CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4372|Reply: 1

Pelayaran Mewah Sungai Rajang

[Copy link]
Post time 24-2-2009 11:00 PM | Show all posts |Read mode
Pelayaran Mewah Sungai Rajang Terima 900 Tempahan

SIBU, 24 Feb (Bernama) -- Pelayaran persiaran mewahSungai Rajang, yang bakal memulakan operasi di sepanjang Sungai BatangRajang di sini pada 1 Julai ini telah menerima 900 tempahan sahsehingga ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Pelancongan Sarawak Datuk MichealManyin berkata sambutan awal itu membolehkan pengusaha perkhidmatanIrrawaddy Flotilla Company dari Myanmar, mengatur program selamasetahun.

Beliau berkata demikian kepada 70 peserta dalam sesi dialog bersama Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) di sini, Selasa.

"Ini adalah berita baik bagi pengusaha pelancongan kita, pengusahahotel, pemilik restoran dan mereka yang terbabit dalam industripelancongan," katanya.

Manyin, yang menghadiri majlis pelancaran produk pelancongan terbaruitu di London awal bulan ini, berkata produk pelancongan itu adalahdalam kategori mewah di mana setiap penumpang pelayaran persiaran itudijangka membelanjakan kira-kira RM20,000 bagi persiaran selamasembilan hari itu.

Dalam perkembangan lain, Manyin berkata kerajaan negeri telah mengenalpasti beberapa strategi bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeriitu tahun ini memandangkan keadaan ekonomi global yang merudum.

"Misalnya, kami mahu memikat lebih ramai pelawat dari negara-negaraseperti Singapura dan Korea Selatan untuk datang sama ada untuk bercutiatau menyertai sukan golf dan besbol," katanya.

"Kita mungkin membuka sebuah akademi besbol di sini atau Kuching bagimenarik rakyat Korea yang turut meminati sukan golf," katanya.

Manyin juga berkata kerajaan Singapura menawarkan S$400 (RM961) kepadasetiap pelajar sekolah menengah di negara itu untuk melancong padapenghujung tahun.

Katanya dengan hubungan udara yang baik antara Singapura dan Kuching,maka terpulang kepada industri pelancongan tempatan untuk melengkapkanusaha kerajaan menarik pelancong dari republik itu.

  -- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2009 11:35 PM | Show all posts
perkhidmatanIrrawaddy Flotilla Company dari Myanmar. Kenapa mesti orang asing?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053553 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list