View: 2911|Reply: 2
|
ECUADOR: pesawat terhempas atas pangsapuri; 7 maut!!
[Copy link]
|
|
Pesawat terhempas atas pangsapuri, 7 maut
QUITO 20 Mac - Sebuah pesawat tentera Ecuador yang sedang menjalani latihan ketenteraan terhempas lalu merempuh sebuah pangsapuri di utara Quito, menyebabkan tujuh maut termasuk penduduk awam dan anggota askar.
Pihak tentera melaporkan, mereka yang terbunuh dalam nahas yang melibatkan pesawat jenis Beechcraft itu termasuk seorang mejar, kapten dan sarjan serta dua penduduk awam yang menaiki pesawat.
Turut maut dua lagi orang awam yang berada di darat.
Nahas turut mengakibatkan dua yang lain cedera.
Jurucakap Pertubuhan Palang Merah, Johnny Franco memberitahu AFP, nahas berlaku pada kira-kira pukul 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysia) berhampiran sebuah hotel mewah di Quito ketika pesawat berkenaan mendekati lapangan terbang di bandar tersebut.
Menteri Pertahanan, Javier Ponce kesal atas insiden itu.
'' Pesawat itu berada dalam keadaan baik dan ketika kejadian ia sedang menjalani latihan ketenteraan,'' katanya.
Nahas menyebabkan kebakaran di bangunan pangsapuri setinggi lima tingkat tersebut dan anggota bomba berjaya mengawal api lebih sejam kemudian.
Asap tebal daripada nahas tersebut menyelubungi bandar itu.
Kawasan yang sama sebelum ini menyaksikan sekurang-kurangnya empat kemalangan udara, termasuk pada 1992 apabila sebuah pesawat tentera terhempas di atas sebuah bangunan, mengorbankan komander tentera, Carlomagno Andrade.
Pada tahun yang sama, Menteri Pelancongan Ecuador, Pedro Zambrano terkorban akibat nahas udara di kawasan tersebut. - AFP
takut lak dengar nih.. imajin kapal terbang terhempas atas bumbung rumah kita.... haru mate haru!!
gambar nahas nanti aku carik dan post kan..... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dh ajal tuh dlm umah pon leh mati... |
|
|
|
|
|
|
| |
|