CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8944|Reply: 25

12 jari tangan dan kaki -

[Copy link]
Post time 5-2-2009 06:56 AM | Show all posts |Read mode
Diejek tapi mereka tetap istimewa

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA



NURUL NOOR SHAHWANI dan Mohd. Syahanif menunjukkan tangan
dan kaki yang mempunyai bilangan jari melebihi manusia normal di Jerlun semalam.


JERLUN - Dia sudah lali dan tidak lagi mengambil peduli walaupun masih diejek sebagai budak yang mempunyai 12 jari tangan.

Bagi Nurul Noor Shahwani, 9, walaupun jari tangannya berbeza daripada orang lain, dia menganggap itulah kelebihannya.



NURUL NOOR SHAHWANI menunjukkan tangannya yang mempunyai 12 jari.



KUASA Tuhan menjadikan bilangan jari kaki Mohd. Syahanif
berjumlah 12 berbanding 10 pada manusia biasa.


Bukan sahaja Nurul, adik bongsunya, Mohd. Syahanif, 3, turut ada 12 jari tangan dan kaki. Ibu bapa mereka, Che Noorlini Abdullah dan Badrisham Ismail pula mempunyai bilangan jari yang normal.

Che Noorlini, 29, berkata, kedua-dua anaknya mempunyai bilangan jari melebihi orang lain sejak lahir.

"Cuma adiknya (Mohd. Syahanif) lebih istimewa sebab kedua-dua jari kakinya turut lebih iaitu ada 12. Jari kaki Nurul normal,'' ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Batu 11, Jalan Putra, Simpang Tiga Kemboja di sini semalam.

Doktor memberitahunya, keadaan itu sesuatu yang normal kepada kanak-kanak dan bukannya penyakit atau keturunan.

"Doktor kata dia boleh bedah tapi kami tidak mahu kerana jari Nurul itu bertulang dan hidup serta mempunyai kuku cuma ia tidak boleh dibengkokkan,'' jelasnya.


********************************************************************************

kanak2 biasanya begitulah.. tapi bila kawan2 dia dah besar dan dia pun dah besar
tau.. yang dia ni special.. dan mungkin rasa bertuah sebab lain dari yang lain -
bagus juga dia pun tahu dia ada kelebihan.. good perspective macam tu --

ada juga saya dah jumpa few people yang ada 6 jari -
tapi sebelah tangan aje  - so ada 11 fingers -

apa yang adik2 ni ada - satu yang tuhan nak anugerahkan dan ada hikmatnya-
dan kalau keluarga juga support mereka - tak ada apa nak rasa low esteem
walau kawan2 mengejek semua -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2009 07:18 AM | Show all posts
emm....

aku x heran benda ni psl p.cik ngan nenek aku ada 12 jari tangan ngan kaki.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 07:31 AM | Show all posts
kesian diaorg kena ejek dgn kwn2 dia..kan ciptaan tuhan..tp yg ngejek pun bdk2 jgk..diorg pun msh bdk.msh xpaham bnda2 tu smua
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 07:39 AM | Show all posts
bertuah budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 08:16 AM | Show all posts
tak pernah tengok kaki tangan 12....selalunya sebelah tangan je extra 1 jari...
kalau bdk lelaki tu tgn masuk poket dah jadi 13 jari....wow
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 08:42 AM | Show all posts
kelebihan Allah nak kasi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2009 08:49 AM | Show all posts
ya betul..kelebihan allah nak bagi..adik berasik lak tue msg2 ade 12 jari..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 09:53 AM | Show all posts
Subhanallah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2009 01:05 PM | Show all posts
dulu masa skolah ada gak kwn aku chiness girl yg jari kaki dia 12...   Subhanallah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2009 07:16 AM | Show all posts
Jari banyak mungkin faktor genetik

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM


NURUL NOOR SHAHWANI mempunyai 12 jari tangan manakala
Mohd. Shahanif pula bukan setakat ada 12 jari tangan tetapi
juga 12 jari kaki
.

ALOR SETAR - Dua pakar perubatan sependapat bahawa keistimewaan dua beradik di Jerlun dekat sini yang mempunyai 12 jari tangan kemungkinan besar disebabkan faktor genetik walaupun pada hakikatnya ibu bapa mereka adalah normal.

