|
Kereta bayangan 2010
Pengeluar kenderaan gergasi Sweden, Volvo mempamerkan model konsep terbarunya dikenali sebagai S60.
Kenderaan berkenaan adalah 'bayangan' kepada versi yang akan dilancarkan pada 2010.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo, Stephen Odell, berkata pelancaran model itu bakal memberi saingan sengit dalam dunia automotif yang kini semakin mencabar.
"S60 diinspirasikan daripada model Coupe yang semakin diminati dewasa ini berikutan ciri fizikalnya yang lebih kompak dan sporty.
"Saya yakin ciri yang diserapkan ke dalam model S60 akan memberi kepuasan pemanduan yang tiada tandingannya," katanya.
Stephen berkata, dia memberi jaminan kawalan pemanduan S60 adalah yang terbaik dikalangan mana-mana model Volvo.
"Malah, peningkatan beberapa teknologi terkini dan ciri keselamatan tambahan bakal menarik minat pembeli.
"Jurutera Volvo juga berusaha menghasilkan produk yang mampu mengatasi mana-mana pengeluar kenderaan dunia lain," katanya.
Menurut Pengarah Reka Volvo Cars, Steve Mattin, rekaan dalaman S60 dicipta dengan lebih kompleks bagi memudahkan pemandu mengendalikan jentera berkenaan selain memberi ketenangan kepada penumpang lain.
S60 'dilahirkan' daripada konsep Scandinavian yang eksklusif di mana bahagian hadapan enjin diberi penekanan khusus termasuk gril lebih lebar.
Padanan bonet hadapan berbentuk 'V shape', lampu berteknologi tinggi dan terkini menjadikan S60 tampak gagah.
" Penampilan dinamik bersama karakter tersendiri berjaya menjadikan S60 berbeza daripada lain serta lebih eksklusif.
"Tambahan pula, hiasan Scandinavian menjadikan jentera yang akan dilancarkan pada 2010 ini lebih berdaya saing.
Jentera terbaru itu dilengkapi enjin petrol 1.6 L empat silinder dengan teknologi GTDi (Gasoline Turbocharged Direct Injection) yang membekalkan 180 kuasa kuda.
Model terbabit dilengkapi rim tujuh jejari bersaiz 20 inci yang dipadankan dengan tayar berprofil rendah.
Ruang dalamannya pula dibaluti kulit lebih mewah dan eksklusif.
Volvo pastinya tidak mengabaikan aspek keselamatan apabila S60 mampu membrek secara automatik apabila mengesan pejalan kaki yang melintas secara tiba-tiba.
kerek... kerek dah mata akuuuuuuu sumer volvo aku suker.. nak kena lat ta li lat tam plom ler ni.... cantekkkkkkkk weyyy s60 niii giler babas punyer keta!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
cantik eh kereta nih.. bila lah aku dapat beli kereta nih..... |
|
|
|
|
|
|
|
semer berita kat paper di tepek nya......... |
|
|
|
|
|
|
|
design volvo dah semakin futuristik .......... tp kalu kat sini mmg guna volvo ni seumur idup la ...(volvo for life) |
|
|
|
|
|
|
|
Wednesday, November 11, 2009
New Volvo S60 images unveiled
Posted by: Anthony Lim
Volvo Car Corporation has released the first official pictures of its all-new Volvo S60. The car, which is set for its official launch at the Geneva Motor Show next Mar, is claimed by the company to be sportier and more dynamic than any Volvo sedan to date.
Production of the sporty sedan model will start in early summer 2010 at the Volvo Cars plant in Ghent, Belgium. It can be equipped with Pedestrian Detection - a groundbreaking safety feature that can detect pedestrians in front of the car and brake automatically if the driver does not react in time.
|
|
|
|
|
|
|
|
makin pendek cam volvo s40 |
|
|
|
|
|
|
|
1.6 turbo......harap harga pun murah nanti |
|
|
|
|
|
|
|
7# amazed
Wow!!!!hmy3: chantekkk.....Berapa riban nie...
Volvo keta kerassss... |
|
|
|
|
|
|
|
aku minat kat volvo tapi second value tu yang tak tahan tapi kalau harga dalam 150k bagi S60 1.6T ni...rasanya berbaloi untuk dibeli |
|
|
|
|
|
|
|
kete kontinental memang drop harga 2nd value dia..tp kalau beli pakai smpi 15 thn apa salahnya...kalau nak pakai 2,3 thn baik cari 2nd hand... |
|
|
|
|
|
|
|
ni masalah aku ..suka tukor kereta terutaman kalau warantty dah expired..so nampaknya takda laa peluang nak pakai conti ni..tunggu company offer kereta kat aku..tak dapat XC60 ..dapat S60 pun jadi laa |
|
|
|
|
|
|
| |
|