CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3307|Reply: 4

Program 'Den Masuk Kampung'

[Copy link]
Post time 8-4-2009 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Apa Khabar Orang Kampung Ziarah Kampung Tengah, Gemencih, Negeri Sembilan


TV9 kembali dengan acara padang dalam usaha mendekati masyarakat desa yang mencerminkan jalinan mesra kemasyarakatan dalam Apa Khabar Orang Kampung (AKOK). Bagi merealisasikan misi ini, Apa Khabar Orang Kampung meneruskan destinasinya di Kampung Tengah, Gemencih, Negeri Sembilan setelah menjelajah ke Perkampungan Orang Asli, Bukit Bankung, Sungai Pelek, Sepang dan Kampung Tanjung Chenak Pasir Mas Kelantan.

Acara padang Apa Khabar Orang Kampung merupakan acara tahunan yangtelah memasuki tahun kedua dan akan membawa TV9 ke beberapa lagi buah negeri di Semenanjung Malaysia seperti Perak, Kedah, Pulau Pinang,Pahang, dan Terengganu.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah diatur khas buat penduduk kampung bagi memeriahkan lagi kunjungan TV9 di kampung ini serta orang ramai yang berkunjung ke destinasi kedua ini.

Tarikh/ Hari : 11 April, 2009 / Sabtu

Masa : 9.00 pagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2009 02:22 PM | Show all posts
heheh

sempat lagi ke Mat Taib tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2009 11:09 AM | Show all posts
Program 'Den Masuk Kampung' 9 - 12 Mei

SEREMBAN 8 April - Persatuan Anak Negeri Sembilan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menganjurkan program Bakti Siswa - 'Den Masuk Kampung' di Kampung Telok Pelanduk, Port Dickson pada 9 hingga 12 Mei depan.

Presidennya, Azrie Baqhtiar Kamal Baharin berkata, program yang turut mendapat kerjasama Yayasan Negeri Sembilan bakal disertai 80 pelajar UUM.

Jelas beliau, matlamat utama program adalah untuk mendedahkan peserta kepada kehidupan masyarakat luar bandar.

''Diharap pelajar-pelajar UUM yang menyertai program ini akan bersikap lebih peka terhadap isu-isu berkaitan masyarakat desa," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kata Azrie Baqhtiar, peserta-peserta program turut membawa misi untuk memupuk minat pelajar-pelajar sekolah di sekitar Port Dickson melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Beliau memberitahu, aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program termasuk kenduri sekampung, gotong-royong dan sukaneka.

Di samping itu, katanya, peserta-peserta program akan memberi ceramah motivasi kepada pelajar sekolah serta melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Telok Pelanduk.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 04:37 PM | Show all posts
His last event .. start aghi ni takdo dah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 10:16 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 8-4-2009 02:22 PM
heheh

sempat lagi ke Mat Taib tu?



Ado sesiapo boleh Updatekan tentang program ni....Dah terbatal ko....????

Maklumlah....Montori dah terpecat....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.253878 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list