View: 17930|Reply: 19
|
[Disclaimer : AWAS ada pic yang ganggu emosi] Ulat rawat luka kronik
[Copy link]
|
|
Ulat Rawat Ulser Kronik
Oleh Luqman Nul Hakim Mazlan
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- "Mungkin ulat-ulat ini dapat menyelamatkan kaki mak cik daripada dipotong", itulah kata-kata semangat seorang perawat kepada seorang penghidap kudis kronik di kaki akibat diabetis yang teruk.
"Jangan bimbang mak cik, ulat-ulat ini cuma makan luka dan kulit yang mati sahaja, yang elok langsung dia tak usik", kata perawat itulagi.
Itulah kata-kata seorang perawat yang mengamalkan 'Maggot Debridement Therapy' bagi pesakit diabetis yang mempunyai luka atau kudis yang kronik dan sukar untuk sembuh.
Menurut pengurus Edaran Arif Medik Sdn Bhd, Mohd Ashraf Kamarul Zaman, yang juga pengurus projek Maggot Debridement Therapy, penggunaan'ulat lalat' di Malaysia untuk tujuan perubatan adalah yang pertama setakat ini.
"Kajian mengenai kaedah ini telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)", kata beliau kepada Bernama di sini baru-baru ini.
DUA SPESIES
Menurut Mohd Ashraf, spesies ulat lalat yang digunakan itu adalah dari jenis Lucilia Cuprina iaitu lalat tempatan manakala di negara-negara Barat, spesies yang digunakan dikenali sebagai Lucilia Sericata.
Kedua-dua spesies ini telah dikenalpasti berkesan dalam merawat luka kronik yang sukar sembuh.
"IMR telah membuat kajian mengenai ulat lalat ini dan menemui satu spesies berlainan dengan yang terdapat di Eropah, ianya dikenali sebagai Lucilia Cuprina yang dapat memainkan peranan dalam menyembuhkan luka", kata beliau lagi.
Mohd Ashraf berkata syarikat Medical Biotheraphy Sdn, anak syarikat Edaran Arif Medik, telah pun mendapat hak eksklusif daripada IMR untuk memasarkan ulat-ulat tersebut bermula Disember 2008 di Malaysia.
Kini ia dipasarkan di hospital, klinik dan pusat yang berdaftar.
RAWATAN
Beliau berkata, ulat lalat ini mampu merawat luka kronik yang dialami oleh manusia.
Menurut Mohd Ashraf, ulat lalat ini merawat kulit yang ada luka terlalu kronik, contohnya pesakit diabetes apabila mempunyai luka yang kecil mudah merebak, membesar dan payah untuk sembuh.
"Kesukaran pesakit diabetes sembuh daripada luka pula adalah disebabkan terdapatnya tisu mati yang menyebabkan peredaran darah menjadi terbantut dan jangkitan senang berlaku".
Menurut beliau, ulat-ulat berkenaan berfungsi dengan memakan tisu yang sudah mati dan apabila menjumpai tisu yang hidup ulat-ulat itu akan berhenti daripada memakan bahagian tersebut.
Katanya lagi, proses untuk menyembuhkan luka pesakit bergantung kepada tahap teruk luka yang dialami.
"Kalau luka di peringkat awal, tapi ada tisu mati, kita letak lava (ulat) ini dalam 48 jam, sekali aplikasi. Maksudnya jika kita letakulat tu hari ini, lusa baru kita akan buka (balutan).
Kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan ini akan sembuh sepenuhnya daripada luka tersebut, namun katanya jika luka itu terlalu teruk ianya tidak boleh pulih hanya dengan sekali rawatan sahaja.
PENYUCIAN LUKA
Mohd Ashraf berkata, penggunaan ulat ini dalam penyucian luka memang bagus kerana ulat lalat ini mempunyai enzim yang mampu untuk mempercepatkan penumbuhan tisu.