Pakar Bedah Ortopedik Kanak-Kanak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kampus Kubang Kerian, Prof. Madya Dr. Abdul Razak Sulaiman berkata, ia dipanggil Autosomal Dominan dan tidak mustahil jika anak kepada kedua-dua beradik itu kelak turut memiliki jari yang sama seperti mereka.

Menurut Abdul Razak, nisbah kemungkinan itu adalah sebanyak 50 peratus.

"Dari sudut agama, kejadian ini tanda kekuasaan Tuhan tetapi bidang saintifik pula melihatnya dari segi genetik," katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! semalam melaporkan Nurul Noor Shahwani Badrisham, 9, mempunyai 12 jari tangan manakala adiknya, Mohd. Syahanif, 3, turut ada 12 jari tangan dan kaki.

Pakar Ortopedik Pusat Perubatan Pakar Damansara, Dr. Rozman Md. Idrus turut bersetuju ia faktor genetik walaupun kedua-dua ibu bapa kanak- kanak itu normal.

Katanya, jika jari itu mahu dibedah, adalah lebih baik ia didermakan kepada mereka yang memerlukannya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 08:02 AM | Show all posts
Pakcik aku pon ada seorang tu jarinya 6, tapi jari tu x de tulang tapi berkuku.. tapi letaknye di sebelah ibu jari dan bukannya di jari ******king.. nak kata faktor genetik, kedua2 belah atuk ngan nenek aku x de plak gen cam tu.. yang ni lagi pelik, siap ada tulang kat jari , tapi aku nampak macam x berfungsi gak, nampak kekok dan longlai jari lebih tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2009 08:15 AM | Show all posts
'Kami manusia  normal'

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA



Bukan dua atau tiga insan yang kita pernah jumpa atau tahumereka memiliki keistimewaan dikurniakan enam jari. Apakah penjelasandari segi sains?






MATAHARI mencuri masuk melimpahkan cahayanya di celah-celah pohonbesar yang ditanam di keliling rumah milik pegawai polis, Abdul RahimMohd. Ali, 51.


Kelihatan seorang lelaki bertubuh besar sedang memberi makanbeberapa ekor kucing di dalam kandang di rumahnya. Penulis danjurufoto, Nooradzrene Mohd. Noor merapati lelaki tersebut.


Kesemua kucing yang berada di dalam kandang tersebut mempunyai enamjari. Namun, apa yang lebih mengagumkan kami apabila melihat lelakitersebut ialah dia juga mempunyai enam jari. Adakah semua itu berlakusecara kebetulan?

Untuk mendapatkan penjelasan, penulis bertanyakan lelaki yang jugapemilik kucing-kucing berkaki enam tersebut iaitu Abdul Rahim.


"Semuanya berlaku secara kebetulan. Seekor kucing datang ke rumahsaya dalam keadaan sakit. Pada mulanya, saya tidak menghiraukan kucingtersebut memandangkan saya sendiri tidak menggemari kucing. Namun,apabila saya melihat kucing tersebut berjari enam sama seperti saya, timbul perasaan belas kasihan," serita Abdul Rahim ketika ditemui dirumahnya di Taman Batu 30, Ulu Yam, Selangor.

Yang anehnya, ceritanya lagi, selepas kucing tersebut melahirkan anak, semua anak-anaknya berjari enam.

Adakah kejadian jari enam itu ada kena mengena dengan genetik?Menurut anak sulung daripada tujuh beradik itu, adik-beradiknya tidakdikurniakan enam jari seperti dirinya.



ABDUL RAHIM menunjukkan jari keenamnya.


KUCING milik Abdul Rahim yang mempunyai enam jari.





NURUL NOOR menunjukkan kedua-dua belah tangannya yang mempunyai enam jari.


DUA beradik yang mempunyai enam jari tangan di Alor Setar, Kedah.

Namun katanya, ibu saudara sebelah bapanya mempunyai kelebihantersebut. Begitu juga pak cik dan cucu di sebelah bapa saudaranya.Sebelum ini, di Alor Setar, Kedah akhbar Kosmo! pernah melaporkan dua kanak-kanak dikurniakan enam jari.

Kedua-dua kanak-kanak itu ialah Nurul Noor Shahwani Badri Shah, 11,dan adiknya Muhammad Syahanif Amin, 3, yang dilahirkan dengan enam jaridi kedua-dua belah tangan.

Muhammad Syahanif juga mempunyai enam jari di kedua-dua belah kakinya.

