CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3236|Reply: 0

half automatic transmission

[Copy link]
Post time 10-1-2009 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Transmisi separa automatik

Oleh Irwan Asri Mohd. Nor







Dewasa ini, sistem transmisi menjadi salah satu faktor pilihan pengguna untuk membeli sebuah kenderaan baru. Dengan minat dan keperluan yang berubah, transmisi automatik kini menjadi pilihan kebanyakan pengguna di bandar yang kerap mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk.


Secara tradisinya, sistem transmisi automatik sering dikaitkan dengan kekurangan tenaganya mengekstrak daripada enjin menyebabkan operasi keseluruhan enjin menjadi lebih rendah bagi menghasilkan kuasa secara keseluruhan berbanding penukaran gear manual.

Jurutera telah memikirkan masalah ini dan membuat beberapa kajian. Sistem transmisi separa automatik kemudiannya muncul sekaligus menguasai pasaran kereta baru dengan memberi kuasa yang lebih baik daripada transmisi automatik tradisional di samping penggunaan bahan api yang lebih cekap dan kos penyelenggaraan yang rendah serta kurang rumit

Sistem transmisi separa automatik atau semi automatic transmission direka dengan beberapa kaedah operasi tanpa klac, klac berkembar ataupun sistem klac yang telah diprogramkan.


SISTEM transmisi separa automatik memberikan kuasa lebih baik di samping penggunaan bahan api yang efisien.

Sistem itu menggunakan rangkaian elektronik terdiri daripada sensor, modul pemproses dan unit actuator untuk menggerakkan penukaran gear.

Ini secara terus meminggirkan penggunaan pedal klac. Oleh kerana penukaran gear dikawal oleh sistem elektronik, pemasa yang sesuai untuk menukar gear mengikut daya kilasan sedia ada lebih tepat, lancar dan ideal.

Sistem ini direka oleh pengeluar automotif Eropah untuk memberikan corak memandu yang lebih istimewa dan mudah terutama ketika memandu di kawasan bandar.

Dalam segmen pengeluaran automotif umum, konsol tombol gear menyerupai transmisi manual biasa kecuali ia hanya bergerak ke depan dan belakang untuk penukaran gear.

Bugatti Veyron menggunakan pendekatan ini untuk sistem transmisi 7 kelajuannya. Dalam perlumbaan Formula Satu, sistem ini dipasang pada roda stereng dalam bentuk dua unit pedal penukaran.


SISTEM gear ini tidak memerlukan pemandu untuk menekan klac.



Caranya dengan menarik pedal kanan untuk menukar ke gear lebih tinggi dan pedal kiri untuk sebaliknya. Kemudian beberapa kereta pengeluaran umum juga diadaptasikan dengan sistem ini.

Unit sensor yang dikenali dengan nama hall effect sensor mengesan arah pada pedal untuk penukaran gear sama ada untuk gear tinggi atau rendah, bersama dengan unit sensor pada kotak gear kedua bahagian unit ini disambungkan dengan unit modul elektronik untuk operasi yang paling cekap.

Unit pemprosesan utama mengawal unit mekanikal yang mempunyai motor servo yang disambungkan pada susunan gear untuk sistem actuator yang lebih sejajar yang juga menggunakan bendalir brek dari sistem brek untuk menggerakkan silinder hidraulik pada actuator klac utama.

Kelebihan sistem elektronik seperti ini adalah dari segi kecekapan dan kejituan yang tidak akan mampu ditandingi walaupun pemandu itu cekap memandu.
Berbalik pada fakta sejarah yang dipetik dari Muzium Otomobil Le Mans, sistem penukaran gear pedal pada stereng mula dijumpai seawal tahun 1912 pada jentera perlumbaan Le Mans.



KEBANYAKAN pengeluar kereta baru menawarkan aplikasi sebegini dalam produk mereka.

Honda pula memasarkan kedua-dua kereta dan motosikal dengan sistem transmisi Hondamatic pada penghujung tahun 1970 dan awal 1980-an. Sistem ini juga dikenali sebagai Bang-O-Matic oleh para mekanik.

Rekaan ini sangat popular kerana kemampuannya mengekalkan daya membrek enjin pada gear 1 dan 2.

Pada 1985, Daihatsu Charade menawarkan pilihan transmisi dua kelajuan separa automatik yang menyerupai sistem penukar kilasan (torque converter) dan set gear planet. Namun, ia kurang sempurna pada bahagian valve body menjadikannya agak lembab ketika penukaran gear dibuat.

Sistem maju ini juga sampai kepada segmen trak dan bas pada awal tahun 2000. Volvo menawarkan sistem i-Shift pada trak dan jentera beratnya.

Sementara itu, ZF Friedrichshafen AG memasarkan sistem ASTronic untuk bas dan kenderaan penumpang. Sistem ini digunakan setelah kajian dijalankan dan mendapati ia membantu menjimatkan penggunaan bahan api.

Sehingga hari ini, pengeluar otomotif daripada berbagai jenama menghasilkan sistem yang inovatif dan terbaru dengan berbagai nama, antaranya Quickshift (Renault), 2 -Tronic (Peugeot), Allshift, Twin Clutch SST (Mitsubishi), Easytronic (Opel), Durashift EST Ford, Dualogic (Fiat), Multimode, SMT (Toyota), I-SHIFT (Honda), Sensonic atau ACS (Saab), Sequentronic (Mercedes Benz), SMG/SSG (BMW), AMT (Proton) dan banyak lagi.




aku bajet nak ambik half auto transmission ni bila aku beli new car nanti.... canggih bro!!! :victory:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.038016 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list