View: 9864|Reply: 4
|
Hilang barang jangan jumpa bomoh.HARAM!!
[Copy link]
|
|
Janganlah sesekali di antara kita kalau hilang sesuatu benda pergi berjumpa bomoh.
Bomoh tu pulak terbahagi kepada macam-macam jenis bomoh.
Ada bomoh yang tidak sembahyang tetapi mengatakan ia Allah yang memulangkan.
Ada bomoh langsung tidak sembahyang malah memusuhi ajaran Allah..
Ada juga bomoh yang sembahyang tetapi bila check balik cara untukmendapatkan barang yang hilang,menggunakan jamp[i serapah ntah apa ntah, campur bahasa Jawa tua,bahasa yang tidakdi fahami, pakai gelang warna hitam untuk anak yang suka menangis..
Ingatlah, kalau kita percaya bahawa gelang itu mampu memberi kemudaratan atau kebaikan,itu di namakan syirik...Pelik betul aku bagaimana orang-orang yang macam nie ada dalam masyarakat..
Apatah lagi yang sembahyang, pergi haji, berpuasa tetapi berjumpabomoh,malah hendak mempertahankan bomoh..Bodoh ke apa orang macam nie
Nabi Muhammad dah pesan kan?Orang yang berjumpa bomoh nie Allah tidak akan terima sembahyang dan doa mereka selama 40 hari or 44 hari...
orang-orang yang bertopengkan islam macamnie lah yang sebenarnya menyesatkan umat islam...
Ingat di dalam prinsipislam itu sudah jelas, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA..
tapi pelik bagi sesetengah orang bijak pandai dalam agama membuka prinsip baru, "BOLEH", bila prinsip ini di pakai, apa yang HARAM pun akan jadi HALAL bila dah di katakan macam tu....
Malah sungguh menakjubkan bila perkataan BOLEH itu di salah tafsirkan pula bagi orang yang hendak tahu bila mengatakan jadi pelacur itu boleh..
Sungguh sedih aku melihat keadaan macam nie |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatlah nabi dah berpesan DOA itu senjata umat Islam.Janganlah tafsir agama ikut kepala sendiri dengan mengatakan apa yang HARAM itu boleh.HARAM TETAP HARAM...Jangan kerana ada seorang dua yang mengatakan kita beriktiar...Ingatlah Prinsip Matlamat Tidak Menghalalkan Cara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya kehilangan LAP TOP kesayangan saya berjenama ASUS.Saya telah kehilangannya sewaktu di asrama pada 15 Julai 008.Ketika itu lebih kurang di antara pukul 4.00 hingga pukul 5.00 pagi.Pada malam kejadian bukan hanya lap topsay ayang hilang malah hampir 12 buah hand phone berjenama bernilai RM1000 ke atas setiap satu juga lesap.
Kehilangan di dapati daripada budak-budak baru yang baru masuk mendaftar.
Pada pagi pukul 5.00 tu, saya jadi gila sikit.Say aterus kejutkan seorang daripada budak-budak yang kehilangan barang mereka itu untuk ke surau membaca surah yaasin.
Saya tak tahu nak buat apa.Saya terus call seorang pengamal reiki di kl.Dia suruh saya bersabar.Dan mengunakan teknik imiginasi supaya barang di kembalikan.Malah,dia mengatakan saya cuma hilang satu lap top tetapi saya masih berpeluang untuk mendapatkan 10 buah lap top.Dia hanya bagi pendapat sahaja
Apa yang dia katakan itu betul.Saya pun boleh fikir begitu sebenarnya andai kata saya tenang.
Arghh...saya terus call seorang perempuan(adik junior) untuk dia membantu.Dia kata dia kenal dengan seorang bomoh nie di Rompin,Pahang.
Jadi, saya pun ikut keluarga dia ke Rompn Pahang lebih kurang seminggu dua lepas tu.Dalam hati saya, terasa begitu berat sekali untuk pergi.Saya mempunyai tanggapan yang buruk bagi sebarang bomoh terutama bomoh jawa.
