|
Terbang di jalan raya'
Oleh Mohd Razlan Salleh
| MENUNGGANG motosikal berkuasa tinggi bagaikan mengendalikan sebuah jet pejuang kerana kedua-duanya memerlukan kemahiran dan kecekapan. |
MENUNGGANG motosikal berkuasa tinggi bagaikan mengendalikan sebuah jet pejuang kerana kedua-duanya memerlukan kemahiran dan kecekapan.
Bezanya, memandu jet pejuang terbang di udara manakala motosikal besar 'terbang' di jalan raya.
Bermula dengan motosikal kapcai Honda C70, siapa sangka impian seorang lelaki memiliki motosikal berkuasa tinggi tercapai.
Malah, jentera dua roda itu berkuasa tinggi terbaru dan amat dicemburui ketika beraksi di jalan raya.
Bagi ketua jurutera sebuah hotel lima bintang di Putrajaya, Isham Mohd Noor, 42, impian menunggang motosikal berkuasa tinggi, Kawasaki ZX636R 2007 (special edition) umpama mimpi selepas lama mengidamkannya.
Isham mengakui impian itu bukan sesuatu yang mustahil, cuma perlu berusaha bersungguh-sungguh.
"Banyak perkara yang tidak dapat dilupakan ketika saya mula mengenali motor terutama ketika zaman remaja. Honda C70 milik ayah saya ubah suai bersama abang dan kawan-kawan lalu terciptalah fenomena baru dalam hidup iaitu berlumba motor.
"Ketika itu, apa yang sentiasa bermain di fikiran ialah mengubah suai motosikal dan berlumba. Saya pernah mendapat tajaan Hong Leong Motor untuk perlumbaan Cup Prix sempena keputeraan Sultan Kedah tetapi sekadar di tempat ketujuh," katanya.
Katanya, selepas menamatkan alam persekolahan, dia membeli motosikal Yamaha RXZ dan berhijrah dari Kedah ke ibu kota sebelum bekerja sebagai juruteknik.
"Gaji yang diperoleh disimpan dan selepas tiga tahun, saya menjual motosikal RXZ untuk membeli Kawasaki Ninja 600cc.
"Di sini, bermula era motosikal besar dalam hidup saya.
"Malangnya, motosikal itu dicuri dan saya mendapat tahu ia digunakan untuk merompak kedai serbaneka dan stesen minyak," katanya.
Riwayat motosikal berkuasa tingginya berakhir apabila polis mengesan perompak terbabit dan berlaku kejadian tembak menembak.
"Motosikal saya mengalami kerosakan teruk dan dihumban ke gaung.
"Nasib baik saya membuat laporan polis mengenai kehilangan motosikal ini dan terlepas daripada dituduh melakukan jenayah," katanya.
Selepas sekian lama, Isham melupakan hasrat memiliki motosikal berkuasa tinggi tetapi pertemuan dengan beberapa peminat motor besar menyebabkan dia membeli Kawasaki Ninja ZX6R 2006.
Bagaimanapun, malang terus menimpa apabila motosikal itu turut dicuri ketika meletakkannya di garaj rumah.
"Akhirnya, saya nekad membeli Kawasaki ZX6R 2007 (special edition) dan menggunakannya sehingga hari ini," katanya.
Isham berkata, dia tertarik dengan motosikal itu kerana reka bentuknya sangat menarik, mudah ditunggang terutama ketika mengambil selekoh dan sesuai dengan saiz badannya yang sederhana.
"Daya pecutan ZX6R 2007 lebih baik berbanding model 2006 selain kedudukan pelana lebih selesa dan tidak terlalu agresif.
"Cuma untuk menjaga motosikal besar, pastikan minyak pelincir dan penapis minyak ditukar setiap 3,000 kilometer (km).
"Tekanan angin tayar harus diperiksa manakala sebagai langkah keselamatan, ketegangan rantai hendaklah disesuaikan terutama ketika memulakan perjalanan," katanya.
Katanya, adalah penting pemilik motosikal membuat pemeriksaan berkala mengikut jadual yang ditetapkan pengeluar bagi mengelak sebarang kerosakan.
"Jika motosikal berada dalam keadaan terbaik, kita pasti bangga apabila menunggang, apatah lagi sentiasa menjadi perhatian orang ramai.
"Saya sentiasa pastikan motosikal sentiasa cantik, bersih, berkilat serta mampu mencapai kelajuan maksimum," katanya.
Dia mengakui, tekanan kerja hilang apabila menunggang motosikal berkuasa tinggi terutama mendengar dentuman enjin.
"Saya tidak mengamalkan sebarang petua menjaga motosikal besar, cuma cuba basuh sendiri motosikal supaya kita dapat kenal jentera yang dimiliki," katanya.
maknanyer... aku pun leh jadik camnih!!! aku ada kapcai c70.... taon depan aku beli ler kawasaki nak terbang kat jalanraya nih pulak... wahhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 amazed\ catat
tapi nko kene Bagi ketua jurutera sebuah hotel lima bintang di Putrajaya.. baru bleh pakai camgini... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
ape la mamat tuh.. 2 kali ilang moto beb..
model sama pulak tuh |
|
|
|
|
|
|
|
kalau motor dia ilang lg lepas ni agak2nya insurans bg gantirugi x lg? |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 yg ni berapa lama tahan sebelum kena curi lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 orang_awam\ catat
kalau masuk paper ni...
lg besar risiko kot |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dainese at 30-12-2008 17:15
tapi nko kene Bagi ketua jurutera sebuah hotel lima bintang di Putrajaya.. baru bleh pakai camgini...
Mahal sgt ke gaji nya? |
|
|
|
|
|
|
|
sape kate org pkai moto besar takde curik...ni lagi penyagak besar...haha..sian kt bro tu..kui2 |
|
|
|
|
|
|
|
ketua jurutera hotel nie ape jobscope die ek?
pastu kalau kompeni2 mcm bank ke, shopping complex ke, mmg ada post ketua jurutera ek? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pakai motor besar nie...umur 42 leh jadi 22 |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 nik2121\ catat
....mungkin...tapi dier dah lebih tua dr umurnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 mycos79\ catat
erk... ye ke...?
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orang_awam at 31-12-2008 01:14 AM
agak2 yg ni berapa lama tahan sebelum kena curi lagi...
tak lama... sbb aku dah buat plan... nak songlap kali ketiga motor dia |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka tang kat tyres merah tu....... nampak gempaq sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 amazed's post
tyre merah..ke rim merah? |
|
|
|
|
|
|
|
maksud dier rim kot..
tapi kalau tyre merah bila burnout mesti asap merah..fuuh hebat |
|
|
|
|
|
|
|
weii....kner keje kt hotel putrajaya jer bru leh beli moto neyh....
keje kt tmpt lain xleh weiii...ingat tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
lepas kejer hotel..hilang kan motor lpas tu baru leh masuk paper
jadi femess |
|
|
|
|
|
|
| |
|