|
pucuk maman nih
orang tua2 buat ulam
kan?
rendam ngan air garam
tul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 Syd\ catat
itu dr daerah/nogori lain..org moncheh buek rondang samodo campur ngan ayam (seelok2nyo ayam kg), daging x pun ikan bilih.....mmg susah nk buek..kato omak den kelapo nk kono byk...tp x boleh kacau..nnti jd pahit... ini mmg makanan resmi org moncheh...
[ Last edited by khoirulfatihin at 12-1-2009 03:33 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
pak cik pun ponah ckp...org2 cino pun dah mulo suko makan rondang maman...klu jual yg dah siap kek pasar..mmg sold out lah........ |
|
|
|
|
|
|
|
Permakanan
Maman boleh dilakukan secara pemasakan sup atau dibuat sayur. Maman dikatakan sangat pahit rasanya, dan bagi menghilang rasa pahit daunnya, proses penjerukkan boleh dilaku. Di Afrika, yaitu dikawasan barat dan timur, daun maman ini diproses dijadikan sos atau bahan pencecah. Juga, daun maman boleh dilakukan sebagai acar (melalui proses penjerukkan dengan campuran garam).
Bagi masyarakat Gemencheh, Malaysia, maman merupakan satu sayuran yang dimasak bersama dengan ayam, daging atau pun ikan bilis.Rendang maman boleh dikatakan satu juadah kemestian pada setiap hari raya.
Rendang maman ini boleh dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau pun nasi himpit. Rendang maman ini memerlukan santan yang banyak, lada api yang secukupnya dan juga asam keping untuk menghilangkan kesan pedas lada api tersebut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Khasiat
Perubatan
Daun dan biji maman, digosok pada kulit secara terus, boleh menyebabkan berlakunya kulit melecur dan radang.
Biji maman (guna sedikit saja), jika ditumbuk lumat dan kemudiannya ditelan, dapat mengeluarkan angin. Penggunaan berlebihan, boleh mengakibatkan angin dalam perut. Sekiranya, ia direbus, air rebusan biji ini boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok maman boleh dijadikan racun serangga.
Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekiranya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.
Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Bagi mendapatkan penawarnya ini, akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman. |
|
|
|
|
|
|
|
Penanaman secara ladang mampu beri pulangan lumayan
TAMPIN: Jika Lenggeng, dekat Seremban terkenal dengan kawasan penanaman serai terbesar di negeri ini, kawasan Gemencheh, dekat sini pula tersohor dengan penanaman maman, sejenis sayuran yang dibuat lauk dan menjadi bahan campuran utama untuk membuat rendang ayam, daging, ikan atau ikan bilis.
Maman atau nama saintifiknya Cleome Gynandra, mula dijumpai lebih seabad lalu terutama di kawasan Gemencheh seperti di Kampung Geduk, Sungai Dua, Kampung Seri Asahan, Gemencheh Lama, Kampung Sungai Jernih, Bukit Rokan dan Felda Bukit Rokan.
Selain dibuat lauk dan menjadi bahan utama campuran rendang bagi hidangan ‘wajib’ penduduk negeri ini untuk menyambut Ramadan dan hari raya, maman juga boleh dikatakan menjadi penawar pelbagai penyakit seperti kembung perut, buasir, sakit kepala, mengurangkan sakit pinggang atau sendi lutut atau belakang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gemencheh, Datuk Mohd Kamil Abdul Aziz, berkata dianggarkan ada keseluruhan lima hektar kawasan penanaman maman di kawasan Gemencheh yang diusahakan penduduk secara kecil-kecilan.
“Kita dapati permintaan maman semakin meningkat yang menyebabkan pengeluaran yang dihasilkan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan orang ramai. Jadi, saya menggalakkan penduduk di kawasan ini mengusahakan secara komersiol dengan mengusahakan tanah terbiar untuk dijadikan kebun atau ladang maman,” katanya.
Mohd Kamil berkata, seorang penduduk Kampung Geduk, Fahim Mahmud, 45, menyahut seruan itu dengan memberanikan diri mengusahakan tanaman maman secara komersiol di kawasan seluas 1.2 hektar sekali gus memberi pulangan lumayan kepadanya.
Sementara itu, Fahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Geduk berkata, sebagai pemimpin dia tampil ke depan untuk mengusahakan kebun maman itu bagi menunjukkan contoh kepada penduduk kampung.
