View: 5328|Reply: 35
|
Mula-mula Baju, Sekarang Kuku
[Copy link]
|
|
Oleh Mangga Masam
Isnin, 26 Januari 2009 00:00
Mangga Masam pun tak tahu hendak kata apa lagi. Walau pun AJL 23 sudah lebih seminggu meninggalkan kita, namun cerita tentang Superman ni tak habis-habis. Sudahlah ada suara-suara sumbang mengatakan Faizal Tahir langsung tidak layak memenangi satu pun anugerah pada AJL 23 yang lalu. Mengapa sampai begitu? Pendapat MM lah, kalau kita tak minat seseorang itu (dengan apa jua alasan, jealous sebagai contohnya) tak payahlah kutuk atau hina seseorang itu sebegitu. Rezekinya hanya menang tiga anugerah dan bukan anugerah Juara Lagu, hendak buat macam mana?
Sebenarnya pada MM lah, cerita-cerita sebegini hanya datang dari mulut-mulut yang tak senang dengan kemenangan Faizal malam itu. Sudahlah dengan pelbagai andaian diperkatakan apabila Faizal Tahir menyuarakan hasratnya mahu berehat seketika. Ada yang kata sebab dia kecil hati tak menanglah, dia dah bosanlah dan macam-macam lagi. Sedangkan terang-terangan Faizal akui dia mahu luangkan lebih masa dengan keluarganya sebab itulah dia mahu Cuba letakkan diri kita di tempatnya.
Pernahkah kita dengar Faizal ni takde aktiviti semenjak selepas One in a Million? Bukan sekadar menjadi penyanyi dan penghibur, Faizal juga berkebolehan menjadi pengacara dan sebab petahnya dia berkata-kata dia menjadi salah seorang pengacara Gangstarz. Jadi, berilah dia peluang berehat.
Belum pun reda cerita AJL, nah timbul pula cerita Faizal mengenakan pewarna kuku bewarna hitam di tangan kirinya sewaktu membuat persembahan final AJL 23. Dulu dia digam kerana tindakannya membuka baju, sekarang pasal dia guna pewarna kuku hitam. Akan tetapi, jika artis wanita berpakaian mendedahkan dada keterlaluan, artis wanita bertudung posing menonggeng, artis wanita dengan aksi tarian mengghairahkan, tidak pula ada yang bersuara! Adakah yang bersuara dalam kes Faizal ini orang yang dengki dengan kesenangan dan rezeki miliknya? Atau adakah kerana jika artis wanita melakukannya ianya mempunyai nilai komersil? Renung-renungkanlah! - Mangga Masam
Sumber: http://www.manggaonline.com.my
Nota kaki: esok? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
xde apa yg nk dihebohkan... pelik dgn wartawan skrg nie.. dah sah2 lh itu persembahan dia.. sukahati dia lah nk kaler apa2 pn kt anggota dia... mcm mne lh artis nk trus kembangkan karya klu bila nk wat kelainan skit je, kne hentam... very da kuno lh wartawan skrg nie... |
|
|
|
|
|
|
|
tompang tanye... camne nak buang warna kuku tu yeh |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa Faizal pakai pewarna kuku?
Faizal Tahir
| BANYAKBanyak juga e-mel yang Kak Pora terima daripada pembaca memberitahukekaguman mereka terhadap persembahan cemerlang 'Superman Malaysia',Faizal Tahir, pada Malam Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) di StadiumPutra, Bukit Jalil hujung minggu lalu. Kak Pora sendiri turut mengagumikonsep persembahannya ketika menyanyikan lagu Sampai Syurga,seolah-olah beliau sedang menjalani penggambaran video klip, lengkapdengan kehadiran perunding imej, pereka fesyen, pendandan rambut dankrew produksi, termasuk pengarah seninya.
Belum pernah Kak Pora melihat konsep persembahan sebegituditampilkan dalam mana-mana anugerah muzik tempatan mahupunantarabangsa sebelum ini. Tak hairanlah persembahannya dipilih sebagaipersembahan terbaik pada malam itu, walaupun kalau ikutkan cita rasaKak Pora, Kak Pora sebenarnya lebih suka kalau persembahan Stacy yangmenang.
Tahniah kepada Faizal. Begitu juga tenaga kerja kreatifnyayang merekabentuk konsep persembahan menarik itu. Tidak lupa jugakepada komposer lagu berkenaan, Audi Mok dan Ahmad Izham Omar apabilaSampai Syurga yang menjuarai kategori Balada, selain dinobatkan sebagaiPersembahan Vokal Terbaik AJL23.
