|
Post Last Edit by Syd at 21-8-2009 13:51
Waspada wabak baru
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
[email protected]
KUALA LUMPUR 25 April |
|
|
|
|
|
|
|
Selesema babi serang Mexico
H1N1 disahkan jadi punca kematian berpuluh penduduk
BANDARAYA MEXICO: Sejenis virus selesema khinzir yang baru dikesan disahkan membunuh berpuluh penduduk di Mexico sehingga memaksa pihak berkuasa negara itu menutup sekolah, muzium, perpustakaan dan teater kelmarin mencetuskan kebimbangan penularan wabak itu ke seluruh dunia.
Kebimbangan terhadap virus baru itu - H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia tidak pernah dikesan penyelidik sebelum ini turut menjangkiti sekurang-kurangnya lapan penduduk di Texas dan California, namun belum ada kematian dicatatkan di negara itu.
"Kami amat bimbang," kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thomas Abraham.
"Kami dapati apa yang berlaku ialah penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia."
Wabak itu menyebabkan kebimbangan di Mexico, di mana lebih 1,000 penduduk dilaporkan sakit. Penduduk di ibu negara itu mula memakai topeng mulut dan pihak berkuasa mengarahkan lebih banyak tempat awam di tutup.
Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus khinzir itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya.
GAMBAR virus H1N1 selesema babi yang diedarkan kelmarin oleh Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat.
Pemangku Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Richard Besser berkata vaksin baru yang bersesuaian dengan virus selesema itu sedang dicipta.
Sekiranya kerajaan memutuskan penghasilan vaksin adalah perlu, pengeluar akan mula mengeluarkannya.
Sementara itu, di LOS ANGELES, pihak berkuasa kesihatan California menjangka lebih banyak pertambahan kes selesema itu akan dikesan selepas sekurang-kurangnya lapan penduduk di Amerika disahkan menghidapnya.
California yang mencatatkan enam kes seumpama itu berkata pihak kerajaan negeri bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa dan persekutuan di mana Gabenor Arnold Schawarzenegger mahu tindak balas segera dilaksanakan. � AP/Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
ade selsema babi lak ek.... igtkan selsema burung je... |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 skrg. Virus, bakteria & penyakit pun mengalami evolusi dan mutasi..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Swine Flu -> Current Health Issues
Google Swine Flu, and there is bunch of news on the topic. It is of a great concern in the US and Mexico now, and I think we should be well awared about it.
Any comment on Swine Flu by forumers? Or comment on previous pandemics and how experts dealt with it. Cause I'm really scared now. Just like the bird flu disease. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 neomorpheus\ catat
Nanti Obama akan arahkan mass culling... |
|
|
|
|
|
|
|
weh ...aku terbayangkan babi yang selsema |
|
|
|
|
|
|
|
Selesema babi cetus kebimbangan global
ANGGOTA tentera mengagih-agihkan topeng muka di Mexico City semalam.
HONG KONG - Pegawai-pegawai kesihatan di Asia berada dalam keadaan berjaga-jaga semalam ketika penyakit selesema babi yang membunuh puluhan orang di Mexico kini menular ke New Zealand sekali gus meningkatkan risiko berlakunya wabak global.
Kerajaan rantau Asia yang pernah bergelut dengan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan selesema burung, meningkatkan pengawasan di lapangan-lapangan terbang dan menggesa orang ramai supaya berwaspada.
Langkah itu susulan pengumuman Menteri Kesihatan New Zealand, Tony Ryall semalam bahawa 10 pelajar negara itu yang baru-baru ini melawat Mexico dijangkiti selesema babi.
"Saya dimaklumkan oleh pegawai-pegawai kesihatan bahawa mereka disyaki menghidap selesema babi," katanya.
Menurutnya, sampel darah semua pelajar itu sudah dihantar ke makmal Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di Melbourne bagi mendapatkan kepastian.
Sementara itu, pegawai-pegawai Mexico memberitahu, angka kematian akibat wabak baru itu meningkat kepada 81 orang di mana 10 daripada mereka dipercayai dijangkiti di Amerika Syarikat, dua di Perancis dan seorang di Israel.
Penularan cepat itu dipercayai berpunca daripada perjalanan udara di peringkat antarabangsa.
Alat pengesan haba mula diaktifkan di Lapangan Terbang Narita di Jepun semalam.
Kelmarin, WHO memberi amaran virus selesema babi berpotensi merebak menjadi pandemik dan melabel wabak semasa sebagai cemas dan mencetuskan kebimbangan antarabangsa.
