kalau bela dari anak, dia akan jadi jinak. tapi saya tak pernah lepaskan keluar. lepaskan dr sangkar ada tapi dalam rumah. off kan kipas siling utk keselamatan. mula2 dia malas jer nak terbang tapi lama kelamaan dia terbang jugak. tapi masih boleh tangkap semula. wira ada bela kucing kan? so, kena kurunglah. kuku kucing ni bisa. kalau kena, 'padam' burung tu nanti.
ni gambar anak yg terbaru. gambar ni diambil pada 17 feb 07.bapak dia tgh kasi makan. ibu bertelur sampai 4-5 biji. menetas kekadang 3-4 ajer. tapi maksimum yg hidup cuma 2 ekor aje. sekor selalu. aku rasa dia bunuh anak dia sebab susah nak tanggung makan. hehehe. yg tanggung aku, susah nak bawak makanan ke sarang kut.
nama2 burung ni , anak aku si hidayah tu yg namakan.
gambar ni pulak diambil pd 4 mac 07. anak2 tu telah aku asingkan jauh dr burung2 dewasa. skg dah jinak. bila aku menghampiri sangkar, mrk pun mula la kalut. chiko & miko suka makan rumput. apa2 rumputpun jadi. mrk akan mamah btg rumput tu dgn paruh. tu yg seni tu. boleh hilang ' stress' bila melayan karenah burung ni.
yg bawah ni musuh ketat chiko & miko. jumpa tepi jalan. baru 2 minggu jadi member. hidayah namakan comot. tapi anak aku dini yg 2 tahun tu pelat. lekat terus nama mot.
klik pd link di bawah. ni video si kuning yg aku ambil masa raya haji lepas. masa tu kuning jinak lagi. skrg aku dah campurkan dgn burung lain utk tujuan pembiakan. dah liar dah dia
kalau tak jinak, potong bulu kat sayappun dia liar jugak. melompat ke sana sini. kena bela dr anak dan potong bulu untuk keselamatan. mana tau kalau dia terkejut,pergi tak kembalilah jawabnya.
mula2 kena ada la jantan betina. yg jantan, 'cere' atau hidung atau yg ats paruh tu warnanya biru tua. dan yg betina pink atau sedikit perang.
yg ni jantan.
yg ni betina.
- buat kotak sarang untuk bertelur. aku buat dpd sabut kelapa yg tlh dikupas. cantumkan semula dan buat lubang 2 inci diameter.
- bela sekurang2nya 3 pasang. biar iuh rendah bunyi nya. inipun utk naik kan mood berahi utk mengawan.heheh.... kalau sepasang, senyap jer , takder mood. bila dah banyak, baru ada fight kat sana. mrk akan berkejar ke sana kemari. kdg2 ada yg mati. biasa ler.kalau dam 3 psg tu hanya 2 psg jer bertelur kira ok jgk la.
- kena sediakan tempat bertenggek pd ketinggian yg berbeza. mrk akan terbang dr satu ranting ke rtg yg lain. syyhhhhh!!! ranting tpt bertenggek ni mcm katil ler..eeeee.(burung tak nak 'main' atas lantai hehehe)
- makanan kena tambah yg berkualiti. jgn harap pd sambau aje. bg la salad ke, nasi ke atau rumput. burung2 aku suka makan rumput. apa2 rumput janji ada batang lembut untuk mrk mamah. sbb itu bulu mrk berkilat. kena la kerja keras sikit pi cari kat mana2. sanggup bela kena la sanggup kerja keras. bila burung kita happy, baru la mrk akan beri apa yg kita mau.
- bg makan tulang sotong. ada jual kat pet shop. ni gunanya utk tambah kalsium pd kulit telur. takler susah nak menetas.
- kena bg mandi burung tu sekali sekala. spray la air kt mrk. mrk pasti suka. aku gantungkan botol air mineral yg dilubangkan kecil di tepi sangkar mrk. mcm shower. pstikan ibu yg mengeram tu keluar dan join mandi sama. ni perlu utk melembabkan telur yg di eram tu. peratus penetasan akan bertambah
buat masa skang nie tak bole lagi bela burung nie
kena ada rumah sendiri baru bole kot
mcm mana plak dgn kesihatan diaorg?kalo time kecoh kes avian flu dulu mcm mana ko handle?
takde ke jiran2 yg takut or pegawai dtg nak lupuskan mereka?
azam.. ko tak try ternak budgie yg besar skit tu ker? yang tu mahal skit... cantik gak.. burung sama jer, cuma saiz dia besar skit jer... kalau nak jual adalah harga skit