CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32505|Reply: 334

Luahan hati seorang lelaki yang dilukai

 Close [Copy link]
Post time 30-11-2008 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Telah dua hari saya mendapat pengakuan dari isteri saya yang tercinta mengenai perhubungan cinta beliau dengan bekas kekasih nya yan telah 20 tahun ditinggalkan untuk berkahwin dengan saya. Hubungan ini dijalinkan semula sejak dua bulan yang lalu di mana katanya hanya melalui perbualan telefon dan kata-kata sayang dan cinta dari kekasihnya yang saya berikan gelaran Along yang berada di sebuah Bandar di Negeri Selatan tanahair. Beliau mengakui telah terpesona dengan kata-kata cinta tersebut dan merasa amat gembira dan bahagia mendengar kata-kata manis dan cinta dari Along. 20 tahun tidak berjumpa厖

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2008 10:37 AM | Show all posts
isteri ko buat sebab dendam?
dh tanye ke dendam sbb ape? mgkn ade perkara yg dia tak puas hati dia simpan...
@ ko ade buat silap suatu ketika dahulu sehingga dia rase tersiksa.. dan dia nk supaya ko rase pe dia rase?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 10:51 AM | Show all posts
berat problem nih
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 11:38 AM | Show all posts

Balas #1 benharon\ catat

Salam sejahtera,

1. Anda telah menyatakan masalah ini sebab dendam. Apakah kesalahan anda sehingga isteri anda melakukan anda sedemikian?....Sudahkah anda mengetahui sebab dendam itu? Jika anda telah melakukan kesalahan/kesilapan sudahkan anda bertaubat dan memohon maaf dari isteri anda. Jika anda tidak bersalah sudahkan anda memperjelaskan situasi sebenar yang menimbulkan dendam itu?

2. Selalunya orang yang berdendam sudah pasti akan melakukan perkara yang menyakiti hati org yang didendami. Dan taniah kepada anda kerana mampu bersabar dan masih berfikir secara waras. Moga Allah SWT memberi petunjuk dan jalan keluar dari masalah ini kepada anda.

3. Langlkah anda untuk berjumpa teman isteri anda itu wajar juga...tetapi sekiranya anda pergi dalam keadaan beremosi ..saya rasa adalah lebih baik dijauhi. Jika anda pergi dengan hati yang lapang dan terbuka Insyaalah niat dan tujuan anda akan dirahmaiti dan dilindungi Allah. Dicadangkan anda ditemani oleh saudara kepada isteri anda.

4. Jika kemelut ini berterusan dan isteri anda terusan menyakiti anda dan berbahagia dengan temannya....buat lah sesuatu yang boleh memberikan kehendaknya itu. Di khuatiri isteri anda hanya sekadar ingin menyakiti  hati anda sahaja....dan masih sayangkan keluarga anda. Berbincanglah secara rasional apa arah tuju yang isteri anda hendaki dalam hidupnya.

5. Selepas segala kesulitan pasti ada kebahagiaan....

Moga anda beroleh penyelesaian dan berbahagia..TQ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 12:08 PM | Show all posts
:cry: :cry: :cry: sedih pulak:cry: :cry: :cry:
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 01:07 PM | Show all posts
Originally posted by benharon at 30-11-2008 10:31 AM
Telah dua hari saya mendapat pengakuan dari isteri saya yang tercinta mengenai perhubungan cinta beliau dengan bekas kekasih nya yan telah 20 tahun ditinggalkan untuk berkahwin dengan saya. Hubun ...



Saudara..

Walau tulisan mu panjang berjela dan prosa prosa mu penuh bermutu namun apa yang ingin kamu sampaikan semuanya kelam dan lesu....

Dalam bahasa ringkasnya...

Aku tak paham sepatah habuk pun apa yang ko nak sampaikan kat sini..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2008 02:12 PM | Show all posts
iskk iskkk iskk
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 03:04 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by benharon at 30-11-2008 10:31 AM
Telah dua hari saya mendapat pengakuan dari isteri saya yang tercinta mengenai perhubungan cinta beliau dengan bekas kekasih nya yan telah 20 tahun ditinggalkan untuk berkahwin dengan saya. Hubun ...

