View: 3074|Reply: 21
|
Mawi, bini & Konsert Menjunjung Damai
[Copy link]
|
|
Jom Serbu Konsert Menjunjung Damai!
Teks oleh Thani Hasbullah
KUALA LUMPUR, 19 MAC 2008: Bagi menyuntik semangat cintakan keamanan di kalangan generasi muda,Kementerian Belia dan Sukan Malaysia mengambil inisiatif mengadakan Konsert Menjunjung Damai di Dataran Remaja, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam esok (Jumaat).
Konserty ang bermula jam 8 malam itu bakal jayakan oleh ramai artis popular seperti Mawi, Ekin, Meet Uncle Hussain, Kumpulan Estranged, Bunkface,Dafi, Aizat, Fazura, Fouziah Gous, Mejar Dr. Faiz serta ASP Rosbaini Kassim.
Apa yang menarik, selain persembahan nyanyian, artispopular itu akan mendeklamasikan sajak termasuk Mawi dan isterinya,Ekin. Tidak ketinggalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan mempersembahkan puisinya tentang harapan seorang pemimpin terhadap generasi muda.
Berlandaskan pada nama keamanan, Konsert Menjujung Damai - Belia Malaysia Cintakan Kemananturut bertujuan menggalakkan perkembangan sahsiah remaja ke arah menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, mempunyai ketahanan diri dan berwawasan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dhafi tetap hensem... |
|
|
|
|
|
|
|
dah dogol balik mamat sorang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Artis popular berpuisi malam ini
| MAWI dan ekin
|
DI Palestin, kanak-kanak sedang menangis. Mereka kelaparan, kebuluran dan merintih kerana kehilangan ibu, bapa dan keluarga.
Di sebalik timbunan batu-bata pula, saudara seagama kita terbujurdengan kesan darah mengalir akibat mempertahan maruah dan negara mereka.
Melihat kepada kesengsaraan rakyat Palestin itu, kita seharusnya memanjatkan syukur kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.
Kita bertuah kerana hidup berbilang kaum dalam sebuah negara yang aman dan makmur.
Justeru, penganjuran Konsert Menjujung Damai - Belia Malaysia Cintakan Keamananoleh Kementerian Belia dan Sukan malam ini sebagai membuktikan rakyatMalaysia khususnya golongan belia barangkali tidak perlu bimbangmemikirkan masa depan mereka.
Acara ini dianjurkan oleh kerajaan dengan harapan dapat melestarikanwarisan seni, selain menggalakkan anak muda menjadi warganegara yanglebih bertanggungjawab.
Paling utama juga, kementerian berkenaan mengharapkan penganjurankonsert ini juga dapat memupuk rasa kasih sayang golongan muda untukcinta kasih kepada negara yang telah menghadiahkan sejuta keamanankepada mereka.
Acara Konsert Menjujung Damai - Belia Malaysia Cintakan Keamanan akan berlangsung malam ini di Dataran Remaja, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Penganjuran konsert ini sangat istime
wa kerana ia melibatkan persembahan lagu-lagu yang menepati selera anak muda.
Ia turut menggabungkan persembahan bacaan puisi oleh beberapa personaliti ternama tanah air.
Mereka terdiri daripada artis-artis popular seperti Mawi dan isterinya, Ekin serta aktres ternama Fazura dan Fouziah Gous.
Tidak ketinggalan tiga nama besar dalam gelanggang pembacaan puisiiaitu Kolonel Radzi Abdul Hamid, ASP Rosbaini Kassim dan PengarangHiburan KOSMO!, Tengku Khalidah Tengku Bidin.
Paling menarik juga Konsert Menjujung Damai - Belia Malaysia Cintakan Keamanan membawakan buat julung-julung kali Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz yang akan turut membaca puisi.
Kesemua mereka bersetuju memberikan komitmen terhadap acaraberkenaan semata-mata untuk memberi sokongan kepada acara murni yangdianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
"Kita tak dapat membantu dengan cara lain sebaliknya menerusi elemenini sajalah yang diharapkan dapat membakar semangat kita untuk menilaikesedihan orang lain.
"Pada masa yang sama, harapan saya ialah acara ini akan menyuntiksemangat dalam diri rakyat Malaysia khususnya golongan belia agarmemperkasakan diri untuk mencintai negara tercinta," kata pelakonFazura yang sudah tidak sabar untuk mendeklamasikan puisi malam ini.
Bagi pelakon Fouziah Gous yang kali kedua menyampaikan puisimengakui, hatinya amat terharu membaca laporan mengenai penderitaanrakyat Palestin.
Jika sebelum ini, Fouziah terlibat dalam acara Malam Puisi Demimu Palestinanjuran Kumpulan Utusan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 23 Januarilalu, kali ini, aktres muda itu mahu mengajak seluruh rakyat Malaysiaagar mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah terhadap kesejahteraanhidup di negara ini.
Bakal menyampaikan puisi Ajar Siti Hajar, Fouziahmengharapkan anak-anak muda akan sama-saa berhimpun di Dataran Remaja,Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menterjemahkan rasa syukur terhadapapa yang sedang kita nikmati.
"Saya sangat berterima kasih kepada penganjur kerana mengundang saya untuk sama
-sama terlibat dalam acara ini.
"Peluang ini akan saya gunakan untuk menyatakan rasa syukur sayadilahirkan dan dibesarkan di bumi bertuah Malaysia," kata Fouziah lagi.
Objektif Konsert Menjujung Damai - Belia Malaysia Cintakan Kemanandianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah untuk Memperkasakankhazanah seni bangsa kepada generasi muda ke arah menanamkan semangatcintakan bangsa melalui lagu-lagu dan puisi bertemakan keamanan dankesejagatan.
Tidak ketinggalan ia juga dianjurkan semata-mata untuk menjitukansemangat kenegaraan dalam jiwa anak bangsa melalui persembahan kesenianyang membangkit citra diri.
Selain daripada acara pembacaan puisi, konsert berkenaan juga akanturut menampilkan artis-artis popular masa kini seperti Meet UncleHussain, Kumpulan Estranged, Bunkface, Dafi dan Aizat.
Dan sudah tentu, acara pada malam berkenaan juga akan diserikandengan kemunculan istimewa Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri IsmailSabri Yaakob yang akan mendeklamasikan sajak mengenai harapan seorangpemimpin terhadap generasi muda hari ini.
Konsert ini juga mendapat kerjasama yang baik daripada stesen radioSuria FM yang juga akan mengadakan pelbagai acara istimewa pada malamberkenaan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lupa lak nak pesan kat mawi
<macamlah dia masuk sini >
jiwai puisi yang dibaca
kalau boleh hafal
ingat dulu mawi pernah baca puisi
tapi kena kutuklah... logiklah kena kutuk sbb katanya tak jiwai |
|
|
|
|
|
|
|
Dataran???
tak gi lah....!
mesti ramai orang
dah le skang musim ujan
silap2... dok tengah layan lagu
hujan turun
wakakakakak |
|
|
|
|
|
|
|
kikis dah abes pantang ker?
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 20-3-2009 09:52
kikis dah abes pantang ker?
Macam x berpantang je......mcm dia propa je yg dia terkeguguran..... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 Syd\ catat
ingat nak p, tapi sekalia da kikin daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, tak jadi lah
ps: macam aku pernah g tengok konsert2 nih |
|
|
|
|
|
|
|
muka mawi kat sini ada gaya
rock bf mas tawau
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 awex^returns\ catat
|
|
|
|
|
|
| |
|