CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5885|Reply: 36

Siti, Datuk K mahu saman penyebar fitnah cerai

[Copy link]
Post time 9-1-2009 06:11 AM | Show all posts |Read mode
            KUALALUMPUR: Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk SeriKhalid Mohd Jiwa, yang mengaku tertekan dengan pelbagai fitnah dangosip mengenai perkahwinan mereka, akan mengambil tindakanundang-undang terhadap mereka yang menyebarkan pembohongan itu.

Pasangan itu merayu supaya penyebar gosip melalui internetdan juga akhbar sejak kebelakangan ini kononnya rumah tangga merekayang dibina sejak dua tahun lalu sedang bergolak, menghentikan segeraperbuatan itu.

揓ikalau gosip seperti ini berterusan disiarkan, saya akanmengambil tindakan undang-undang kepada dalang yang menjadi penyebarfitnah itu. Mereka harus membayar harga atas perbuatan itu,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2009 07:01 AM | Show all posts
td lam mhi ade keratan berita yg siti nk undur ...sape2 leh tulun tempek plzzzz...dgr ujung2 tinge je...xperasan paper ape..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 07:03 AM | Show all posts
siti rela quit nyanyi demi tok k
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 07:11 AM | Show all posts

Reply #3 orkid_la's post

okay la tu berundur..

daripada asik kena fitenah ajoooo....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 07:21 AM | Show all posts
cepat tul korang ...kalau org lain ada gambar berak lam toilet pun tak masuk masuk pepagi bute camni
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 07:39 AM | Show all posts
marah btl dato' k
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2009 07:52 AM | Show all posts
org berak depan pintu takkan nak mengaku...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 07:53 AM | Show all posts
lantak koranglah...aku pun tak minat korang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2009 08:20 AM | Show all posts
marah tul dier....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 10:58 AM | Show all posts
Sedih aku..sebagai artis CT kebal ngan gosip. Tapi gosip pasal rumah tangga memang buat dia terpukul. Bayangkanlah gossip sebegini yg akan meruntuh masjid seseorang itu..So Anti CT sekelian tak takut ke korang, dosa meruntuh kan masjid ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 11:05 AM | Show all posts
Siti... pls jgn berhenti nyanyi..
Betul... vass rasa nak nangis skrg nie..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 11:06 AM | Show all posts
Datuk k..
vass rayu plss benarkan ct teruskan menyanyi coz dunia seni malaysia akan malap tanpa siti..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 11:11 AM | Show all posts
Sabar senjata Siti
Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]

Siti Nurhaliza

Sudah 14 tahun dalam dunia seni, penyanyi pujaan ramai ini berpegang kepada resmi padi, semakin tunduk makin berisi
KEMBARA seni figura terkenal tanah air ini sudah melewati angka 14 tahun apabila 2009 datang menyingkap tirainya. Sepanjang tempoh itu terlalu banyak kenangan manis dan pahit dilalui penyanyi yang begitu pemurah dengan senyuman ini.
Suka dan duka silih berganti. Gosip, kontroversi, sensasi sentiasa menjadi rempah ratus dalam kehidupannya. Namun biar dilanda badai, nama Datuk Siti Nurhaliza masih tetap ampuh serta teguh berdiri menjadi sebuah monumen.

Datanglah berapa ramai penyanyi baru pun, namun sehingga kini masih belum ada satu pun yang mampu menggantikan tempatnya. Jauh sekali untuk bersaing kerana apa saja yang membabitkan Siti Nurhaliza, rezeki selalu saja berpihak padanya.
Ada apa dengan Siti sehingga dia diangkat sebegitu rupa. Apakah kerana kelunakan suaranya atau kerana personaliti yang dimilikinya membuatkan sehingga kini peminat masih sayang lagi padanya. Duduk bersembang bersama penyanyi itu di satu petang yang hening dan mendamaikan memberi peluang kepada penulis mendasari hati wanita ini.

Banyak yang dibualkan termasuk soal kerjaya dan kisah peribadinya yang sehingga kini masih tidak jemu-jemu didamba peminat. Hadir ditemani pengurus yang juga kakak iparnya, Rozi Abdul Razak serta dua pembantu peribadi, Siti yang sudah siap berdandan begitu rancak bercerita sekali gus membongkar satu demi satu kisah hidupnya sebagai tatapan pembaca setia Hip.

Biarpun ada di antara pertanyaan agak sensitif namun Siti tetap Siti, setiap pertanyaan dijawab sebaik mungkin tanpa sebarang rungutan atau menunjukkan reaksi kurang senang. Barangkali itulah kelebihan Siti membuatkan dirinya terus disenangi dan menjadi kesayangan ramai sehingga kini.
Mencungkil rahsia lebih sedekad bergelar anak seni, Siti berkata pengalaman banyak membantunya menghadapi pelbagai halangan yang merintang. Hanya pengalaman dan berbekalkan kesabaran saja membuatkan dia berjaya merentasi kesukaran itu.
Masih terbayang bagaimana Siti terpaksa berdepan dengan ujian hebat, sejak melangkahkan kakinya ke bidang seni hinggalah berdiri kukuh di tempatnya sekarang. Dari kisah enggan bergambar dengan artis lelaki hinggalah kontroversi rumah tangganya yang dikatakan berantakan, semua itu ditangani Siti dengan penuh ketenangan.