Menurut Che Noorlini, ibu kepada Nurul Noor Shahwani dan MuhammadSyahanif, tiada keturunan di sebelahnya atau suami yang ada sejarahmemiliki enam jari tangan atau kaki.

"Doktor mengesahkan semua jari di tangan anaknya mempunyai sel-selseperti jari yang normal dan tidak mendatangkan kesan sampingan,"katanya.

Menurutnya, ada beberapa cadangan daripada orang ramai agar jari keenam anak-anaknya itu dibuang tetapi Che Noorlini menolaknya.
Dalam pada itu, menceritakan kehidupan Abdul Rahim semasa kecil, diaselalu diejek rakan-rakan disebabkan dia mempunyai enam jari.

"Saya selalu bergaduh sebab tidak tahan diejek. Sejak itu, saya buktikan bahawa saya ialah manusia normal," katanya.


Abdul Rahim yang berasal dari Teluk Intan, Perak mula menceburkan diri dalam dunia kepolisan pada tahun 1977.


Katanya, semasa dalam latihan rekrut, dia hampir-hampir dibuangkerana mempunyai enam jari. Namun, dia membuktikan bahawa kewujudanjari keenam itu tidak sedikitpun mengganggu walaupun ketika memegangsenjata.

"Saya hampa apabila mereka memberitahu kemungkinan saya tidak dapatmenjadi polis. Ini kerana jari keenam saya, boleh mengganggu sewaktumemegang senapang mahupun pistol. Namun, sebenarnya ia tidakmendatangkan masalah," tegas lelaki yang mempunyai dua ibu jari itu.

Oleh kerana khuatir tidak berjaya menjadi polis, dia pernahbercadang untuk membuang jari keenamnya. Bagaimanapun doktormemberitahu, jari tersebut tidak boleh dibuang.

Ini kerana, jari keenam tersebut melekat pada ibu jarinya ibaratbayi kembar. Jika membuangnya, ia bakal memberi kesan pada jari yangsatu lagi.

Namun, selepas 32 tahun berkhidmat dalam anggota polis dan berjayamenyelesaikan banyak tugasan, barulah Abdul Rahim sedar bahawa jarikeenam yang dikurniakan Tuhan itu memberi kekuatan dan keistimewaankepada dirinya.

Sementara itu, pakar Ortopedik Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur, Dr. Izan Ibrahim menjelaskannya dari sudut saintifik.


"Manusia yang mempunyai enam jari boleh disebabkan keturunan atautanpa sebab yang khusus. Ia juga disebabkan genetik seseorang. Genetikmengawal dan mengubah fungsi asal seseorang. Mungkin disebabkangenetiknya berubah, kejadian seumpama ini (enam jari) berlaku,"jelasnya.

Dr. Izan memberitahu, kekerapan insiden itu berlaku kepada individuberkulit gelap manakala bagi mereka yang berkulit cerah, mereka jarangmewarisinya. Dalam 500 kelahiran, satu kelahiran pasti mewarisi genetiktersebut.

" Penyakit ini diberi nama polidaktili, sindaktili dan polisindaktili.Ia bergantung kepada jenis-jenis ketumbuhan jari sama ada ia melekat,tidak melekat, berada di sebelah ibu jari, di tengah ataupun berada disebelah jari ******king," katanya ketika dihubungi.


Tambah Dr. Izan, polidaktili adalah keadaan di mana seseorang itu memiliki enam jari tetapi tidak bercantum. Polidaktili juga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu pra-aksial, tumbuh bersebelahan ibu jari atau tengah jari manakala postaksial tumbuh di sebelah jari ******king.

"Dalam setiap penambahan jari itu, kita akan nampak perbezaannyawalaupun ia tumbuh di tengah jari. Sama ada jari yang tumbuh itu pendekatau ia tidak berfungsi seperti jari normal," jelasnya.

Manakala bagi sindaktili pula, ia disebabkan seseorang itu mempunyai lima jari tetapi dua daripada lima jari itu bercantum.

"Bagi kes Abdul Rahim pula, keadaan beliau disebut polisindaktili iaitu memiliki enam jari dan dua daripadanya melekat.
"Ia tidak mendatangkan bahaya kepada pesakit. Cuma, ia mungkin mengganggu aktiviti harian mereka sahaja," katanya.

Jelas Dr. Izan, lelaki lebih mudah mewarisi genetik itu berbanding perempuan.


