View: 6746|Reply: 29
|
SUKAN: HEBATKAH PAHANG DARUL MAKMUR
[Copy link]
|
|
MARI KITA BINCANGKAN
Timur: Strategi tingkat pencapaian atlit sekolah
JERANTUT: Pelajar berbakat dan berpotensi dalam bidang sukan tidak harus diabaikan sebaliknya perlu dimantapkan dengan menyediakan perancangan strategik dan latihan yang bersistematik sebagai langkah awal ke arah kecemerlangan mereka.
Ketua Unit Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Jerantut, Ahmad Nazlan Idris, berkata berikutan itu program `Satu Sekolah, Satu Juara' dilancarkan dalam usaha meningkatkan prestasi kokurikulum bidang sukan serta pembinaan modal insan di daerah ini mulai tahun depan.
Beliau berkata, untuk mencapai matlamat itu, Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum diminta membuat perancangan teliti dengan memilih satu bidang sukan yang boleh dikhususkan kepada pelajar berbakat di sekolah masing-masing.
"Ramai pelajar berbakat dan berpotensi untuk mengungguli sesuatu permainan dan olahraga di setiap sekolah,justeru guru perlu terus menggilap mereka menerusi perancangan strategik dan latihan yang bersistematik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada 63 orang GPK Kokurikulum Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM) daerah Jerantut pada Bengkel Kokurikulum Daerah di Rompin, dekat sini, semalam.
Ahmad Nazlan berkata, program itu bertujuan mengesan pelajar berbakat dalam sesuatu permainan dan olahraga sebelum diberi latihan intensif bagi menyertai pertandingan di peringkat daerah seterusnya dipilih mewakili Pahang ke kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).
"Kita tidak mahu ketandusan bakat untuk mewakili negeri dan lebih penting bagi mengelakkan berlaku pembaziran potensi yang ada sama ada sekolah di bandar atau luar bandar.
"Malah semua sekolah di Jerantut termasuk kawasan pedalaman lain mempunyai kemudahan sukan termasuk peralatan dan jurulatih berpengalaman di kalangan guru berkenaan, jadi ia sepatutnya dimanfaatkan," katanya.
Beliau berkata, program yang dijalankan akan membawa kembali kecemerlangan bidang sukan daerah dalam beberapa acara termasuk bolasepak, gimnastik, bola jaring, sepak takraw dan olahraga.
Katanya, kertas perancangan strategik program perlu dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Jerantut sebelum sesi persekolahan tahun depan bermula untuk memudahkan penyelenggaraan dan pentadbiran peringkat daerah.
[ Last edited by I-chi-ban at 25-11-2008 05:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by I-chi-ban at 25-11-2008 05:27 PM
Beliau berkata, program yang dijalankan akan membawa kembali kecemerlangan bidang sukan daerah dalam beberapa acara termasuk bolasepak, gimnastik, bola jaring, sepak takraw dan olahraga
sasaran: peringkat daerah
tak kan lah target hanya peringkat daerah...... kenapa perancangan tak umphhh langsung?
target lah peringkat antarabangsa...... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 I-chi-ban\ catat
koi minat main futsal je... |
|
|
|
|
|
|
|
aki we suka sukan memanah... |
|
|
|
|
|
|
|
setuju..jom kite promot memanoh wehh
[ Last edited by original_la at 26-11-2008 11:12 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by original_la at 26-11-2008 11:06 AM
setuju..jom kite promot memanoh wehh
http://www1.bharian.com.my/Misc/EPG/Images/Artis/8ray.jpg
compound bow.... cam akiwe punya...
yang selalu kat tournoment... recurve.... |
|
|
|
|
|
|
|
' PERSATUAN MEMANAH PAHANG' ujudke?
kalau ada.... aktif ke?
daerah mana yang aktif memanah ?
dulu temeloh ada ghasenya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 I-chi-ban's post
mahal ke bow tu? nak kena ade permit ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tangopapa at 26-11-2008 03:15 PM
mahal ke bow tu? nak kena ade permit ke?
tak perlu permit.....
mahal.... tak juga.... basic dalam RM2,000 dah boleh dapat dah yag bagus....
tapi kalau biginners... cuba dapatkan secondhand.... sbb ramai otai yang ugrade dah jual agak murah....
lepas tu bila dah selesa... baru tangkap bagus punya....
aki we punya ..... adalah dalam RM3K kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 I-chi-ban\ catat
ok harga tu... anak panah? tapi panah ni kan dah kira senjata? salah kan klu bawak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by I-chi-ban at 26-11-2008 06:13 PM
tak perlu permit.....
mahal.... tak juga.... basic dalam RM2,000 dah boleh dapat dah yag bagus....
tapi kalau biginners... cuba dapatkan secondhand.... sbb ramai otai yang ugrade dah j ...
klu 3k..koi rase aok ni mmg dah 'pro' aki we |
|
|
|
|
|
|
|
''Misalnya, Jabatan Pelajaran Pahang menyediakan peralatan memanah kepada Sekolah Menengah Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak (PPPTR) dalam usaha mencungkil bakat pemain untuk mewakili daerah dan negeri ini tahun depan sejajar dengan matlamat projek Satu Sekolah, Satu Juara," jelasnya.
lanjutan kepada berita diatas...
jangan selepas 3 bulan.... simpan dlm setor je....
genggam bara api biar sampai jadi arang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by craven at 27-11-2008 07:59 AM
''Misalnya, Jabatan Pelajaran Pahang menyediakan peralatan memanah kepada Sekolah Menengah Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak (PPPTR) dalam usaha mencungkil bakat pemain untuk mewakili daerah ...
akiwe rasa..... kalau guru pun tak minat dan tak pandai memanah, apa yang craven tulis tu ada kebenarannya...
satu cabaran guru-guru darul makmur.....
akiwe teringat dedikasi guru jasmani akiwe dulu.... ajar main hoki bukan setakat atas padang pukul bola....malah atas blackboard...ajar srategi... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tangopapa at 26-11-2008 08:47 PM
ok harga tu... anak panah? tapi panah ni kan dah kira senjata? salah kan klu bawak?
anak panah tu memanglah senjata sbb tajam....tapi masih lagi dikategori sebagai alatan sukan....
tak salah.... aki we bawa naik kapalterbang cam bawa beg golf je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by craven at 27-11-2008 07:59 AM
''Misalnya, Jabatan Pelajaran Pahang menyediakan peralatan memanah kepada Sekolah Menengah Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak (PPPTR) dalam usaha mencungkil bakat pemain untuk mewakili daerah ...
sekolah research bagi alatan memanah.... sekolah jeghantut takbagi set golf ke... bole training di kelab golf tu....
golf adalah salah satu potential utk meraih pingat diperingkat antarabangsa.... cuba lihat Thailand.... ramai orang Thai dah jadi juara peringkat antarabangsa.... sepertI Thongchai & Prayad....
kalau orang Thai boleh ....kenapa tidak orang darul makmur? |
|
|
|
|
|
|
|
gimnastik juga mampu membawa darul makmur ke peringkat antarabangsa....
tapi tidak sesuai utk kita yang beragama ISLAM.... (pompuan la...) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|