CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5452|Reply: 22

Mercedes Benz SL Class

[Copy link]
Post time 23-12-2008 07:48 PM | Show all posts |Read mode
Mewah, eksklusif

Oleh Mohd Razlan Salleh


SEJAK lima dekad lalu, Mercedes-Benz S Class memberi gambaran mengenai kenderaan premium yang memberi kepuasan kepada pemiliknya.



SEJAK lima dekad lalu, Mercedes-Benz S Class memberi gambaran mengenai kenderaan premium yang memberi kepuasan kepada pemiliknya.

Kini, syarikat pengeluar kenderaan Jerman itu melalui anak syarikatnya, Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan model premiumnya, S500L secara pemasangan tempatan (CKD) yang dibekalkan dengan enjin lapan silinder berkuasa.

Walaupun dipasang secara CKD, kelas model yang sudah terjual lebih 500,000 unit di seluruh dunia itu tetap setanding model diimport sepenuhnya (CBU) termasuk sistem Distronic Plus dengan radar pengesan, paparan LCD bagi pandangan malam dengan lampu infra merah.

Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Kereta Penumpang Mercedes-Benz Malaysia, Florian Mueller, berkata harga model berkenaan yang ditawarkan amat berdaya saing berbanding harga sebenar sekitar RM1.4 juta bagi model CBU.

"S Class menyumbang 11 peratus hasil jualan kami dan satu peratus daripadanya adalah daripada model S 500.

"Dengan itu, kami tidak meletakkan sebarang angka jualan rasmi bagi model terbaru ini," katanya.

Florian berkata, pemasangan model terbaru terbabit atas dasar prinsip untuk mengekalkan kualiti selain membuktikan kereta secanggih S500L mampu dipasang secara CKD.

Jentera terbaru ini dibekalkan dengan enjin 5.5 L dengan keupayaan 26 peratus lebih berkuasa daripada model terdahulu, peningkatan tork sehingga 15 peratus selain menjimatkan penggunaan bahan api sehingga sembilan peratus.

S Class berkenaan berkuasa 388 kuasa kuda manakala tork sekuat 530Nw menjadikannya kenderaan paling berkuasa dalam kelasnya.

Keluarga terbaru Mercedes itu hanya memerlukan 5.4 saat untuk memecut daripada kedudukan pegun sehingga 100 kilometer sejam (km/j).

Selain kuasa yang dipertingkatkan, ciri keselamatan juga turut dipertingkatkan apabila Mercedes memperkenalkan Sistem Bantuan Brek Tambahan (BAS Plus) yang membolehkan kenderaan berhenti secara automatik sekiranya kenderaan di hadapannya dikesan tidak bergerak.

Sistem menggunakan radar itu aktif apabila kenderaan mencapai kelajuan tertentu dan akan mengurangkan kelajuannya atau memberhentikan terus kenderaan apabila objek di hadapan dikesan terlalu hampir.

BAS Plus juga akan memastikan jarak kenderaan berada pada tahap selamat dan akan mengekalkan jarak berkenaan mengikut kelajuan yang sesuai.

Sistem pandangan malam dengan lampu infra merah pula membolehkan pemandu mengesan sebarang objek yang sukar dilihat pada waktu malam sebagai salah satu langkah mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Cahaya infra merah yang tidak boleh dilihat oleh mata manusia itu bukan saja menjadikan pemanduan malam lebih selamat, malah tidak membahayakan pemandu kenderaan di laluan bertentangan.

Ruang dalamannya disalut kemewahan yang eksklusif termasuk penerima pemancar televisyen dengan sistem bunyi Harman/Kardon Logic7 Surround System selain kemudahan pengalih enam cakera pada digital (DVD).

Selain menikmati sistem hiburan yang bertenaga, penumpang boleh berehat dengan tempat duduk yang boleh mengurut secara automatik.

Dijual pada harga RM998,888, Mercedes-Benz S500L sebuah kenderaan mewah paling eksklusif yang dipasang secara CKD di negara ini.





holy moley guaca moley.... 2k to a mill...  punah sudah harapan aku...   cantik body dia weyyy canteq!!!   aku harap BSN Premium akan tawarkan Merc S class ni... aku nak beli premium tu banyak2... mana tau.. untung polysterine... timbul... untung gigi kapak... tenggelam..