"Ulat ni tak makan macam kita (manusia) makan, ulat ni bila dia nak makan dia akan rembeskan enzim dulu. Enzim tersebut akan mencairkan tisu-tisu mati dan ia pulihkan balik luka tersebut dengan mempercepatkan penumbuhan tisu", kata beliau lagi.
Beliau berkata selain penggunaan ulat lalat ini bukan sahaja tertumpu pada pesakit kencing manis tetapi juka luka-luka lain seperti luka akibat kemalangan, kebakaran dan seumpama.
"Sebenarnya rawatan ini bukan pada pesakit kencing manis sahaja, cuma antibodi pesakit kencing manis sahaja yang agak kurang, jadi luka tu cepat merebak dan susah nak sembuh", kata beliau.
Kaedah rawatan ulat ini tidak boleh digunakan bagi mereka yangbaru mengalami luka dalam kemalangan, cuma bagi pesakit yang mempunya itisu yang mati sahaja.
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulat lalat ini bolehlah menghubungi Edaran Arif Medik di talian 03-61891042 ataupun melayari laman web Http://sterilarvae.com.
-- BERNAMA
[ Last edited by Syd at 29-5-2009 13:19 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Maggot Debridement Therapy
|
|
|
|
|
|
|
alahai...................................................goli la jang.
nie benda alah nie kalo d biarkan st hr st mlm x bertelo ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
adoi!
kembang tekak
nak termuntah plak |
|
|
|
|
|
|
|
Lucilia Cuprina
|
|
|
|
|
|
|
|
Lucilia Sericata
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu orang pung geli gak ngan lintah
laa nih biasa dah orang guna lintah buat bekam laa, kecantikan laa, |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 ncsha\ catat
lalat yang bertelur...
ulat tak bertelur |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada guna lintah dkt muka utk jerawat muka..
mujarab |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya tak sanggup ahh... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 msbiology's post
sbb tu Tuhan ciptakan ulat binatang semua nih
sbb benda nih jugak laa
yang akan beri kebaikkan pada kita
aku nengok gambo tadi
kat satu web
pasal orang lelaki nih teruk tul
kecederaan parah
dari pinggang sampai la kemaluan dia
ulat nih laaa
yang digunakan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 msbiology's post
betoi2...aku lebih rela tgk drh...dr tgk ult tuh...geli..yuksss....huhu
tp dh tuh cr yg mujarab utk dia...xpe la...nk wat mcm mn...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Ulat Bantu Rawat Kudis Diabetis
Oleh LUQMAN NUL HAKIM MAZLAN
KUALA LUMPUR: Pengalaman jari kaki kanannya dipotong pada tahun 2008 meninggalkan kesan yang agak traumatik bagi Faridatul Akma Othman, 52, seorang penjawat awam yang menghidap penyakit kencing manis.
Jari beliau terpaksa dipotong atas nasihat doktor kerana tidak mahu jangkitan pada luka itu, yang semakin teruk, merebak kebahagian lain kaki beliau.
Selepas berakhirnya episod itu, 'cerita' baru pula timbul.
Pada awal tahun 2009, kaki beliau luka lagi. Kali ini di betis kanan akibat dicakar kuching peliharaannya.
Insiden kaki Faridatul dicakar kucing berlaku sewaktu dia mahu bangun dari tidur.
"Kucing tu tidur dekat hujung kaki, jadi bila nak bangun saya mungkin tersepak kucing tu...agaknya tercakar kaki saya bila dia nak terjatuh dari katil".
Kata Faridatul, dia membiarkan luka itu begitu saja sebab tiada rasa sakit, namun selepas seminggu, luka itu menjadi kudis yang besar.
Beliau kemudian mendapatkan rawatan di klinik dan hospital tetapi luka itu tidak juga sembuh.
