View: 3310|Reply: 3
|
ADIK KAWAN AKU HILANG!!
[Copy link]
|
|
Mimpi anak minta tolong
JOHOR BAHRU: “Saya bermimpi kaki Nur Syuhadaseperti dihimpitsesuatu dan tangannya melambai-lambai seolah-olahmeminta pertolongandaripada kami.
“Saya cuba menarik tangannya tetapi gagalsebelum terdengar suaramemberitahu dia terkena ilmu hitam,” kataHamisah Abdul Rahman, 53, yangkehilangan anak bongsunya daripada empatberadik, Nur Syuhada Yahya,berusia 18 tahun sejak tiga minggu lalu.
Menurutnya, petanda buruk itu diterima selepas melakukan solat Istikharah pada malam Jumaat, dua minggu lalu.
“Saya bimbang kehilangannya yang masih tidak pulang ke rumah diBandarPulai Jaya selepas menaiki bas ke pusat beli-belah di TamanUniversiti,Skudai, kira-kira jam 3.30 petang, 16 Mac lalu.
“Malah, jantung saya bagai disentap apabila melihat wajahnya meminta pertolongan kami sekeluarga,” katanya.
Berikutan itu, katanya, dia dan suami, Yahya Bukhari, 58, sertaahlikeluarga di Muar dan Batu Pahat tidak pernah lupa melakukan solathajatsetiap hari.
“Selain berdoa semoga dia kembali ke pangkuankeluarga, kami turutmendapatkan bantuan pengamal perubatan Islamsebagai langkah alternatif.
“Berdasarkan pendapat seorangpengamal perubatan alternatif yangditemui, ilmu dikenakan terhadap NurSyuhada itu dikatakan hebathinggakan anak bongsu kami gagal mengingatikeluarga hingga kini,”katanya.
Menurutnya, anaknya seorang pendiam, jarang keluar bersama rakan, sebaliknya lebih suka duduk di rumah pada hari cuti.
“Tidak wujud sebarang perselisihan atau masalah dalam keluargakami.Semuanya dalam keadaan baik hingga dia gagal dihubungi melaluitelefonbimbit ketika kami menjemputnya pulang di kompleks beli-belah.
“Saya berjanji mengambilnya pulang sekitar jam 5.30 petang padaharikejadian tetapi dua telefon bimbit dibawanya termasuk satukepunyaansaya tidak dapat dihubungi hingga hari ini,” katanya.
Katanya, pelbagai usaha dilakukan mencari anaknya termasuk menghubungi rakannya di Melaka, namun menghampakan.
“Semua ahli keluarga berusaha mencarinya di tempat tumpuanramaitermasuk kompleks beli-belah sekitar pusat bandar raya, KotaTinggi,Melaka dan Kuala Lumpur tetapi gagal.
“Justeru, kami memintajasa baik orang ramai yang mempunyaimaklumat mengenai Nur Syuhadasupaya menghubungi talian 012-7933108 ataukakak Nur Syuhada, Norainidi talian 012-7840080 atau mana-mana balaipolis berhampiran,” katanya.
Nur Syuhada berbadan gempal, tinggi, berkulit putih, berambutpanjangdan lurus meninggalkan rumah dengan memakai baju dan seluardenim hitam.
gmbr aku letak kemudia..sbb aku mintak x dpt lg..
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090407090221/Article/index_html |
|
|
|
|
|
|
|
nnt letak la gmbr bila kawan hang dah bg ye..
mana tau kami2 blh tolong kalau jumpa..
takut2 mat indon dah bwk lari .. kes naya la |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 ceqtom\ catat
tu la....takut cm tu jek...
dh mintak..tkt dia xnk kasi plak...huhu... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|