|
Adik Lelaki Dato` Siti Cuba Nasib AF7 Media Galeri
Teks oleh Ellyna Ali
Foto: Mazlan Yunos
KUALA LUMPUR, 13 Feb 2008: Sejak 2 tahun kebelakangan ini, ada saja adik-beradik penyanyi Dato'Siti Nurhaliza Taruddin datang menghadiri uji bakat program realitihiburan paling popular Akademi Fantasia (AF).
Jika ujibakat AF6 tahun lalu dihadiri kakak serta adik perempuannya iaituSaida, 33, dan Saerah, 26, uji bakat AF7 kali ini pula didatangi adiklelakinya, Muhammad Ali, 28, serta sepupunya, Rafidah Ibrahim atauFeeda, 23, yang juga adalah Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.
Alidan Feeda ditemani Saerah sewaktu hadir menghadiri uji bakat itu dilokasi terakhir iaitu di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 7Februari lalu.
Ketika ditemui murai.com.my , Ali berkata,kehadirannya dalam uji bakat AF7 itu tidak lebih semata-mata untukmerasai sendiri pengalaman berdepan dengan juri sewaktu dinilai.
"Selamaini saya asyik tengok orang lain cuba nasib dalam program ini tapi sayasendiri tak pernah rasa macam mana berdepan dengan keaadan sebenar yangdilalui setiap peserta.
"Kalau boleh saya mahu mengutippengalaman itu. Sebab itulah saya beranikan diri untuk datang uji bakatAF7. Lagipun, apabila melihat kakak saya, Saida dengan adik saya,Saerah datang pada tahun lalu, kenapa tidak saya?
"Sekurang-kurangnyasaya mencuba. Soal dapat atau tidak, itu belakang cerita. Kalau dapat,saya anggap itu adalah satu rezeki. Sekiranya tidak, saya tidak akanputus asa atau kecewa," katanya yang kini mememang jawatan sebagaiPegawai Promosi Band di Siti Nurhaliza Productions (SNP Productions).
Apa yang penting, kata Ali, dia mahu buktikan kemampuan dirinya sendiri dalam bidang nyanyian.
"Bagisaya semua orang boleh menyanyi. Tapi sama ada nyanyian itu bagus atausebaliknya, hanya orang lain saja yang boleh menilainya," katanya.
Feeda pula berkata, ini adalah kali kedua dia menghadiri uji bakat AF, yang mana kali pertama adalah tahun lalu.
"Walaupun sebelum ini, saya pernah menjuarai pertandingan Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene pada 2007 dulu tetapi saya tidak fikir kemampuan saya dalam bidang nyanyian sudah pun teruji.
"Dalampertandingan itu, apa yang dititikberatkan adalah imej sertapersonaliti seseorang peserta bukannya bakat yang ada dalam bidangnyanyian. Sebab itulah saya datang mencuba nasib sekali lagi dalam AFini.
"Walaupun pernah gagal pada tahun lalu, namun saya tetaptidak akan putus asa untuk mencuba dan terus mencuba. Keluarga sendiripun bagi galakan untuk saya menyertai uji bakat AF7 ini.
"Tak tahulah sama ada rezeki akan berpihak pada saya kali ini. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tidak, saya redha," katanya.
Sementaraitu Saerah pula berkata, kehadirannya di Bukit Jalil tidak lebihdaripada mahu memberikan sokongan yang padu buat abangnya, Ali, sertasepupunya, Feeda.
"Tapi, ada juga orang yang fikir saya datangke sini kerana mahu diuji bakat lagi. Hakikatnya, saya ke sini keranamahu menemani serta memberikan sokongan kepada Ali dan Feeda. |
|