View: 2633|Reply: 1
|
Bayi 9 bulan hilang dalam kandungan (ambik dari CI)
[Copy link]
|
|
Ada penjelasan dari segi perubatan tak untuk benda macam ni?
Bayi 9 bulan hilang dalam kandungan
ALOR STAR: Impian seorang anggota tentera untuk menimang cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup selama dua tahun dengan isterinya tidak tercapai selepas bayi yang dikandung suri rumah itu disahkan hilang selepas sembilan bulan mengandung.
Pasangan Mohd Fazli Samsudin, 27, dan Nurul Shuhada Mat Isa, 20, tidak dapat menahan kesedihan dan terkejut selepas dimaklumkan doktor pakar di sebuah pusat bersalin swasta di sini bahawa rahim wanita terbabit kosong ketika melakukan imbasan terakhir, Isnin lalu sebelum dijangka bersalin semalam .
Nurul Shuhada disahkan mengandung pada Mac lalu selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Angkatan Tentera (Resat), di Kuala Lumpur dan dijangka bersalin pada 29 November lalu.
Nurul Shuhada berkata, sukar baginya menerima kenyataan apabila bayi yang dikandung selama sembilan bulan hilang dengan sekelip mata sehingga menimbulkan satu misteri kepada dirinya, suami dan keluarga.
揔erana tidak berpuas hati, saya kemudiannya dibawa keluarga ke sebuah lagi pusat perubatan swasta di Jitra untuk membuat pemeriksaan kali kedua namun keputusan tetap sama. Malah, doktor mendakwa rahim saya normal seperti wanita yang tidak mengandung, |
|
|
|
|
|
|
|
my lectuer, die pakar sakit puan, die nye PHD menjurus ke obstetric n gynaecology social... n die cakap, benda ni memang berlaku...
die mula2 tak percaya, tp lepas die alami(lihat dr pesakit die) mmg terjadi...
xdpt nk jelaskan kenapa...
[ Last edited by azz_azza at 5-12-2008 11:12 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|