CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3026|Reply: 2

jutaan pengguna IE risiko kena godam!!!

[Copy link]
Post time 17-12-2008 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Jutaan pengguna Internet Explorer berisiko digodam

LONDON - Berjuta-juta pengguna yang mengakses internet menggunakan pelayar Internet Explorer dari Microsoft mungkin menghadapi risiko komputer mereka digodam kerana terdapat satu kecacatan tahap keselamatan baru, lapor sebuah akhbar semalam.

Pakar-pakar keselamatan menggesa pengguna internet bertukar kepada pelayar internet yang lain seperti Firefox, Opera atau Safari sehingga masalah itu dapat diatasi.

Masalah itu pertama kali didedahkan pada minggu lepas dan ia membolehkan penjenayah siber mengawal komputer serta mencuri kata laluan rahsia sekiranya pengguna melawat laman yang dijangkiti virus.

Syarikat antivirus, Trend Micro menyatakan terdapat 10,000 laman web berkompromi untuk mengambil kesempatan terhadap kecacatan tersebut. Setakat ini, laman web itu yang kebanyakannya dari China digunakan untuk mencuri kata laluan permainan komputer bagi dijual di pasaran gelap.

Seseorang penggodam komputer boleh memperoleh sehingga £9,000 (RM49,110) dengan menjual kata laluan itu kepada penggemar permainan komputer.Namun, seorang penasihat keselamatan, Paul Ferguson berkata, terdapat kebimbangan kecacatan itu mungkin dieksploitasi bagi jenayah yang lebih bersifat kewangan. - Agensi




nak safe kalu  pakai FF ajer ler...     
utk anti virus ni; aku pakai trend micro dah lama gak...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2008 04:13 PM | Show all posts
aku dah xpakai ie..la ni tgh try pkai goggle chrome..
harap2 yg neh slamat
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 03:14 PM | Show all posts
ie masalahnya kalau macam site yang phishing dia tak reti2 nak block tapi ff akan block
kalau guna addon WOT lagi best
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.101485 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list