CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4755|Reply: 13

sastera multimedia

[Copy link]
Post time 28-2-2009 12:56 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.

Saya ingin meminta pandangan forumers di sini berkenaan sastera multimedia.
Sastera Multimedia ialah gabungan elemen teks sastera dan multimedia yang kemudiannya dihasilkan ke bentuk cd, laman interaktif dan sebagainya. Antara ciri2 sastera multimedia ialah teks, grafik, audio, video, dan animasi.

Adakah rasional sastera multimedia kini?
Apakah kebaikan dan keburukannya dalam industri sastera di Malaysia?
Apakah antara sumbangan sastera multimedia kepada khalayak pembaca?
Adakah sastera multimedia mempunyai nilai estetika seperti yang dapat dirasai dalam teks sastera?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2009 02:47 AM | Show all posts
bestnye topik ni... ade di sekeliling kite tapi slalu terlepas pandang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2009 07:39 PM | Show all posts

Balas #2 nailoufar\ catat

wajar tak kalau sastera di multimediakan secara keseluruhan.. novel kta buat macam e nvel ke, buu cerita kanak2 kita buat dalam vcd ke? benda tuh ada tapi tak banyak yang menarik. beli untuk anak2 pon macam tak berbaloi sbb grafik tak cantik. lain pulak kalu dibandingkan dengan yang luar negara. mat saleh buat cantik, siap mainan interaktif yang canggih .lagi.. contoh cita the hare and the tortoise masa saya darjah dua dulu selalu buka cd tuh sebab grafik yang cantik dan jalan cerita yang ada game boleh klik sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 07:51 PM | Show all posts
DBP dah buat tapi saya tak pernah cuba lagi. Antaranya sajak2 dalam bentuk multimedia

Secara peribadi, saya pun ada buat sendiri deklamasi sajak dengan iringan lagu burn ke VCD...tapi tu
versi amatur je.

Kita banyak bahan menarik macam pantun, syair, gurindam dan banyak juga bakat2 pereka grafik dan multimedia memang menarik kalau dapat buat.

Grafik tak jadi menarik sebab kos je. Ada wang semua kenyang, ada gaji semua jadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2009 08:52 PM | Show all posts

Balas #4 usahaone\ catat

ya DBP mmg keluarkan cd deklamasi sajak. tapi kan sajak daripada lelaki, perempuan pulak yang deklamasi. macam tak sesuai je.

lagi satu, cd tu tak dapat sambutan sgt walaupun penulis sajak orang yg hebat2. kenapa ya? rasanya cd daripada dbp perlu dibawak masuk ke sekolah2 untuk pelajaran KOMSAS
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 10:20 AM | Show all posts
Sekitar thn 2005 pihak karyanet DBP ada buat sastera multimedia (puisi sains dlm bentuk interaktif) - URL nya disini http://www.karyanet.com.my/knetb ... isi_s2004.php#2004C
...ye la, kena tgk sbb ada nama yg sgt dikenali pada karya pertama kategori C tu.  
Tp malangnya, skang source file dah xde. so, xdpt tgk la.

Kebelakangan ini, pihak DBP khususnya unit multimedia (aku ada kawan nama Fadz kt sini) yg keluarkan projek-projek sastera multimedia dlm bentuk cakera padat. Satu usaha dan langkah positif yg cemerlang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2009 01:09 PM | Show all posts
x bes kalo novel gune multimedia ni..
kene ada komputer,letrik,dll.
kalo buku cam biasa,kat mane2 pon bleh bawak...
apa kata,buku sastra biasa tu dibuat lukisan2 grafik dll sbg tambah nilai...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 01:11 PM | Show all posts
kalo guna multimedia, sastra akan dihayati oleh golongan tertentu saja, contohnya golongan berpendapatan sederhana/tinggi di bandar2 saja kerna kemungkinan besar hanya golongan ini saja yg mampu bli komputer dll..golongan di luar bandar pula bagaimana?
tapi, x dinafikan, cara sebegini jugak ada kebaikannya tersendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2009 05:29 PM | Show all posts
betul juga tu nova. kalau guna multimedia sepenuhnya, mmg sesetengah golongan saja yg dapat baca/ hayati sastera. tap penggunan multimedia akan lebih meluas pada masa akan datang.. so student yang malas sgt nak selak buku/ novel tebal2 boleh je klik2 kat komputer utk baca e-novel dsbnya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 05:42 PM | Show all posts
tapi,kalo kita membaca depan pc cukup le 20minit, mesti kepala pening2..lepas tu x bleh golek2 n baring2 cam bace buku biasa...maknenye x der feel lar...
hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2009 03:18 PM | Show all posts
Ada pro n kontra...
tp jgnkn sastera multimedia, e-book je dh buat mata aku juling..heheheh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2009 08:27 PM | Show all posts
haha.. juling ye attokz?

sastera multimedia ni ada jugak baiknya utk bebudak sekolah.. cth men game dlama pc, guna la cd.. men game sambung2 ayat ke, sambung2 cerita ke... budak2 kan suka grafik2 nih.. tp org tua cam kita nih penin la ngadap komputer lelama...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 10:08 PM | Show all posts
yup, untuk peringkat awal@kanak2, mungkin ia kaedah terbaik utk memupuk minat mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 07:21 PM | Show all posts
12# loversickgirl
orang tua? uhuhuhuhuhu! aku muda lagi wooo...hehehhee!
erm...semoga dunia kesusasteraan berkembang dlm pelbagai medium dan platform.
Xkisah la apapun caranya yg penting kandungan, isi dan falsafahnya masih asli dan dpt disampaikan kepada khalayak.

*skang tgh sibuk dengan pertemuan penyair nusantara ke-3 dan sastera antarabangsa ke-x (sakm x).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.295708 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list