|
|
|
|
|
|
|
kenyataan -kenyataan yang memualkan .... |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai yg sakit jiwa dalam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
baca tajuk ingatkan agung selepas Dia dan Rasul
sekali.. berbanding kerabat ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|