"Saya ada buat rawatan pada luka itu, tapi sebaliknya ia bertambah besar pula. Luka yang membengkak itu kemudian bernanah dan berair, lagilah tak tenang perasaan saya," kata Faridatul.
RAWATAN ULAT
Menurut Faridatul, anak sulungnya Raihan Haniza Jalaluddin, 27, kemudian memberitahu tentang rawatan 'Maggot Debridement Therapy' dan meminta beliau mencuba rawatan itu.
Kata Raihan, rawatan itu mungkin boleh menyembuhkan luka kronik terutama yang dialami pesakit diabetis. Kaedah ini juga boleh digunakan merawat luka akibat kemalangan, kebakaran dan sebagainya.
"Tapi saya takut. Tak hendaklah bubuh ulat tempat luka kalau boleh biarlah cari alternatif lain. Tapi bila luka ini bertambah teruk dan bernanah, saya ubah fikiran untuk cuba rawatan ini," katanya.
MULA BUAT RAWATAN
Faridatul yang menghidap diabetis sejak berusia 39 tahun berkata setelah hampir sebulan dia membuat membuat rawatan dengan menggunakan ulat itu,beliau bersyukur kerana luka yang dialaminya kini semakin sembuh.
Beliau pada mulanya agak takut sewaktu melihat ulat yang digunakan bagi rawatan itu yang dibimbanginya akan masuk ke dalam lukanya. Namun setelah diberi penerangan oleh petugas Edaran Arif Medik (tempat yang memberi rawatan), akhirnya dia berani mencuba rawatan itu.
Faridatul berkata beliau amat berpuashati dengan rawatan berkenaan kerana ternyata memberi kesan yang baik dan lukanya tidak lagi 'basah' dan bengkak seperti dulu.
"Lepas bubuh ulat itu, luka saya dah mula elok dan kering, tak jadi macam dulu-dulu masa sebelum buat rawatan. Isi pun dah tumbuh, dulu luka ini macam berlompong, isi permukaan macam dah tak ada", kata Faridatul.
TERAPI PEMBERSIHAN LUKA
Menurut Pengarah Urusan Edaran Arif Medik Sdn Bhd Mohd Fairuz Muhamad Akir, sejak tahun 2008 seramai 315 orang mendapatkan rawatan ini dan mereka bukan sahaja dalam kalangan pesakit diabetis tetapi juga mereka yang mempunyai luka lain.
Menurut Mohd Fairuz, kaedah terapi pembersihan luka dengan menggunakan ulat atau 'maggot debridement therapy' sebenarnya bukanlah untuk mengawal penyakit kencing manis tetapi lebih kepada merawat luka yang sukar sembuh.
"Nanti ada pula yang salah faham. Rawatan ini sebenarnya lebih membantu mengubati luka-luka yang sukar sembuh dan bukanlah untuk mengawal penyakit kencing manis.
"Cuma pesakit kencing manis sahaja yang selalu mengalami masalah luka yang sukar sembuh seperti ini," kata Mohd Fairuz.
Menurutnya setakat ini syarikat itu hanya memasarkan ulat ini di hospital dan klinik di Lembah Klang seperti antaranya di Kuala lumpur, Serdang dan Sungai Buluh.
Bagi sesiapa yang mahu mendapatkan serta memasarkan ulat-ulat ini mereka haruslah mendapatkan latihan daripada Edaran Medik sebelum menggunakannya.
"Bagi mereka yang berminat untuk dapatkan ulat ini kami akan adakan latihan sebab ulat-ulat ini bukan senang nak menjaganya, agak sukar," kata beliau. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
effective nih...
tp kalo aku aaa kena wat treatment mcm ni, confirm aku suh dia bius satu badan sebelum buat procedure letak maggot kat luka...
wa rasa wa tgk maggot tu duk kat luka pun wa bleh histeria wooo... |
|
|
|
|
|
|
|
adei.........dah la aku geli ngan ulat....gatai2 p tengok pic nih...aiyak! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|