Kata nya, tujuan beliau berbuat demikian  adalah untuk menyakiti hati saya dan membiarkan kesakitan tersebut menghiris kalbu seperti mana apa yang beliau rasa. DENDAM. Saya bertanyakan isteri saya adakan beliau gembira dengan dendam yang telah terbalas ??? Dan rahsia rumahtangga telah diceritakan kepada oran lain ?? Jawapannya..YA.  Sampai bila ? Adakah cara ini betul ?? Fikirkah dosa pahala?? Tidak mampu untuk menjawab. Hanya mengaku berdosa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2008 03:18 PM | Show all posts
oh my god...anda sebagai ketua keluarga..dah kahwin 20 tahun??.fikirkan adakah anda telah melakukan apa yang seharusnya anda lakukan sbg keluarga dan rumahtangga...
apa pun yg isteri anda lakukan..or bakal lakukan....anda turut sama pikul dosanya nanti...pasal apa tak bimbing isteri anda utk jadi isteri solehah???? kalau dia isteri yg soleh dia pasti tahu taat pada perintah Allah ..taaat pada suami...jauhai larangan dah cukup bagi seorang isteri utk masuk syurga dari mana2 pintu pun...tepuk dada tanya iman...pernah baca bagaimana suami blh terheret ke neraka akibat perbuatan isteri dan anak2 perempuan?
saya pun pelik ada suami tu pi surau setiap waktu..bulan ramadhan tidur kat surau tapi anak2...tak yah cerita lah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 03:26 PM | Show all posts
so heavy to think. but men always have better choices
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 04:23 PM | Show all posts
aiyooooooo
tak paham
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2008 05:22 PM | Show all posts

Reply #6 nighunter71's post

xpalah kalo ko tak faham.  sebenarnya saya telah berkahwin satu lagi 4 tahun yang lepas tanpa pengetahuan isteri saya.  hanya awal tahun ini dia mendapat tahu berita pernikahan saya dan ini membuat kan beliau sangat marah, sedih, sayu, terluka, pedih dan macam2 lagi. saya menyatakan apa yang saya lakukan adalah halal di sisi Islam dan saya juga tidak mengabaikan keluarga dan memberi nafkah yang secukupnya untuk keluarga.  cuma saya bernikah satu lagi kerana qada dan qadar dari Allah SWT.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by benharon at 30-11-2008 05:22 PM
xpalah kalo ko tak faham.  sebenarnya saya telah berkahwin satu lagi 4 tahun yang lepas tanpa pengetahuan isteri saya.  hanya awal tahun ini dia mendapat tahu berita pernikahan saya dan ini membu ...

mmmmmmmmm patutlah isteri berdendam bagai............. kesetiaan dia selama ini  ko balas dengan memberinya madu...................... sekarang nih rasalah pulak bagaimana lukanya hati bila pasangan kita berlaku curang

Tidak dinafikan yang kelakuan isteri saudara tuhh adalah berdosa............... tapi sapa yang mengajar dia berlakuan begitu...........kalau bukan saudara sendiri...............

Tak semua isteri redha dan dapat menerima poligami.........

[ Last edited by  Risma at 30-11-2008 05:36 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2008 05:58 PM | Show all posts

Reply #13 Risma's post

Saya memang gagal mendidik isteri saya.Memang kesalahan saya. Mudah-mudahan Allah SWT mengampunkan dosa saya. Apa yang sepatutnya saya buat sebagai suami yang gagal? Mohon Risma berikan nasihat yang lebih baik dan bukannya menyalahkan saya. Kita manusia dan tidak sempurna. Tetapi saya yakin Risma dalah sesempurna manusia. Saya gagal menjadi suami yang baik dan telah menghancurkan hati isteri saya. Kepada isteri-isteri di luar sana, perhatikan suami masing-masing. Janganpercaya 100%. Suami-suami di luar sana juga berhati-hati juga kerana perkara yang berlaku kepada saya mungkin boleh berlaku kepada saudara tidak kira apa alasan yang diberikan untuk menghalalkan cara. Tapi suami Risama( kalau telah berkahwin..tidak perlu risau kerana dia pefect !!)

terima kasih Risma di ataskomen yang bernas tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 06:10 PM | Show all posts

Reply #12 benharon's post

Macam mana isteri anda dapat tahu pasal pernikahan tu? adakah dari mulut anda atau dapat tahu sendiri. Tindakan saudara menyembunyikan pernikahan tu pun sudah cukup membuat dia sakit hati. Sebenarnya pernikahan itu sendiri yg menghiris perasaan isteri anda samada saudara minta izin terlebih dahulu atau sembunyikan dari dia. Tapiini tidak bermakna saya menyokong tindakan isteri anda utk membalas dendam dgn bermain kayu tiga.

