View: 2645|Reply: 4
|
Ascent Ti Ferrari Vertu
[Copy link]
|
|
Ti simbol titanium
| ASCENT Ti Ferrari ini sememangnya pernyataan gaya mereka yang berjiwa peneraju.
|
Menjadi refleksi kepada nilai eksklusif, elegan dan keunggulan prestasi kereta super terbaik dunia, Vertu baru-baru ini telah mengeluarkan tiga edisi telefon bimbit Ferrari. Ia merupakan varian daripada model Ascent Ti, Ascent Ti Ferrari ini sememangnya bagai pernyataan gaya mereka yang berjiwa peneraju.
Vertu Ascent Ti Ferrari Nero hanya terdapat dalam edisi terhad 2009 dengan rekaan kulit berwarna hitam, manakala edisi istimewa Vertu Ascent Ti Ferrari Rosso dan Giallo, masing-masing dikeluarkan dalam warna merah terang dan kuning.
Setiap edisi boleh didapati di seluruh dunia mulai 1 November lalu. Usahasama yang erat antara Vertu dan Ferrari membolehkan material dan rekaan daripada kereta itu diintegrasikan ke dalam telefon bimbit. Rekaan asli Ascent Ti adalah amat dipengaruhi oleh kuasa dinamik kereta sport mewah.
Logo Vertu 'V' adalah berpadanan dengan Ferrari Cavallino yang terdapat di hadapan dan belakang telefon. Seperti semua telefon bimbit Ferrari oleh Vertu, edisi Ascent Ti Ferrari juga menggunakan kulit dan jahitan yang sama seperti rekaan dalaman kereta Ferrari.
Penutup baterinya menunjukkan perincian but kereta dan pada telefon bimbit sisi Ascent Ti, ia direka untuk memberi refleksi kekipas yang biasa didapati pada banyak kereta Ferrari.
Telefon bimbit ini juga diperbuat daripada material yang halus, termasuk skrin kristal nilam dan rangka bahagian bawahnya diperbuat daripada titanium bergred tinggi. Sehubungan itu juga, Ti mendapat nama.
Ti merupakan simbol kimia bagi Titanium, elemen antikarat dengan nisbah kekuatan tertinggi berbanding logam yang lain. Ia juga mempunyai kebolehan bertahan dalam suhu yang ekstrem.
Bunyi yang terdapat pada telefon bimbit Vertu juga dengan mudah dapat dikenal pasti iaitu dengan komposisi dan kualiti bunyi yang begitu unik. Koleksi terbaru ini turut dilengkapi dengan ciri rakaman asli enjin Ferrari F430 dan Scaglietti 612.
Selain itu, ahli muzik dan penggubah lagu terkenal, Dave Stewart turut mengadun bunyi enjin yang unik bagi menawarkan seleksi nada dering muzikal yang dihasilkan eksklusif untuk koleksi Ascent Ti Ferrari Vertu.
tak dapat keta ferrari.... dapat ascent Ti vertu pun... wokey aper.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
tapi kalau harge die dah boleh beli sebijik perodua vavi, susah gak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 amazed's post
kalau yg model dulu, bukan vavi lagi... leh beli vios harga malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
enpon cenggini
mahal jek
specs bes ke tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|