“Saya mengusahakan kebun maman sejak tiga tahun lalu di kawasan seluas 1.2 hektar dengan mengusahakan secara berfasa bagi memastikan bekalan sentiasa ada dan dapat menampung permintaan pelanggan.
“Setiap bulan, kebun ini mampu menghasilkan kira-kira 16,000 kilogram maman untuk dipasarkan dengan pendapatan mampu mencecah RM8,000 sebulan,” katanya yang turut mendapat bantuan empat pekerjanya bagi mengusahakan kebun itu.
Katanya, dia menjadikan maman sebagai tanaman utama untuk diusahakan kerana menyedari permintaannya tinggi, selain ia mudah dijaga dan boleh dituai dalam tempoh 21 hari.
“Sayur maman laris terutama pada musim perayaan, cuti sekolah dan Ramadan untuk dijadikan hidangan istimewa seperti rendang. Kadangkala saya tidak mampu memenuhi permintaan,” katanya yang turut mengusahakan tanaman pisang, serai, nangka madu dan ternakan ikan keli.
Orang ramai yang ingin mendapatkan bekalan maman boleh menghubunginya di talian 013-6250024. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rendang Ayam Daun Maman
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam kampung
2 cekak pucuk maman
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 cm kunyit hidup
5 batang serai 3 biji kelapa
30 tangkai cili padi
10 tangkai cili kering
4 keping asam gelugur
Garam secukupnya
Sedikit kerisik
Cara:
Ayam dipotong dan dibersihkan. Cili padi, cili kering, kunyit, bawang merah dan bawang putih digiling hingga halus. Gaulkan dengan ayam dan masukkan dalam kuali. Biarkan di atas api hingga daging ayam kecut dan kering airnya. Masukkan santan dan masak hingga kering dan berminyak. Kemudian tambahkan pucuk maman, asam gelugur dan gaul rata. Masukkan kerisik dan biarkan kering di atas api, sentiasa dikacau supaya tidak hangit. |
|
|
|
|
|
|
|
mang..ai...respek tul ngan ekau ni syd..den org moncheh pun x ghoti nk tulih..ghoti makan yo... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 khoirulfatihin's post
aku harap
metalfire ghoti makan dan ghoti kasik den pinat
|
|
|
|
|
|
|
|
..1.0 ekr tanam maman,...dapek 4,000 kg
..satu kilo maman,..RM6.00.
..tuai selepas 30- 45-arie,..
..so, dlm sebulan, hasil tanam maman,..dapek untong kasar RM24,000.
...kayooo |
|
|
|
|
|
|
|
Den kok balik pilah mesti sughuh uwan den masak ayam ngan maman..\
pehhh mmg sodap.. meleleh air liur..
Den x pandai mp masak tp bab makan pandai |
|
|
|
|
|
|
|
korang yg pompuan ni jgn jd mcm aku..pandai makan jer..
klu bkn kita ni nk belajar masak masakan tradisi ni siapa lg....
aku pun mmg ada niat nk blajar..nnti klu kawin boleh ajar bini aku..masak... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by khoirulfatihin at 13-1-2009 01:01 PM
korang yg pompuan ni jgn jd mcm aku..pandai makan jer..
klu bkn kita ni nk belajar masak masakan tradisi ni siapa lg....
aku pun mmg ada niat nk blajar..nnti klu kawin boleh ajar bini aku..masa ...
elok la kalau dah ado niat mcm tu...
untung la bini kau sok |
|
|
|
|
|
|
|
maman nih kemain la sodap eh
kok fresh-gulai la dgn daging itik,daging ayam,daging lombu
daging kobau...ndak eh yg salai tuh...
kono podeh...masam ngan masin seimbang..perghhhh...
meleleh ailio...sebesen nasik pun besilo den ngadap an...
petuo nak masak maman
kok dah mengelogak kuah+daging tuh
toksah la buek ghajin asik ngacau yo
kompem la paittttttt....
biar an sampai dio layu,api jgn lak cam nak moghun somak
ala |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #17 aleni\ catat
makan maman ni kiro pengalaman jugak ko.. |
|
|
|
|
|
|
|
selain ghondang maman
ado laie org monceh goma buek
ghondang itik campo bihun...
den ingat an cam makan bihun biaso..
ghupo eh la buek lauk...
tp mmg superb...hik hik hik
(pehni sesapo nak kungsi cito makan,ajak den ) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|