|
Salam
Innalillah wa inna lillahi rojiun
Datuk Ibrahim Hussein meninggal dunia.
Dikebumikan di perkuburan Bukit kiara 1.30 tgh tadi.
Takziah kpd keluarga allahyarham
[ Last edited by fleurzsa at 19-2-2009 04:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fatihah n takziah tuk famili.. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah..pada ahli keluarga
sapa arwah ni ek? x kenal |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 mek_win's post
kwn baik sultan selangor ler...
cuba tgk gossip vvip..
ade banyak gak pic dia ni...
kalau x salah aku wife dia chinese.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada ahli keluarga arwah..
Alfatihah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 fleurzsa's post
Al Fatihah...semoga roh arwah dicucuri rahmat dari Nya ..... |
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah...semuga rohnya ditempatkan bersama org2 yang beriman...
aku tak kenal siapa pun dia. |
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah..... |
|
|
|
|
|
|
|
alfatihah..
ib hussein kan? antara malaysian great painter. iconic figure nihh ...terkenal internationally....trademark lukisan dia, abstract painting yg ade hira halus byk2 tu..
dia ade art centre & galerry kat langkawi
wife dia sim hussein bukan cina lah..vietnam ke mana tah kalau tak salah..
designer kalau tak salah.
i really admire his works..
its a big loss to malaysia..takziah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ibrahim Hussein: Dari Budak Kampung Jadi Pelukis Tersohor Dunia
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Kecintaan Allahyarham pelukis terkenal Datuk Ibrahim Hussein yang satu ketika hampir-hampir dipenjarakan kerana hasil lukisannya, bermula pada usia cukup muda.
Beliau memulakan pengajiannya di bidang lukisan di Nanyang Academy of Arts di Singapura pada 1956 sebelum meneruskan pengajian di Byam Shaw School of Drawing and Painting, London, selama empat tahun pada 1959 dan kemudian ke London's Royal Academy Schools untuk tiga tahun seterusnya.
Sekalipun lahir dalam keluarga miskin dari Sungai Limau, Yan, Kedah, 72 tahun lepas, Ibrahim yang lebih biasa dipanggil Ib, bekerja keras untuk mencapai impian menjadi seorang pelukis profesional, terutama di London di mana beliau bekerja sebagai seorang posmen, pelakon tambahan, dan apa jua kerja yang dapat beliau gapai untuk menentukan kelangsungan hidup.
"Malah saya buat apa saja kecuali mencuci pinggan untuk terus hidup! Itu zaman yang cukup sukar yang saya tidak akan lupakan," katanya dalam satu temubual pada 2002.
Semasa belajar di London, beliau diberikan biasiswa pengembara, "award of Merit" yang membolehkan beliau mengembara ke Perancis dan Itali, dan pada 1964 beliau memenangi Hadiah Griffin.
Beliau juga dianugerah Japan Foundation Award (1988), Order of Andres Bello dari Kerajaan Venezuela (1993), Hugo Boss Hall of Distinction (1994) dan anugerah tertinggi Chile bagi orang asing, Comendador of the "Order de Benardo O'Higgins (1996), dan Crystal Award Forum Ekonomi Dunia (1997).
Ibrahim turut dianugerahi "Tokoh Melayu Terbilang" bersempena ulangtahun ke 61 Umno pada 2007, mengadakan pameran solonya yang pertama di John Whibley Gallery di London, 1963 ketika berusia 27 tahun; dan dua tahun kemudian di the Gallerie Internationale, New York dan dari sana ke Kuwait (1977), Jerman (1983), Jepun (1989), Chile (1991), dan Switzerland (1994).
Terkenal di peringkat antarabangsa, karya Ib banyak dipengaruhi alam di sekelilingnya.
Sejak beliau membuka Muzium dan Yayasan Budaya Ibrahim Hussein di Langkawi, beliau mula menghasilkan karya berasaskan kayu dan batu "oleh kerana ini adalah persekitaran asli yang paling hampir dengan saya".
Medium utama beliau ialah 'printage' yang beliau hasilkan dari gabungan bahan cetakan dengan kolaj, iaitu tempelan pelbagai rupa bahan di permukaan.
Ibrahim yang meninggal dunia awal hari ini akibat sakit jantung meninggalkan seorang isteri Sim Hussein, dan seorang anak perempuan, Alia.
-- BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
All in the family: Prominent Malaysian artist Datuk Ibrahim Hussein (centre) with his daughter Alia (left) and wife Sim. |
|
|
|
|
|
|
|
Al Fatihah juga dari saya
amat minat paintings dia
hilangNYa saorang Seniman yg amat bernilai
tiada siapa di dunia ni yg dapat meniru seni dan
bakat Allahyarham.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) mengaminkan doa ketika menziarahi pusara pelukis tersohor negara, Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein di Tanah Perkuburan Bukit Kiara di sini, hari ini. Turut kelihatan balu Allahyarham, Datin Sim Hussein (tiga dari kiri). [Feb 21, 2009 2:02 pm]
+ takziah buat keluarga Allahyarham .. |
|
|
|
|
|
|
|
Papan tanda arah ke Muzium Yayasan Ibrahim Hussein yang terletak berhampiran simpang Jalan Datai, Langkawi
+ bleh aa gih jengah kalau terpegi langkawi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|