[ Last edited by  amazed at 14-2-2009 08:15 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2008 08:16 PM | Show all posts
bukan ke aku dengo S500L bakal turun harga sparuh dari harga asal?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 08:39 PM | Show all posts

Reply #2 nik2121's post

Berapa harga asalnya Nik?

Kalau murah, nak angkat sebijik...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 09:13 PM | Show all posts

Balas #3 p4k4bu\ catat

RM998,888

dengo crite dlm rm400k - rm500k
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 09:32 PM | Show all posts

Reply #2 nik2121's post

yg tu bukan turun harga..yang tu CKD punya baru nak keluar kat malaysia

CKD merc memang murah banyak banding dgn CBU...spec pun banyak beza.....

CKD punya spec kureng banyak

[ Last edited by  derihje at 23-12-2008 09:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 09:38 PM | Show all posts

Reply #4 nik2121's post

harga camtu pun masih lum mmpu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2008 09:46 PM | Show all posts
kalau yang e class cbu contohnya, ada AIRMATIC Air Suspension ...suspension yang boleh turun naik...ada 3 tahap boleh turun naik..

kalau speading, makin laju, automatik kereta akan jadi makin rendah supaya lebih stable

yang e class ckd takde spec nih
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 09:50 PM | Show all posts


contoh AIRMATIC Air Suspension

kat trg ada 2 utir jer kereta merc cbu nih, se hok dr mat sulaiman,se agi hok tauke ikan nelayan bot besar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2008 09:54 PM | Show all posts
satu lagi spec utama yang ada pada CBU dan tak ada pada CKD..

Mercedes Distronic intelligent cruise control
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 09:57 PM | Show all posts

Balas #8 derihje\ catat

hok mung tkdok ke derih?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 09:59 PM | Show all posts

Reply #10 ajez's post

aku dok jadi Menteri Besor doh leni...dok merasa la
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 10:00 PM | Show all posts
AutoSpies.com demonstrates Mercedes-Benz Distronic Plus
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 10:03 PM | Show all posts
kalau yang B class model terbaru siap boleh auto parking lagi...gempak gak wo
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 03:38 AM | Show all posts
S Class Merc nie is in a different league altogether. Prestigious, class and very exclusive. S Class Mercedes samalah dengan league BMW 7 Series atau Audi A8.



Harga brand new di UK about
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:15 AM | Show all posts
Kereta S Class nie kalau nak beli kena make sure ada driver. Baru kena. Kalau bawak sendiri, nanti org kata kita kerja driver.

Anyway, Merc S-Class, BMW 7 series majority yg beli adalah company - utk kegunaaan MD, Chairman, CEO.  Walapun kereta itu dipark di rumah tp dlm geran still nama company dan company bayar tetiap bulan. Jarang individu yg beli.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:32 AM | Show all posts

Balas #15 Bell\ catat

tul tu...tu sebab bila aku bawak s class aku, aku bawak ngan geran sekali...JPJ bila lah nak buat geran kete siap ada gambar pemilik ahh..so, bolehlah aku letak geran tu kat windscreen bila aku parking
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2008 10:42 AM | Show all posts

Reply #16 zzcbr's post

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 10:42 AM | Show all posts

Parking cara baru....






Even if you tried, we doubt thatyou could do what Pauline Grodski from Melbourne, Australia, did withher Mercedes-Benz C-Class. Ms Grodski reportedly lost control of herluxury sedan near her home in Malvern as she was... reaching for herlunchbox. As you can see in the picture above, Ms Grodski'scarelessness -and that's an understatement- ended with her car hoveringon two wheels astride a neighbor's parked Holden Astra sedan. Luckily,no one was injured in the incident.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 10:45 AM | Show all posts
nak cari baka terbaik ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 11:11 AM | Show all posts

Balas #19 orangdalam\ catat

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.071887 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list