View: 8349|Reply: 1
|
iMindMap; berkesannya peta minda!!
[Copy link]
|
|
Keberkesanan iMindMap
Oleh SUBASHINI RAJANDRA
HASIL peta minda yang diilhamkan oleh Patrick Wong.
| CHRIS TIEW menunjukkan sebahagian daripada buku-buku mengenai iMindMap.
|
JIKA anda seorang pelajar atau graduan di universiti, pasti anda berhadapan dengan masalah menyalin nota yang bertimbun-timbun. Ramai dalam kalangan kita suka menulis nota ringkas apabila guru atau pensyarah menulis di papan hitam atau putih. Sebenarnya, teknik konvensional itu tidak banyak membantu pelajar.
"Bagaimana pula dengan peta minda? Jangan keliru antara peta minda dengan peta konsep atau idea," ujar Tam Lye Suan, Pengarah Buzan Malaysia ketika ditemui Kosmo! di Petaling Jaya.
Katanya, ramai pelajar termasuk tenaga pengajar dan korporat gagal memanfaatkan keunikan teknik peta minda.
Bagi membantu menguatkan daya ingatan, tanpa mengira umur dan latar belakang kerjaya, peta minda adalah unit pembelajaran dan pengajaran yang efisien dan mantap.
iMindMap atau juga dikenali sebagai mind mapping dalam bahasa Inggeris adalah sebuah perisian yang diperkenalkan oleh Tony Buzan.
Membawa dunia pemikiran seseorang ke tahap yang lebih tinggi, iMindMap mengoptimumkan potensi pemikiran dalam segala aspek kehidupan.
Bersifat peribadi, mesra dan fleksibel, perisian itu mudah digunakan di mana juga dan dalam tempoh masa singkat. "Seseorang itu boleh mencapai kejayaan dengan hanya menggunakan 10 peratus daripada daya kognitif otak.
Dengan mempraktikkan peta minda, anda boleh membongkar 90 peratus lagi tahap kebijaksanaan yang tidak pernah digunakan," kata Tony Buzan.
Pengarah Urusan Buzan Malaysia, Chris Tiew, tidak menyangkal kebaikan alat itu kepada hampir sesiapa sahaja. Malah, kanak-kanak berusia tujuh tahun dapat menguasai teknik pembelajaran yang meluas.
Dalam satu kelas percubaan yang dihadiri 40 kanak-kanak berusia tujuh hingga 16 tahun, didapati ramai daripada mereka memberi respons yang positif. Di sebuah papan putih, terpampang sedozen kertas A4 dengan peta minda yang dilukis secara kreatif oleh kanak-kanak itu.
" Pada hari ketiga, kami memberi satu artikel dan meminta mereka mengekstrak perkataan atau fakta penting. Dari situ, lahirlah hasil yang menakjubkan," jelas Tiew sambil menunjukkan hasil kerja Patrick Wong, 10, tentang habitat cicak.
Biarpun produk ini agak baru di Malaysia, dipercayai kira-kira 250 juta orang di lebih 150 buah negara di dunia mengaplikasikan iMindMap dalam kehidupan seharian. Ia juga diterjemahkan ke dalam 30 bahasa.
iMindMap hakikatnya memaksimumkan penggunaan kedua-dua bahagian otak di sebelah kanan dan kiri. Biasanya, bahagian kiri otak merangkumi kebolehan untuk menelaah perkataan, nombor, garisan, senarai, logik dan menganalisis. Bahagian kanan otak pula dikaitkan dengan ritma atau muzik, warna, bentuk, peta, kreativiti dan berkhayal (bermimpi pada siang hari).
aku mmg suka ngan mindmapping nih... aku guna dari masa kat NIU lagi.... lagi pula belajar tentang geog ni terutama bab crime kalu... mmg depa pun guna mapping geog - mapping crime... lebey kurang guna untuk mind mapping dlm apa2 ttopic gak..... nota2 aku masa kat NIU pun byk guna mind mapping nih....pada aku mmg berkesan sgt!!
aku nak cerita2 ngan gfs aku dulu pun.. siap pakey mind mapping lagi... tee hee :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang tak pakai dah ker ?
it does tell how does it actually help?probably seeing the taught topic/ subject as a whole.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|