View: 4525|Reply: 24
|
keta paling mahal di doniya (rm30.5juta)
[Copy link]
|
|
Terkejut jumpa kereta paling mahal di dunia
GAMBAR menunjukkan kereta Bugatti berada dalam
keadaan berhabuk di sebuah garaj mendiang Dr. Carr.
LONDON - Seorang peminat kenderaan, mendiang Dr. Harold Carr menyebabkan beberapa anak saudaranya berasa terkejut apabila dia meninggalkan sebuah kereta paling mahal di dunia dalam sebuah garaj di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Garaj itu menempatkan sebuah kereta Bugatti Type 57S Atalante tahun 1937. Hanya 17 model seperti itu dikeluarkan di dunia.
Keluarga Carr juga terkejut besar selepas dimaklumkan kereta itu mungkin mencapai harga £6 juta (RM30.5 juta) jika dilelong sekali gus menjadikan mereka jutawan segera.
Carr meninggal dunia ketika berumur 89 tahun pada tahun lalu dan dia tidak pernah berkahwin dan mempunyai anak.
Dia mewasiatkan garaj kereta itu kepada beberapa anak saudara perempuan dan lelaki.
Dalam garaj itu, mereka turut menemui sebuah kereta klasik Aston Martin dan Jaguar E Type.
Kereta Bugatti itu yang berhabuk dalam garaj itu turut dipamerkan dalam pameran dan jualan kereta Bonham's Retromobile di Paris, Perancis.
Salah seorang anak saudara lelaki Carr dari Gosforth, Newcastle berkata, keluarganya tidak percaya bahawa kereta berada dalam dalam garaj itu dibiarkan berhabuk selama 47 tahun.
"Ia sungguh menakjubkan. Harga kereta itu tinggi kerana ia tidak pernah digunakan dan tidak digerakkan selama 47 tahun," katanya.
- Agensi
47 taon punya keta.... sesapa yg baru ada keta... tu.. simpan sampai 50 taon.. ko jgn jual.. menten kan.. dan jaga baik2 ajer... walaupun ko beli keta baru...
nanti lepasa 50 taon... hah!!! jutawan beb!!!! :victory: aku wonder gak.. kalu kapcai honda c70 simpan 50 taon... bley tak harga dia cecah juta juta nih... kalu ye... nak gak aku menten.. sampai 2054 nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
apa saja benda antik ada nilai....paling koman leh recycle |
|
|
|
|
|
|
|
c70 berlambak kat mesia ni wei.. |
|
|
|
|
|
|
|
jutawan senyap tu......................... |
|
|
|
|
|
|
|
kereta pun bleh jadi pelaburan... |
|
|
|
|
|
|
|
Try la simpan kereta Protong for the next 50 years... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 RedDevils\ catat
satu lagi model kancil first edition |
|
|
|
|
|
|
|
kaalu keta keluaran mesia, err..putra boleh kot |
|
|
|
|
|
|
|
jual kat mesia tak laku, kene jual kat luar negeri... |
|
|
|
|
|
|
|
gila lah.
aku pun nk simpan kancil aku tu smpai 50thn, tgok nti brapa dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku tau honda kapcai 55 cc ada value lagi sbb antik punya pasal |
|
|
|
|
|
|
|
47 taun tak jalan...terbiar
tp tayar kembong berangin lghmy3: |
|
|
|
|
|
|
|
cuma 17 model je dikeluarkan...kira limited edition la ni...patutla jd mahal...rasanya yg lagi 16 tu wujud lagi ker??? |
|
|
|
|
|
|
|
saper nak beli ngan mahal gitu.. waah .. jutawan segere derang |
|
|
|
|
|
|
|
Bugatti 57S Atalante 1937; rega RM33 juta
Bugatti RM33 juta
LONDON: Saudara-mara Dr Harold Carr tergamam apabila mereka membuka garaj yang diwariskan olehnya apabila melihat kereta termahal dunia di dalam ruang tempat letak kereta itu.
Di dalam gudang yang diubah menjadi garaj itu ditemui sebuah kereta Bugatti Type 57S Atalante 1937, satu daripada 17 yang dihasilkan di seluruh dunia.
Mereka lebih tergamam apabila dimaklumkan kereta itu mungkin boleh dilelong hingga RM33 juta.
Carr meninggal dunia tahun lalu pada usia 89. Beliau tidak pernah berkahwin atau memiliki anak. Atas sebab itu beliau meninggalkan garaj itu kepada anak saudara dan anak sepupunya.
Selain kereta Bugatti itu, kereta Aston Martin klasik dan Jaguar E Type ditempatkan di garaj itu. Kereta klasik itu kini menjadi tumpuan utama Pameran dan Jualan Kereta Retromobile Bonhams di Paris.
Kereta Bugatti itu terbiar di dalam garaj itu sejak 47 tahun lalu dan cukai jalan berbayar terakhir adalah pada Disember 1960.
Jika Bugatti itu terjual dengan harga RM16.5 juta Februari ini, jumlah itu adalah 117 kali ganda daripada nilai RM4,922 yang dibayar Carr kepada Jack Barclays pada 1955 dan menjadikan saudara-maranya jutawan segera.
Bugatti Type 57S milik Carr yang memiliki nombor cassis 57502 siap dibuat di kilang Bugatti pada 5 Mei 1937. Kereta ini pada mulanya dibeli oleh juara Perlumbaan 24 jam Le Mans, Earl Howe yang kemudian menjadi koleksi hartawan Northumberland, Lord Ridley pada 1954 dan akhirnya dibeli Carr pada 1955.
Empat daripada kereta ini dipercayai ada di Muzium Automobil Kebangsaan di Mulhouse, Perancis.
Anak saudaranya yang juga jurutera dari Gosforth, Newcastle, berkata mereka terkejut melihat kereta klasik itu.
揔ami tak tahu jenis kereta yang diletakkan di dalam garaj itu. Kami cuma tahu ada kereta, tapi tak tahu jenis apa. Ramai penduduk sebelum ini mendakwa beliau memiliki Bugatti, tapi tiada siapa yang pasti dan pastinya tiada siapa tahu nilainya.
揃erita ini menakjubkan. Nilainya begitu tinggi, tapi ia tidak digunakan selama 50 tahun dan terbiar di dalam garaj itu. Hakikatnya, kereta Bugatti ini adalah kereta super asli kerana ia mampu dipandu selaju 208 kilometer sejam ketika kereta lain hanya boleh bergerak selaju 80 kilometer sejam.
揔ami pastinya teruja dan memastikan wang hasil jualan kereta dibahagi sama rata di antara ahli keluarga. Ada yang menggelar Carr doktor gila, tapi kami tahu beliau pemurah. Meskipun suka menyendiri, beliau sangat baik kepada kami. |
|
|
|
|
|
|
| |
|