View: 17213|Reply: 32
|
KOLEKSI TIDURLAH INTAN & KOLEKSI CERITALAH LAGI
[Copy link]
|
|
From [email protected] on 10/30/2007 04:45:01 PM
To: En Zx@dbp.gov.my
cc: [email protected], [email protected]
bcc:
Subject: Re: Koleksi Buku Cerita Tidurlah Intan
Tuan/Puan,
Saya amat gembira mendengar berita yang disampaikan oleh Encik Zx dan berharap semuanya berjalan lancar. Semoga koleksi buku cerita "Tidurlah Intan" ini dapat diterbitkan secepat mungkin kerana saya sendiri tidak sabar untuk menjadikan ia sebagai koleksi peribadi.
Terima kasih saya ucapkan kerana menerima pandangan dan cadangan saya. Diharap pihak DBP akan terus menerbit semula buku-buku cerita lama yang suatu ketika dulu pernah meninggalkan kesan kepada para pembaca kecil seperti "Tidurlah Intan", "Ceritalah Lagi","Cerita Rakyat", "Man & Min" dan banyak lagi.
Wassalam.
xxxxxx
To: xxxxx[[email protected]]@xxx.com.my[/email]
cc: "ABC" <[email protected]>, "DEF" [email protected]
bcc:
Subject: Re: Koleksi Buku Cerita Tidurlah Intan
Puan,
Memang pihak kami bercadang menerbitkan semula buku Tidurlah Intan yang disedang ditangani oleh XXXXX.
Berbanyak-banyak terima kasih atas cadangan dan pandangan puan.
Wassalam,
Zx
-----Original Message-----
From: [email protected]
To: [email protected]
Cc: [email protected]
Date: Tue, 30 Oct 2007 13:09:15 +0800
Subject: Koleksi Buku Cerita Tidurlah Intan
Assalamualaikum.
Tuan/Puan,
Baru-baru saya membawa anak saya yang berusia 2 tahun ke sebuah klinik di
Balakong dan semasa menunggu giliran untuk bertemu doktor, saya dan anak
telah duduk di satu sudut bacaan yang disediakan oleh klinik tersebut.
Untuk pengetahuan Tuan/Puan walaupun anak saya masih kecil tetapi dia
memang gemarkan buku. Sikap ini sudah saya tanam awal-awal lagi walaupun
dia masih tidak mengenal huruf (hanya melihat gambar sahaja).
Alhamdullillah, walaupun anak saya masih kecil tetapi sudah tahu menilai
buku dan tidak pernah mengonyakkan buku cerita yang saya belikan untuknya.
Namun begitu apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah sikap membaca ini
harus ditanam sejak kecil lagi. Semasa saya di klinik tersebut saya
terlihat sebuah buku lama yang benar-benar menggamit memori zaman
persekolahan saya. Keluarga kami agak susah ketika itu dan sudah tentunya
untuk membeli sebuah buku cerita pun tidak termimpi. Maka, di sekolah
setiap kali ke perpustakaan saya pasti tidak lepaskan peluang keemasan ini.
Koleksi buku "Tidurlah Intan" adalah antara buku kegemaran saya pada waktu
itu. Mungkin dari situ jugalah minat membaca saya semakin kuat.
Saya cuba mencari melalui internet sekiranya DBP masih mencetak koleksi
buku "Tidurlah Intan" tapi tidak menemui apa-apa maklumat. Yang saya temui
hanyalah buku untuk pinjaman melalui sistem OPAC.
Di sini saya mencadangkan dan berharap agar pihak DBP mencetak semula
koleksi tersebut kerana buku tersebut bukan sahaja penuh dengan kisah
rakyat dan teladan malah apa yang saya lihat masa ini buku sebegini amat
kurang di pasaran. Yang banyak di pasaran kini adalah buku-buku berbahasa
Inggeris dari luar negara seperti Snow White, Cinderella dan sebagainya.
Dan saya pasti ramai ibu bapa yang ghairah membeli buku-buku Inggeris untuk
anak-anak mereka(termasuk juga saya). Menagapa tidak DBP memainkan peranan
untuk meghidupkan semula cerita-cerita rakyat dan kisah teladan untuk
golongan kanak-kanak agar kisah-kisah ini tidak dilupakan.
