CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2191|Reply: 10

keta terbang pertama dijual 2009 : terrafugia transition

[Copy link]
Post time 20-12-2008 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Kereta terbang pertama dijual tahun depan


GAMBAR kereta terbang di sebuah stesen minyak di sebuah lokasi rahsia.



LOS ANGELES - Kereta terbang pertama di dunia bakal menyusuri jalan raya menjelang tahun depan apabila dijual pada harga £127,000 (RM660,368), lapor sebuah akhbar semalam.

Sejak filem Back to the Future ditayangkan pada 1980-an, sejumlah pereka berhasrat untuk mencipta sebuah kereta yang mampu terbang di angkasa dengan menekan satu butang.

Bagaimanapun, kini seorang yang memiliki lesen juruterbang boleh memiliki kereta terbang tersebut dengan penghantaran dijangka bermula pada tahun depan.

Kenderaan keluaran syarikat Terrafugia di Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) itu juga mempunyai sayap yang boleh dilipat sekali gus membolehkan pemilik menyimpannya di garaj rumah.

Kereta itu yang dinamakan Terrafugia Transition mempunyai sayap selebar 8.38 meter itu mampu terbang sejauh 740 kilometer dengan kelajuan 185 kilometer sejam.

Pemilik juga boleh menyusur dengan laju di lebuh raya sekiranya kenderaan yang mempunyai 100 kuasa kuda itu diletakkan dalam mod kereta.

Untuk mengisi minyak kenderaan sepanjang 5.79 meter itu juga mudah, pemilik hanya perlu memandu masuk ke stesen minyak dan mengisi petrol tanpa plumbum.

Kereta itu juga memerlukan landasan yang pendek untuk terbang, tidak seperti kebanyakan kereta terbang konsep yang lain.

Syarikat tersebut dalam laman webnya, Terrafugia.com memberitahu bahawa jadual pengeluarannya kini menjadi sibuk dengan begitu cepat. - Agensi






kalu dtg kat mesia.... nak gak sebijik... tak der ler jem stoberi bila nak drive kat fed hiway nak gi kejer  nanti...    nampaknyer rega keta terbang ni jauh lebey murah dari merc pulak....  
biler agaknye keta terbang nak datang mesia...  aku wonder gak.. kena bayar road tax ker... sbb tak guna road nih...   guna ruang udara ajer.. nantih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2008 05:21 PM | Show all posts
nak satu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 07:27 PM | Show all posts
letih & pening nanti nak mengelak kabel pencawang TNB...  
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 09:03 PM | Show all posts
lebih penting lg x yah lalu tol...itu paling penting...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 09:25 PM | Show all posts
best giler lau dpt sbijik nie.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 11:31 PM | Show all posts

Reply #4 totally's post

hehehe..

aku cadangkan bila nak dekat toll booth, kau terbang/lompat... pastu masuk balik highway...  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2008 05:46 AM | Show all posts
pakai minyak jugak... kalo back to the future yang kedua tu.. dah boleh pakai sisa2 terbuang
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 12:05 AM | Show all posts

Balas #7 trusnowan\ catat

hahaha.... yg ni x tahan...
segala sisa dia gi ambik letak dlm kete
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2008 12:43 AM | Show all posts

Reply #8 nik2121's post

nasik lemak tak abih makan2 pagi blehla sumbat jadi bahan bakar..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 10:02 AM | Show all posts
Landing masalah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 10:07 AM | Show all posts
uiks...bagus ni! leh la ari2 terbang ulang alik ke sarawak..hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.049079 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list