CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68214|Reply: 970

Anggerik Mall pusat beli-belah digital

[Copy link]
Post time 16-3-2009 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Sentral: Anggerik Mall pusat beli-belah digital   
Oleh Rafidah Mat Ruzki  
[email protected]                              

SHAHALAM: Mara kini dalam proses untuk mengubah bentuk perniagaan di Anggerik Mall di sini untuk dijadikan pusat beli-belah digital bagi membezakannya daripada pusat beli-belah lain sekitarnya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar,berkata, Mara perlu mencari tapak baru bagi penyewa yang menjalankan perniagaan bukan berasaskan teknologi maklumat (IT) termasuk menjua ltelefon bimbit.

"Ia akan menjadi tumpuan pelajar di Shah Alam. Kita ada ramaipelajar seperti pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pelajarkolej swasta," katanya pada sidang media selepas merasmikan penutupanDigital Fair di sini.

Noh berkata, pengurusan di Anggerik Mall juga akan diswastakan bagi menarik minat lebih ramai pengunjung ke pusatbeli-belah itu.

Katanya, daripada sesi dialog itu, ramai penyewa mengadu tidak ramai pengunjung mungkin kerana kekurangan promosi dan Mara tidak mempunyai banyak peruntukan untuk tujuan itu.

Noh berkata, sewa premis di Anggerik Mall juga akan ditentukan Mara dan sebarang kenaikan sewa memerlukan kelulusan.
"Masalah sekarang ialah bagaimana hendak keluarkan penyewa sedia ada.Mereka merayu jangan dikeluarkan lagi. Kita juga tidak mahu zalim. Mara hendak tolong orang Melayu. Mara sedang mencari tapak dan premis lain supaya mereka yang akan keluar ditawarkan ke premis lain manakala penyewa yang menjalankan perniagaan berasaskan IT dikekalkan," katanya.

Selain itu, Noh berkata, beliau sudah mengarahkan sekurang-kurangnya 30 peratus penyewa di kios yang dimiliki Mara danUda Holdings Bhd (Uda) adalah usahawan Bumiputera yang menjalankanperniagaan berasaskan IT.

Katanya, ramai usahawan muda Bumiputera mahu menjalankan perniagaan IT tetapi tidak mempunyai tapak berniaga sedangkan UDA dan Mara mempunyai premis dan tempat bersesuaian.

"Mara dan UDA ada bangunan untuk usahawan Bumiputera berniaga tetapi kita lihat majoriti yang menjual telefon bimbit, bukan Bumiputera. Saya sudah minta pegawai Mara dan UDA buat pemeriksaan mengejut dan jika ada peniaga tidak mengikut perjanjian (menyewakan tapak kepada bukan Bumiputera) kita akan batalkan kelulusan," katanya.

[ Last edited by  Syd at 16-3-2009 21:58 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2009 11:18 AM | Show all posts
nak buat ala2 low yatt kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:37 AM | Show all posts
x penah pegi situ... suram jek nampak..

kat sebelah SACC mall tu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:39 AM | Show all posts

Reply #3 muffins's post

ha ah...da nak jd digital mall ke?? abes tu kedai2 tudung kat anggerik mall pon nnt ilang gak ke???
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:43 AM | Show all posts
hapening x? cam xramai jerk mek tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:46 AM | Show all posts

Reply #5 tamanteman's post

mmg x ramai pon....nnt da renovate baru meriah kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2009 11:56 AM | Show all posts
huh... baru bukak dah nak renovate..??? buat perabih duit jek..

merata2 ade digital mall... setiap town dah ade digital mall plak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:57 AM | Show all posts
mmg tak best..cm kesian pada penjual..tak dek org...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 12:13 PM | Show all posts

Reply #8 L10714's post

tu la kan..

sunyik je... jadi tumpuan perompak je..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 03:32 PM | Show all posts
kat alam sentral ada bahagian digital kat level3 n 4 kan..? (or some two levels kat atas2 tu, x igt sgt)..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 03:54 PM | Show all posts

Balas #10 laislabonita\ catat

yup.. kat alam sentral dh ader tau.. tp ni mngkin just for bumiputra..... lak.. kat alam stral more.. bukan bumi....

satu lg.. dorng silap wat bngunan tu cos.. terlalu nmpak mcm office lot.. klo nk wat pasar raya pun.. kene ler consep dn bgunan yg menarik.. not like dat... mcm dall jer rupa.... dan xder rupa mall.. mesti architect dier silap perancangann.... dan MBSA lulus kann.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 03:57 PM | Show all posts
Sendu gile anggerik mall tu, aku kalau x sebab cari parking masa raya lepas, aku x pasan pon ada anggerik mall tu.. sesuai lah ngan nama, terlindung dalam utan la, bagi orang2 utan datang jek..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 03:59 PM | Show all posts

Balas #12 princebrunei\ catat

hehe.. angrik mall tu orng tahu.. tp orng x jangka tu pasaraya.. bukan office.. skrng kat situ kan dh nk pesat.. dgn didiikan.. hospital swasta kt situu.. yg dimiliki oleh DEMC.. selain SMC di sec 20.. yg telah dibina.. selain dr hospital kerajaan di sec 7

dr pemerhatian.. dpan bgunan kwsp.. akan dibukak pasraya.. kerana.. lot tu dah di hadang... dan mengambil lot yg agak besooo....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 04:01 PM | Show all posts

Reply #11 anonymous's post

mula2 mmg igt bangunan opis. arkitek mane  ntah die upah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 04:24 PM | Show all posts
Aku plak memnag tau pasaraya, tapi aku ingat tu pasaraya bawah seliaan mara.. aku bukan pe, kalau bawah mara ni selalunya diorang x reti nak promosikan produk, nak harap makan suap semua.. kalau leh, siap nak suruh mara tu lapkan bontot diorang lepas berak..   semua x de inisiatif nak bersaing, si mara pon sama, bagi tapak kemain kecik lagi, dah tu selalunya buat kat tempat jin bertandang, ujung2 dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 04:39 PM | Show all posts

Balas #14 nanie\ catat

entahh... klo ler dpt tahu dr plan dier.. mesti ler... leh tgok.. tp kan.. kkdang.. salah MBSA sndri.. yg mengariskan bngnan2 yg telah ditetapkan mengikut kehendak mereka.. huhuuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 04:44 PM | Show all posts

Reply #16 anonymous's post

org2 MBSA ni high taste sgt kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 04:46 PM | Show all posts
akitek maner la gamak nyer tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 04:46 PM | Show all posts

Balas #15 princebrunei\ catat

anon rasa tmpat tu ok.. dan tu bukan under mara.. tu under kementrian keusahawanan wanita ker apa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 04:48 PM | Show all posts

Balas #17 nanie\ catat

not high taste.. bukan nk mnjaga ciri2 kemalayuann.... tu yg tersilap budget kot.... sebab tu shah alam xder pembinaan yg menarikk.. yg anon rasa btul2 menarik dan unik.. hnya lah.. MBSA,LIBRARY dan MUZIUM.... selain masjid ngri... yg lain.. hampessss...................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.190497 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list