Cuma, Kak Pora tersentak melihat Faizalmemakai pewarna kuku berwarna hitam pada tiga jari tangan kirinyaketika menyanyikan satu lagi lagu popularnya, Cuba, yang turutdipertandingkan pada malam itu. Mungkin, Faizal sekadar mahumenampilkan imej unik tetapi tidak kena pada dirinya sebagai lelakiIslam, seorang ayah dan golongan terpelajar. Sebenarnya, bukan Kak Porasaja yang kurang senang dengan imeh digayakan beliau itu tetapi ramaipeminatnya.
Hinggakan, ada yang beranggapan beliau sengaja membuka ruang untukorang ramai menghentamnya. Apakah Faizal sudah lupa kontroversinyamembuka baju dan melukis logo 'Superman' pada dadanya dalam satukonsert tidak lama dulu. Kak Pora masih ingat lagi Faizal 'dibantai'teruk ketika itu, termasuk oleh tokoh agama kerana tindakannyabercanggah dengan tatasusila masyarakat timur. Akhirnya, beliaudilarang mengadakan persembahan dan program TV, termasuk program TV dandiarahkan melakukan kerja amal.
Faizal perlu peka terhadap benda-benda macam itu, lebih-lebihlagi beliau mempunyai background nasyid. Sedangkan wanita Islam pundilarang memakai pewarna kuku (kecuali ketika uzur), inikan pula lelakiIslam! Kak Pora berharap Faizal tidak berkecil hati dengan teguran ini.Percayalah, walaupun teguran ini nampak remeh, apa yang dibuat Faizalitu impaknya cukup besar.
KAK PORA: Sesekali lumur inai pada rambut. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 jac_diehard_fan's post
tak tahu...
faizal diundang nyanyi kat rebranding TV9 dua hari lepas AJL, berita harian semalam, dah tak de warna hitam kat kuku dia |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 santubung's post
suka baca komen mangga masam ni
tapi yang kelakar, artis wanita bertudung posing menonggeng |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jac_diehard_fan at 27-1-2009 01:40 PM
tompang tanye... camne nak buang warna kuku tu yeh
guna cairan khusus pembersih atau penghapus cat kuku kot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 jac_diehard_fan's post
senang jek. guna nail color remover...
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 fara_lily's post
penat la nak cat then buang lagi. cat jek la time UZUR. hehe 7 ari leh bergaya ngan kuku wane wani |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya haram bagi lelaki memakai pewarna kuku atau inai pada jari kaki atau tangan kerana terdapat unsur menyerupai cara kaum wanita berhias.
jika lelaki itu berinai kerana ada keuzuran seperti untuk berubat, tidaklah diharamkan malahan tidak juga dimakruhkan ke atasnya berinai. kalau pakai masa nikah atau kahwin hukumnya haram.
揃ahawa Nabi Shallallahu 慳laihi wasallam melarang kaum lelaki memakai za慺aran (kuma-kuma). |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 seroja\ catat
oo barula tau.. nila yg di gunekan oleh pompuan klu da abih bulan |
|
|
|
|
|
|
|
sket2 kutuk abe FT.. Yang artis lelaki len pakai subang bagai tue takder lak nak kecoh2!!! Menyampah!!!!!!!!!!!! :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gediks at 27-1-2009 01:21 PM
xde apa yg nk dihebohkan... pelik dgn wartawan skrg nie.. dah sah2 lh itu persembahan dia.. sukahati dia lah nk kaler apa2 pn kt anggota dia... mcm mne lh artis nk trus kembangkan karya klu bila ...
betul2..
maybe dh xde story tu..tu yg dia pi canang cter Faizal..xpasal2 faizal kena...
btw,i believe dat Faizal noe what he's been doing dat time...
p/s: artis lelaki lain yg pkai subang dan subang tu sah2 haram,xdela pulak wartwan nk heboh2 ye..berlambak lak tu yg pkai..come on la..fair la skit bila nk kritik org.
[ Last edited by sayasukagame at 28-1-2009 02:33 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 washere2's post
kak pora ni bodoh betoi, yg dia sibuk pasal kuku hitam yg Faizal Tahir keluarkan masa persembahan kedua tu apa ke helnya sampai nak babitkan isu agama, padahal artis wanita yg tak tutup aurat tu ikut Islam ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 DTECCONAN\ catat
|
|
|
|
|
|
|
senang cter antar surat kasi kt wartawan,tulis list artis yg pkai subang,rantai, yg x pkai tudung dan etc...heheee...baru dia taw..:@ :@ :@
asyik nk heboh pasal faizal je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 sayasukagame's post
wartawan laki pong ade yg pakai rantai..
camno |
|
|
|
|
|
|
| |
|