CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2489|Reply: 6

Pertubuhan Yang Mintak Bantuan/Derma

[Copy link]
Post time 14-5-2009 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Baru kejap ni aku terima panggilan daripada pertubuhan kanak2 istimewa. Sebelum ni dia ada fax surat le minta bantuan. Dalam surat yang dia fax tu ada mentioned pasal sumbangan yang diberikan akan dikecualikan daripada cukai. Ada beberapa masalah yang aku nampak di sini.

1. Sumbangan tu dia minta untuk 5 kanak2 sekali means 1 kanak2 RM500 so untuk 5 kanak2 = RM2,500. Maknanya sumbangan ditentukan. Bukanlah sumbangan ikhlas kalau dah derang mintak banyak tu.
2. DIa call tadi siap nak brain wash aku. Aku cakap dekat dia, "saya nak bayar gaji pekerja pun tak de duit, macam mana nak berikan sumbangan". So itu yang dia sebut pasal sumbangan dikecualikan daripada cukai.

Jadi apa yang aku nampak di sini, sumbangan yang derang mintak adalah seperti memaksa. Sebab bagi aku, kalau aku nak bagi sumbangan, ikut kepada kemampuan kita & ikhlas kita. Bila tak diberi, dia membebel dekat aku. Suara nak marah-marah. Tanya apa yang aku cakap tu keluar dari mulut boss aku ke. Boss aku tak tengok lagi benda tu. Tapi kalau dia tengok pun, mesti dia cakap benda yang sama juga. Dah dalam akaun bank hanya ada RM10k, nak bayar gaji staff pun tak cukup by end of this month.

So korang yang pernah mengalami siatuasi yang lebih kurang, apa kata share pengalaman korang. Aku rasa sakit hati jugak le bila orang nak paksa2 kita memberi bantuan/sumbangan ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2009 02:49 PM | Show all posts
tak de sesiapa ke nak share pengalaman korang dalam situasi derma paksa ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 11:46 AM | Show all posts
pernah gak jadi masa kat co. lama aku dulu...tp bukan utk anak2 yatim tp utk persatuan bekas P***S...(takper ker ni)....amboi mintak derma siap nak ugut lg mcm along....berapa kali cuba nak call bos aku..tp dia outstation takcaya gak drg tunggu depan ofis aku semata2 nak jumpa bos aku....tahun sblm tu bos aku dah derma dah so semua sumbangan tu masuk lam majalah dorang...yg best tu bukan co. aku gak yg kena co. kwn aku pun kena sama...siap ugut mcm along...:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2009 04:31 PM | Show all posts
Originally posted by bobbie80 at 15-5-2009 11:46
pernah gak jadi masa kat co. lama aku dulu...tp bukan utk anak2 yatim tp utk persatuan bekas P***S...(takper ker ni)....amboi mintak derma siap nak ugut lg mcm along....berapa kali cuba nak call  ...


ooo persatuan tu aku tau jugak. masa kat co lama dulu pun memang derang tu ada antar fax & call untuk mintak sumbangan. tapi dengan derang dulu ok je. tak de le nak perli-perli.

aku yang geram ni pasal kita memang tak de duit nak bagi, nak paksa-paksa.

lagi satu aku terfikir, apasal derang suka sangat meminta? kenapa derang tak mo buat sumthing untuk menjana pendapatan? buat le jualan amal ke, konsert amal ke, ni asyik nak meminta je. bukan tak boleh bagi. tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, client aku banyak yang tak buat payment. kerja dah buat tapi orang tak mo bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 12:30 AM | Show all posts
Aku kena kat public. Malu ooo...time tu derma untuk WWF. Diorg bukak kaunter kat IOI Mall. Time tu pulak lunch hour. Mula2 dia panggil dari jauh tapi disebabkan time tu aku pun pokai sementara nak tunggu gaji masuk dalam2 hari lagi, so aku cakap sorry sambil angkat tangan tanda aku tak mahu diganggu lagi. Bila aku buat camtu tiba2 minah tu kejar aku sambil follow dari belakang. Cakap kuat plak tu siap explain objektif WWF, function semua tu. Macam la aku tak tau..

Aku cakap sorry sekali lagi baik2 dan blah.Tiba2 je minah ni tinggikan suara dia & cakap aku ni selfish & doesn't care about world around me. Time tu ramai gila dah usha drama aku ngan minah ni. Panas gak telinga. Aku patah balik dan plan nak bagi RM10 sebagai "derma terpaksa". Buleh pulak dia cakap "Sir, you should donate at least RM50 for the fund". Aku balas "What..??since when there's a minimum amount to donate..??". "No sir, it's our policy to accept minimum RM50". "Well then..you have met the wrong person to do so..". Pastu aku blah terus sementara minah tu buat muka tenuk kat situ.

Aku pun tak paham, kenapa diorg ni suka main paksa2. Dah nama pun derma so bagi ikut kemampuan la kan..??Pedulik hapa aku kalau dia nak dapatkan nama pemungut derma terbanyak ke, wakil paling aktif ke..awal2 lagi niat tu dah salah. Brengsett...:@

p/s: aku kalau marah tiba2 je kena sampuk omputih. tu pasal cakap omputih terus walaupun tunggang langgang...hahahaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 12:57 PM | Show all posts
bulan lepas saya ada pegi kompleks PKNS Shah Alam jam 8.45mlm....duk kat kerusi lobi sbb tunggu wife beli buku..pastu datang sorang pemuda tunjuk surat dari satu badan kebajikan dari Pakistan...mintak derma lah...
surat photostat ja,adalah gambar kanak kanak belajar dalam pondok...
saya ok,maka saya bg lah rm10 tu je yg mampu dan ikhlas...,pastu dia tanya balik takkan rm10 je....saya tanya dia balik,nak berapa? dia kata kurang kurang rm50...
terus saya hangin...memang kena sekolah cukup cukup budak ni.entah dia paham ke tidak tak tahu la.....geram betul
last last dia blah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2009 08:17 PM | Show all posts
aku x keje shidah...jd ape yg sll jd akt aku ms duk makan ka...jenjalan ka...tp kalo yg jenis push2 tuh aku cakap jek sy bg byk nih jek kalo x cukup x yah bg resit ka...x yah masuk tabung wat makan jek la...

tp kalo aku ade mahap lg ler..jgn somi ku...mau kene abeh2san ler...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.268242 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list