Adakah ia boleh dibuang? Dr. Izan memberitahu, jari keenam itu bolehdibuang dengan melakukan pembedahan mikro iaitu saraf dan tulang jarikeenam itu dibuang.

Ia bergantung sama ada jari keenam itu hanya cebisan kulit dan isi ataupun mempunyai tulang dan saraf.

"Jika ada sesiapa ingin membuangnya, saya menyarankan merekaberjumpa dengan pakar ortopedik yang mengkhusus dalam bidang pembedahantangan," katanya yang telah melakukan tiga pembedahan berkaitanpenyakit itu setakat ini.

Selain itu, Dr. Trisha Macnair yang dipetik daripada laman sesawang BBC Health berkata, sesetengah individu mungkin mengalami masalah untuk memakai kasut.

"Jika lebihan jari pada kaki boleh menimbulkan masalah untuk memakaikasut, mungkin dengan membuangnya, ia satu keperluan," jelasnya.

Jelas Trisha, polidaktili boleh terjadi dalam lima bagisetiap 10,000 kelahiran. Ia boleh diwarisi jika kedua-dua ibu bapamempunyainya dan ada kemungkinan satu atau dua anak akan mewarisigenetik tersebut. Namun, ia juga boleh berlaku secara rambang.


" Sekiranya anak anda tidak mempunyai masalah dengan lebihan jari,tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana hakikatnya perkembanganfizikal mahupun mental mereka adalah normal," jelas Trisha dalam lamansesawang tersebut.

Pada awal Januari lalu, seorang bayi lelaki yang dinamakan KamaniHubbard dilahirkan dengan lebihan jari di tangan dan kakinya. Bayi yangdilahirkan di Hospital St. Luke itu dikategorikan sebagai polidaktili.

Dalam kes Kamani, kesemua jarinya terbentuk sempurna dan berfungsisecara normal. Menurut ibu bapa bayi tersebut, tiada siapa yang sedardengan lebihan jari di tangan dan kakinya sehinggalah selepas beberapaminit dia dilahirkan.

"Saya sangat teruja apabila melihat bayi saya mempunyai jaritambahan di tangan dan kakinya. Apapun, saya menganggap ia sesuatu yangunik," ujar bapa bayi tersebut Kris Hubbard yang mengakui keluarganyamempunyai enam jari.

Oleh kerana semua jari tangan dan kaki anaknya berfungsi denganbaik, Hubbard tidak bercadang untuk melakukan sebarang pembedahanmembuang lebihan jari-jari tersebut.

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 10:53 AM | Show all posts
kuasa Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 11:36 AM | Show all posts
kawan saya pun ada 12 jari....aku tgk ok aja...tu semua kuasa tuhan...bersyukur ajalah dikurniakan kelebihan itu!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 04:52 PM | Show all posts
keajaiban dan kurniaan Illahi
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 11:34 AM | Show all posts
Originally posted by Sh@rk_iR at 5-2-2009 07:18 AM
emm....

aku x heran benda ni psl p.cik ngan nenek aku ada 12 jari tangan ngan kaki.......

betul.. arwah nenek haku pun memang 6 jari tangan... apapun... maybe ada keistimewaan jari cenggini... Biasanya kalo kenduri kendara sedara mara, arwah nenek haku memang pandai wat sireh junjung.. hantaran & juga hidangan utk pengantin... memang berbakat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2009 03:43 PM | Show all posts
dulu boss cina aku ada anak lelaki yg jari tgn dan kakinya complete ada 6....in fact jari ke-enam tu terlalu perfect sampaikan tak dpt nk track....kene kira baru tau ada enam....

boss aku tu kata anak dia tu byk onggg maaa...genius lagi anak dia...bangga betul dia....

tak taulah...agaknayorg2 kampung ni tgk bende2 pelik mcm ni umpama sumpah Tuhan kot....bwk malang....kesian prg2 special cmani dihina...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 07:59 PM | Show all posts
hehe bapak sy pun ada enam jari belah kanan tangan dia. okay jek
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 02:53 AM | Show all posts
ada 12 jari..alhamdulillah....10 jari..pun alhamdulillah.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 01:43 PM | Show all posts
master blue print ialah Adam alaihissalam.
dari situ lahir zuriat yang pelbagai warna kulit dan warna rambut dan warna mata dan bilangan jari.

walau bagaimanapun, Allah itu Maha Adil.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.063845 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list