Bomoh tu kata budak yang curi tu masih ada lagi.Dia kata saya kenal.Dia suruh saya tidur dengan dia.Sebab senang.Saya pun dah rasa sangsi.Tidur dengan dia?Gila ke apa...
Saya balik dengan harapan agar dapat berjumpa dengan lap top saya tetapi pulang dengan harapan yang janjikan tak tahu betul atau tidak...
......................Sambung kemudian |
|
|
|
|
|
|
|
Seminggu selepas tu, budak perempuan nie memberitahu dia dengan ayah dan emaknya hendak pergi berjumpa dengan bomoh tu.Dia suruh saya ikut sekali.Saya yang sudah tawar hati memberikan pelbagai alasan.Mulanya dorang terima, tetapi macam dia paksa saya kemudian.Dia kata yang Atuk tu dah susah payah ke hutan cari akar-akar kayu hutan untuk ubat penyakit saya...
Saya kata tak apa apa saya tak kisah...
Tetapi emak kepada perempuan tu suruh jugak saya pergi...Hm...dengan rasa bersalah saya dengan muka yang mencuka...
Pada malam itu kami sampai di rumah atuk tu....Biasalah kan si bomoh penipu nie tak sembahyang, pakai apron memasak kat dapur...bagi kitorang makan...
Lepas makan borak-borak sampai lewat malam lah....
dia cakap saya hendak tidur di mana, saya cakap saya rasa lebih baik saya tidur kat mana-mana saya.Saya ingatkan dia ajak say atidur di luar sebab dia nak ajarkan ilmu sesuatu kat saya..
Saya pun buak buku saya buat assignment
malam tu, dia suruh saya di sebelah dia, hanya Allah yang tahu apa yang terjadi kemudian, betapa malunya saya, betapa jatuhnya martbat saya bila dia cuba menganggu saya
saya mendiamkan diri dan tidak layan selepas beberapa kali di kacau..
besoknya pagi-pagi lagi kitorang pergi membeli makanan sarapan, atuk tu tak bangun lagi..
apatah lagi nak sembahyang subuh..
kemudian bila kami dah sampai muka dia macam terkejut macam takut kalau saya bagitahu kepada kedua orang cikgu tu..
Saya balik ke Kuantan...Dah lah lap top tak dapat dia cuba menggoda saya pula..chit...\
tak lama lepas tu budak perempuan nie bagitahu saya yang atuk bomoh nie nak suruh orang-ornag dia pukul saya sebab dia tuduh saya cuba mengganggu dia pula pada malam tu...Aneh bukan?Adakah logik saya sejauh-jauh nie datang nak buat dia bukan-bukan..Malah tak ada selera pun tengok dia..
Inilah dia bahan bomoh penipu..dah lah cuba jatuhkan martbatkan saya malah cuba nak pukul saya pula, korang tak usahlah percaya kepada bomoh2 nie penipu je semua.Menggunakan khidmat jin dia.Syirik.
betul.Nabi Muhammad pernah cakap kalau kita berjumpa dengan bomoh,tukang tilik atau yang seangkatan dengannya, mempercayai apa yag dia cakap, membernarkan apa yang dia cakap, samada bomoh betul, bomoh penipu, bomoh yang tak percaya Allah, bomoh yang islam separuh, ajaran hindu jawa jin separuh, bomoh yang tak sembahyang dan sebagainya; Allah tidak akan terima doa dan sembahyang kita selama 40 hari atau 44 hari.Jadi kalau seumur hidup kita berjumpa dengan bomoh secara berterusan tak putus-putus, maka kita fikirlah sendiri kenapa doa kita kadang2 tak di makbulkan.Bila tak di makbulkan kita salahkan Allah pula kenapa tak mabulkan doa kita padahal salah kita sendiri tidak menjaga adab-adab dan batas-batas nak berdoa..
[ Last edited by doden at 8-3-2009 17:31 ] |
|
|
|
|
|
|
|
loh haram eh...baru tau... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|