揝iti akui bukan mudah untuk sampai ke peringkat seperti ini. Laluan Siti penuh dengan ranjau dan duri. Pelbagai cabaran terbentang di depan mata. Namun apabila Siti mengambil keputusan untuk mencari rezeki dalam bidang ini, Siti harus bersedia menempuh pelbagai halangan termasuk dilanda pelbagai gosip panas.
揘amun senjata Siti adalah kesabaran. Malah itulah yang Siti praktikkan dari mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini sehinggalah sekarang. Kalau bukan kerana sabar sudah lama Siti berundur dalam bidang ini,
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 11:16 AM | Show all posts
Kak Siti..
Kali ni cari si tukang buat fitnah sampai ke lubang caci:@ :@

vass & semua peminat2 fanatik siti akan berada di belakang siti 200%..
cuma jgn laa kak siti teruskan niat nak berhenti menyanyi cos bakat luar biasa kak siti jarang ada kepada artis lain tak kira artis lama or baru
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 02:20 PM | Show all posts

Sedia undur

Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]

KUALA LUMPUR: “Sebagai isteri saya harus menuruti kata suami walaupun sebenarnya belum sedia berhenti menyanyi,” kata penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 30, mengulas gosip yang melanda rumah tangganya sejak akhir-akhir ini.

Siti berkata, dia belum bersedia meninggalkan bidang seni dan masih mahu berbakti kepada industri.

“Bagaimanapun, saya perlu mematuhi keputusan suami jika itu dirasakan tepat dan terbaik untuk menghentikan segala fitnah ditaburkan terhadap rumah tangga kami.

“Datuk K ada menyuarakan pandangan kepada saya supaya berhenti menjadi ‘public figure’ Rabu lalu, tetapi saya memujuk dan memintanya bertenang.




“Kemudian kami berbincang bagaimana cara terbaik menghentikan sebarang gosip,” katanya dalam sidang media bersama suami tercinta, Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K di Balai Berita di sini, malam tadi.

Sejak kebelakangan ini, gosip tersebar luas di media cetak dan Internet mengenai keretakan rumah tangga mereka.

Antara dakwaan yang dibuat pihak tertentu, Siti sudah memfailkan perceraian, bahkan turut menyebut Datuk K menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis BMW kepada seorang pelakon yang juga bekas pramugari.

Penyanyi yang baru melancarkan album tradisional, Lantera Timur, itu turut melahirkan simpati terhadap suaminya gara-gara gosip itu yang mencalarkan imej serta kredibiliti Datuk K sebagai seorang ahli perniagaan.

Datuk K yang berada di sisi Siti pula mengakui, dia meluahkan pandangannya itu kepada Siti kerana tertekan dengan spekulasi mengenai rumah tangga mereka.

“Sebelum ini, media pernah mengusik saya dalam ruangan gosip, tetapi saya tidak pernah mengendahkannya atau melenting. Bagaimanapun, tuduhan kami bercerai sesuatu yang melampau.

“Untuk pengetahuan, sepanjang perkahwinan kami tidak pernah bergaduh kerana Siti seorang yang sangat bertoleransi. Saya amat menyayangi isteri saya, saya bahagia dan gembira bersamanya.

“Untuk lukakan hati dia, nauzubillah saya tidak akan sekali-kali melakukan perkara itu. Sebab itu saya tidak faham kenapa orang memfitnah saya kononnya ada ‘affair’ dengan perempuan lain sedangkan boleh dikatakan setiap masa Siti ada bersama saya,” katanya.

Datuk K berkata, cerita tidak berasas yang disebarkan membuatkan dia sering menerima pandangan serong, terutama daripada golongan wanita serta peminat Siti.

“Saya selalu berurusan dengan pihak kerajaan serta swasta, jadi setiap kali mengunjungi jabatan kerajaan mahupun syarikat pasti ada melihat saya dengan wajah sinikal, terutama orang perempuan,” katanya.

Datuk K juga menegaskan, jika penyebaran fitnah mengenai rumah tangga mereka berterusan, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan maruahnya.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang jika berita yang disiarkan tidak benar dan mengaibkan maruah saya.

“Di sini saya merayu kepada pihak media seandainya mereka ingin menulis sesuatu berita yang diambil daripada Internet, bertanyalah kebenaran itu kepada kami terlebih dulu sebelum menyiarkannya,” katanya.

