CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3293|Reply: 0

penawar serba guna asas herba pertama di dunia jumpa di sarawak!!

[Copy link]
Post time 12-12-2008 08:33 PM | Show all posts |Read mode
12 Disember, 2008   
Penawar Berasaskan Herba Serba Guna Yang Pertama Di Dunia Ditemui Di Sarawak



KUCHING, 12 Dis (Bernama) -- Seorang doktor tempatan menemui apa yang didakwanya sebagai penawar serba guna pertama di dunia, yang boleh mengubati sebarang kesan sampingan pada seseorang itu akibat kehadiran racun kimia atau racun semula jadi dalam tubuh manusia.

Dr Patau Rubis mendakwa penawar herba itu, diperoleh daripada pelbagai daun hutan dan berasaskan kepada amalan pengubatan trasional masyarakat Bidayuh, boleh menyembuhkan sesiapa saja yang disengat atau dipatuk ular beracun, serangga, lebah atau penyengat atau mereka yang secara tidak sengaja terminum racun kimia seperti parakuat dan racun rumpai.

"Saya sendiri telah menyelamatkan dua orang daripada keracunan racun rumpai, dan rakan saya, seorang dukun Bidayuh, sudah menyelamatkan dua orang daripada keracunan parakuat," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Beliau berkata pada masa ini, dalam perubatan moden, penawar yang berlainan diberikan kepada pesakit yang mengalami kesan sampingan akibat keracunan, berdasarkan keperluan perubatan mereka.

"Misalnya, bagi patukan ular, pesakit akan diberikan anti-venom manakala dalam kes lain seperti keracunan parakuat, ubat lain akan diberikan bagi menyembuhkan pesakit tetapi penawar herba serba guna ini boleh menyembuhkan mana-mana kes yang serupa. Tidak perlu untuk mencari ubat lain," katanya.

Dr Patau, seorang doktor perubatan berkelayakan, yang sedang dalam proses mendokumentasikan amalan pengubatan tradisional Bidayuh bagi tujuan perubatan, berkata masanya telah tiba untuk melindungi ramuan dalam banyak amalan pengubatan di Sarawak untuk memeliharanya bagi generasi muda melakukan penyelidikan dan memasarkannya secara komersiol.

"Secawan penawar herba ini telah memberi kelegaan kepada empat orang daripada patukan ular, sengatan penyengat dan kencing ulat bulu," beliau berkata, sambil menambah anak perempuannya, yang disengat di lengan kiri oleh "ejen" tidak diketahui yang mengakibatkan gatal-gatal di kulit, sembuh dengan hanya sekali sapuan herba itu di atas bekas gigitan.

Dr Patau yang enggan mendedahkan butiran mengenai bahan yang digunakan kerana bimbang pihak luar akan cuba mempatenkannya, berkata beliau telah menulis kepada Jabatan Kesihatan Sarawak supaya mengendalikan penyelidikan ke atas herba itu dan mencadangkan supaya Hospital Bau menjadi pusat penyelidikan.

"Saya ingin berusaha membantu lebih ramai orang, sambil cuba mencari jalan untuk melindungi harta intelektual bagi semua pihak yang telah dan akan memberi sumbangan sewajarnya kepada pembangunan herba ini supaya menjadi satu label paten yang boleh dipasarkan demi manfaat lebih ramai orang," katanya.

Beliau berkata mereka yang berminat untuk menghulurkan bantuan dalam pembangunan penawar herba serba guna itu boleh menghubunginya di talian 016-8886251.

-- BERNAMA




nampaknyer  bukan gamber sarawak ajer yg fofuler... penawar herba serba guna tuk penyakit2 kronik  pun ada kat sana..... femes mesia camnih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.057117 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list