Seeloknya anda, isteri & teman isteri tu bersemuka dan cuba cari penyelesaian. Cuba kawal emosi

Yang paling penting sekali, cari jalan utk merawat luka isteri anda tu. Perempuan kalau dah sekali terluka...........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 06:19 PM | Show all posts
Originally posted by benharon at 30-11-2008 05:58 PM
Saya memang gagal mendidik isteri saya.Memang kesalahan saya. Mudah-mudahan Allah SWT mengampunkan dosa saya. Apa yang sepatutnya saya buat sebagai suami yang gagal? Mohon Risma berikan nasihat y ...

saya tidak layak utk memberi nasihat kepada sesiapa... kerana saya bukan pakar dan tiada pengalaman..........

jangan risau kalau suami saya ingin kahwin lain........... kalau kena cara nya saya akan benarkan ......... lagipun kehidupan di dunia ini hanyalah sementara saja............

Cuma yang boleh saya nasihatkan kepada saudara.. cubalah bawa berbincang dengan isteri ..........tanya apa yang dia tak puas hati......... saudara hendaklah tawan dan rawat hati isteri saudara semula..........sebab ris rasa hati isteri dah kosong terhadap saudara.............dia bertahan pun demi anak2 kot

[ Last edited by  Risma at 30-11-2008 06:31 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2008 07:17 PM | Show all posts

Balas #16 Risma\ catat

saya pun kalau betul caranya tak kisah suami kahwin satu lagi....dah penah bagi ccalon kat dia...dia yang tak nak....he said i want my life simple...tapi adik dia kahwin dua dan dia lak yang support anak2 adik dia dgn 1st wife sebab tak mampu nak kahwin jugak...saya pulak yg naik hangin..adik dia dah tau tak mampu nak kahwin dua...
cuba bawa muhasabah diri fikir semula dalam2 apa yang dah anda buat or belum buat..dan usahalah baiki kelemahan yang ada...benda ni mesti dah berakar umbi banyak cabang2 nya apa yg ditulis ni mayb baru berapa percent aja...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 08:37 PM | Show all posts
If i go deep in yr heart's wife, the only way to settle this problem is for u to divorce yr 2nd wife.

Then only can she forgive u though she will never forget.

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 08:39 PM | Show all posts
kadang2 manusia tak penah nak fahami hati org lain setelah benda yg sama berlaku pada diri sendiri barulah mereka akan sedar. anggap jer lah semua nie cuma dugaan dr Allah. mungkin selepas nie anda akan lebih menghargai hati org lain.

4 tahun awk tipu wife awk. berdosa besar seorg lelaki berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri. berusahalah ubati hatinya.. semoga jodoh awk dgn nya panjang..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 08:53 PM | Show all posts
Originally posted by sunsuria at 30-11-2008 07:17 PM
saya pun kalau betul caranya tak kisah suami kahwin satu lagi....dah penah bagi ccalon kat dia...dia yang tak nak....he said i want my life simple...tapi adik dia kahwin dua dan dia lak yan ...

tu lah kalau kena caranya..... isteri akan bersetuju suami berpoligami.... ni first step dah salah..... mmm
Adik ipar ris pung kawen dua............. siap dok serumah lagi dengan madu dia.... aman damai ja macam adik beradik..... orang tengok cam tak percaya.................. tapi alhamdulillah.......walaupun pada mulanya berlaku juga perang besar bila tahu suami dia kawen lain.... tapi tulah hati isteri cair juga akhirnya dan menerima madu dia sehinggalah dia orang dok serumah............ dan kini boleh dikatakan tindakan suami dia kawen lain tu merupakan satu rahmat sekarang nihh... ini kerana suami dia sekarang baru je kena strok so dia orang gilir2 jaga suami dia........ sorang pergi berniaga.... so sorang lagi dok rumah jaga laki dia....... esok yang sorang lagi pulak gi berniaga....... so bolehlah gilir..... tak dapat dibayangkan kalau dia sorang je terkontang kanting tentunya sukar untuk dia berniaga bagai......

So kadang apa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya yang kita tak tahu.................. segalanya rahmat dari Allah SWT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.589813 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list