Berikut temubual wartawan dengan Siti

WARTAWAN (W): Sepanjang perkahwinan, Datuk pernah mencurigai suami?

SITI (S): Setakat ini, belum pernah kerana suami saya seorang yang jujur. Sebelum berkahwin lagi sampailah sekarang dia tidak pernah berahsia dengan saya.

W: Datuk Khalid dikaitkan dengan ramai artis wanita antaranya pelakon Rozita Che Wan, adakah Siti kecewa dan berhasrat menemui wanita yang dikaitkan dengan suami?

S: Waktu gosip dengan Rozita tersebar, Siti sebenarnya tidak kisah kerana menganggap ia satu lagi gosip yang sengaja diada-adakan. Malah, sedikitpun tiada perasaan marah pada Rozita dan tidak pernah terniat untuk berjumpa atau ingin menghubunginya kerana saya merasakan tiada apa yang perlu diselesaikan.

W: Siti langsung tidak tertekan?

S: Siti sudah lalui banyak benda dan sudah lali dengan gosip. Cuma apabila membabitkan perkahwinan, ia sangat sensitif kerana rumah tangga membabitkan perasaan dua insan, orang yang kita cintai malah, mengheret sama nama keluarga kedua-dua belah pihak. Tambah membuatkan Siti sedih, isu sebegini diperbesarkan padahal tiada apa-apa yang berlaku.

W: Bagaimana reaksi keluarga mendengar cerita seperti ini?

S: Keluarga alhamdulillah, mereka dapat menerima kerana mereka tahu gosip yang disebarkan tidak benar. Mak mentua Siti sendiri tinggal dengan Siti dan dia tidak pernah bertanyakan apa-apa kerana dia tahu bagaimana hubungan kami. Tekanan mungkin datang apabila kawan rapat dan kenalan yang asyik bertanyakan sejauh mana kebenaran cerita ini sampaikan ada yang sanggup ke rumah kami untuk melihat sendiri apa yang terjadi.

W: Siti ada mengesyaki sesiapa yang menjadi dalang menyebarkan berita tidak berasas ini di Internet?

S: Tidak baik kita mengesyaki orang. Tapi Siti sedar ramai tidak senang dengan perkahwinan kami. Entahlah, kadang-kadang itu orang yang baik dengan kita pun boleh buat cerita.

W: Bak kata orang, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Begitu juga dengan gosip yang tersebar di laman web, pasti ia dari sumber tertentu. Apa komen Siti?

S: Siti akui sesetengah cerita di Internet ada kesahihannya, namun dalam hal rumah tangga kami tidak benar sama sekali. Ada pihak cuba ambil kesempatan menjadikan kami bahan untuk dipersendakan. Kami adalah mangsa keadaan.

W: Gosip ini tersebar di saat Siti melancarkan album terbaru, Lantera Timur. Barangkali ada orang terdekat sengaja mereka gosip ini untuk meraih publisiti?

S: Siti tidak pernah guna cara kotor untuk dapatkan publisiti dan itu bukan cara Siti bekerja. Bagi saya cara sebegitu sedikitpun tidak membantu melariskan jualan album, sebaliknya membuatkan orang terus lupa mengenainya.

W: Pesanan Siti kepada mereka yang menyebarkan fitnah?

S: Sudah-sudahlah, henti-hentikanlah memfitnah rumah tangga kami. Hukum memfitnah orang, besar dosanya. Benarkan kami hidup seperti orang lain. Selain itu, Siti juga mengharapkan jasa baik pihak wartawan supaya bertanyakan kesahihan sesuatu gosip kepada kami terlebih dulu sebelum menyiarkannya.

Sumber: hmetro online

[ Last edited by  afifahmis at 9-1-2009 02:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 02:44 PM | Show all posts
jeng...jeng...jeng!!!
go siti go!

kalau aku di tempat siti... doh duduk tanjung rambutan rasanya aku ni!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2009 02:53 PM | Show all posts

Balas #16 adie82\ catat

Betul adie
Gosip artis lain aku rasa x sebegini teruk apa yg tok ti kena..

Aku kalo org fitnah sikit pon aku melenting tak ngat cari sapa yg fitnah tu
Ini pulak tok ti setiap masa di selubungi fitnah

Harap tok ti bersabar dan mohon pada Allah & percaya setiap perbuatan buruk ada balasannya
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 03:16 PM | Show all posts
Dasyat tol masuk bod sebelah
Mcm fitnah tu satu permainan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 04:25 PM | Show all posts
apelah...sikit2 fitnah xde bende lain ke nk bt

x leh tgk org lain sng:@
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 06:46 PM | Show all posts
aku bantah CT berundur......OH tiDAKKKKkkkkkkkkk

perjuangan seni perlu diteruskan....kalau tak sunyi la hidup

kipas susah mati ct mcm aku nie......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.099572 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list