Di Jepun, pihak berkuasa mengetatkan pemeriksaan terhadap para penumpang dari Mexico dengan mereka diberi topeng muka dan menjalani imbasan termal bagi memastikan sama ada mereka mengalami demam.
"Jepun perlu memastikan penyakit itu tidak merebak ke dalam negara ini," kata Perdana Menteri Taro Aso.
Kawalan ketat turut dilaksanakan di Hong Kong, Indonesia dan Thailand.
Penghidap penyakit yang dipercayai berpunca daripada jenis terbaru virus H1N1 itu akan mengalami demam, sakit tekak, batuk, sakit sendi yang diikuti dengan jangkitan paru-paru.
Setakat ini ubat untuk selesema burung Tamiflu dikatakan berkesan merawat penyakit maut itu. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #11 amazed\ catat
Selesema burung pun asalnya dari babi juga, burung cuma vektornya saja... |
|
|
|
|
|
|
|
Bilik Gerakan Diaktifkan Pantau Situasi Wabak Selesema Babi
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak swine flu atau selesema babi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Beliau berkata kementerian akan bekerjasama dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan penduduk awam di negara ini.
Selain itu, Dr Mohd Ismail berkata semua pengamal perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes mempunyai tanda atau gejala "influenza-like illness" atau "severe pneumonia" dan pernah melawat Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu, diminta untuk memaklumkan kepada pejabat kesihatan daerah terdekat dengan serta merta untuk tindakan pencegahan dan kawalan.
"Kementerian juga membuat saringan tanda jangkitan swine flu di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kenyataan akhbar juga akan dikeluarkan dari semasa ke semasa situasi wabak selesema itu untuk maklumat orang awam dan langkah kawalan serta pencegahan yang diambil kerajaan.
Beliau berkata sehingga kini pihak WHO memaklumkan bahawa tiada sebarang tindakan sekatan dari segi kesihatan, perjalanan dan perdagangan yang perlu dilakukan oleh setiap negara bagi perlindungan kesihatan antarabangsa susulan daripada kejadian ini.
Dr Mohd Ismail turut menasihatkan masyarakat supaya mematuhi nasihat-nasihat yang diberikan oleh kerajaan dan maklumat lanjut berkaitan dengan wabak swine-flu ini boleh didapati menerusi talian 03-88810200 atau 03-88810300 atau layari laman web www.moh.gov.my.
Terdahulu, bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Forum "Etika dan Profesionalisme: Peranan Pendidikan Ortodontik Pasca Siswazah Sepenuh Masa" di sini, beliau berkata orang ramai diminta tidak risau serta panik dengan situasi yang berlaku di negara Amerika Latin itu.
"Jangan risau dan panik dengan situasi ini, kerajaan bersedia menghadapi situasi sebegini sebagaimana berlakunya kejadian Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan kita akan mengambil beberapa tindakan segera," katanya.
Sementara itu, di GUANGZHOU, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata rakyat Malaysia tidak dihalang daripada melawat Mexico tetapi dinasihatkan supaya berhati-hati.
"Saya memang nasihatkan macam tu, kecuali mereka terpaksa ke Mexico kerana kerja, untuk tunggu sekejap sehingga keadaan itu stabil," katanya kepada pemberita selepas sesi pasaran pelancongan hari ini.
Setakat ini, wabak baru selesema babi di Mexico telah meragut 62 nyawa dan WHO mengesahkan bahawa kematian disebabkan oleh virus H1N1 yang tidak pernah dikesan sebelum ini yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia.
Laporan terbaru agensi berita asing menyebut bahawa selesema babi itu telah menular ke Amerika Syarikat dan WHO bimbang ia mungkin merebak ke seluruh dunia.
-- BERNAMA
Kami menyediakan langgana |
|
|
|
|
|
|
|
biasela, dah akhir zaman, mcm2 penyakit ganjil muncul.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam-macam virus pulak muncul ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg selsema ni ada bunyi cm babi x?
kalau ada sah la dia selsema babi... |
|
|
|
|
|
|
|
Selsema Babi H1N1......no vaccine yet!
|
|
|
|
|
|
|
heran...
skrg ni mcm2 dh ade selsema...
babi kotor...:@ :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Macamnerr gene2 virus ni boleh bercampur ek?
Adakah gene virus ni bertemu semasa manusia, burung dan babi ada selesema at the same time? |
|
|
|
|
|
|
| |
|