Saya tahu pihak Tuan mempunyai banyak tugasan/cadangan lain yang lebih
penting tetapi saya amat berharap cadangan saya ini dipertimbangkan. Saya
pasti jika dicetak semula dan pihak DBP mempromosikan koleksi buku
"Tidurlah Intan" secara besar-besaran pasti mendapat sambutan para pembaca
di Malaysia.
Di sini saya sertakan beberapa "thread" daripada forum yang saya jumpa di
internet untuk penilaian Tuan/Puan :-
http://www.sifoo.com/forum/viewtopic.php?p=153728&sid=ca86c802b8bfce3c9a894ea3cb220f0a
http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?p=166968&sid=34acfb4d6d27997c40c5b7c9a5804526
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar,
********************
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua,
Pernahkah korang semua membaca atau mempunyai koleksi buku cerita Tidurlah Intan? Koleksi buku Tidurlah Intan adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sekitar tahun 1980-an (kalau tak silap saya lah). Saya amat menggemari koleksi Tidurlah Intan ini semasa saya berada di sekolah rendah dahulu. Ada tak sesiapa yang pernah ternampak buku ini di pasaran atau di pesta buku yang lepas? Saya memang teringin untuk membeli koleksi ini tetapi saya tidak pasti sama ada ia sudah di pasarkan atau tidak. Kalau masih belum, nampaknya e-mel cadangan saya kepada pihak DBP pada 2007 itu akan terkubur ditelan zaman.... |
|
|
|
|
|
|
|
x silap aku ceritalah lagi tu mmg dah ada koleksi.....
korang boleh pergi kat dawama hulu kelang atau pesta buku yang disertai oleh DBP kalau nak koleksi buku camtu... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by abgboroi at 25-5-2009 16:47
x silap aku ceritalah lagi tu mmg dah ada koleksi.....
korang boleh pergi kat dawama hulu kelang atau pesta buku yang disertai oleh DBP kalau nak koleksi buku camtu...
tengok browse website dawama.com...
ada jumpa buku ceritalah lagi buku 4 sahaja...itupun dah kehabisan stock...huhuhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mimiekiut at 25-5-2009 17:26
tengok browse website dawama.com...
ada jumpa buku ceritalah lagi buku 4 sahaja...itupun dah kehabisan stock...huhuhuhu...
pergi ajer hulu kelang..atau kat dewan bahasa kat kl tu...situ ada kedai buku DBP..tapi x tahu laa sekarang wujud lagi ker tak...dah lama x jengah sana...yang di hulu kelang tu sentiasa macam ada sales ajer... |
|
|
|
|
|
|
|
baru kawtim dgn pakcik google
tanya pakcik google, tu yang jumpa
ingat nak print la
tapi letihnya nak print screen satu2 pergh |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 mimiekiut\ catat
klu sy terjumpa buku2 ni dlm stor umah sy nnt sy bgtau mimie..cian plak tgk mimie ngidam buku2 ni..tp rasa2nya dah buruk kot !? kulit bukunya dah tertanggal..yelah lebih 20 tahun dah..saya start baca buku tu dlm umur 5thn hingga darjah 4@5 camtu..skang dah 27.. |
|
|
|
|
|
|
|
alamak terpost 2 kali....sowry.... |
|
|
|
|
|
|
|
sy pun minat cerita dalam buku2 ni. masa sekolah rendah dulu mmg mencari sakan kat libry, tp selalu x kesampaian sbb ramai berebut nak pinjam.
tapi PTS pun ada terbitkan juga kisah2 seblm tidur ni. Bacakan Saya Satu Cerita tajuknya. Buku Prima pun sekarang dah mula terbitkan kisah-kisah dongeng kanak-kanak sebelum tidur ni tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cintalara at 29-5-2009 13:17
sy pun minat cerita dalam buku2 ni. masa sekolah rendah dulu mmg mencari sakan kat libry, tp selalu x kesampaian sbb ramai berebut nak pinjam.
tapi PTS pun ada terbitkan juga kisah2 seblm tidu ...
samalah kite...:handshake:
walaupun ada buku2 terbitan baru tapi buku2 lama ni ada sentimental value lah...tu la yg susah nak lupa tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Koleksi Ceritalah LAgi ni bukan saja 20 tahun, tetapi dah 30tahun ... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|