CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21724|Reply: 6

Burung Walit / Layang-layang

[Copy link]
Post time 14-6-2009 02:05 AM | Show all posts |Read mode
Oh walit yang ralit

Oleh AMREE AHMAD
[email protected]


Sekumpulan burung walit yang  tinggal di dalam  bangunan lama.

MENDENGAR kicauan burung pada pagi hari mungkin agak syahdu bagi kebanyakan orang, seolah-olah mereka berada di kawasan hijau yang jauh daripada hingar-bingar enjin kenderaan.

Namun bagi pemilik kedai kopi, Ong Poh Kok, 54, di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu, kicauan harmoni burung layang-layang yang juga dikenali sebagai walit kini berubah menjadi mimpi ngeri.

Poh Kok bersama jirannya, pengusaha kedai makan, M. Ramachandran,58, dan penduduk lain di Jalan Tok Lam ibarat hidup di sarang burung gergasi.

Mereka pernah berpiket secara aman bagi membantah pihak berkuasa tempatan yang didakwa gagal bertindak biarpun puluhan aduan dibuat mengenai pencemaran udara dan bunyi di situ.

揔ami bukan dengki dengan pengusaha burung itu tetapi perniagaan itu biarlah sensitif dengan penduduk di sini yang merana kerana dia menjadikan bangunan mereka sebagai sarang walit,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2009 02:13 AM | Show all posts
Burung walit perlu tempat sesuai

PEMELIHARAAN burung walit (swiftlet) oleh pengusaha sarang burung perlu menepati ciri-ciri dan peraturan yang ditetapkan supaya industri itu tidak mendatangkan gangguan kepada masyarakat setempat.

Beberapa kriteria sudah ditetapkan kerajaan berhubung isu pemeliharaan burung berkenaan antaranya menghadkan kadar bunyi dan kawasan peliharaan yang bersesuaian.

揜undingan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga sudah dibuat, antaranya pemeliharaan perlu dibuat di kawasan perumahan yang terbengkalai supaya ia tidak mengganggu ketenteraman orang ramai selain menjamin kebersihan.

Burung layang-layang mempunyai dua jenis spesies iaitu walit dan layang-layang, kedua-dua burung ini tidak mempunyai sifat sama

Gangguan bunyi daripada pengusaha sarang burung walit hendaklah tidak melebihi kadar 45 desibel (dsb) pada waktu malam dan 55 dsb untuk siang selaras dengan ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pengusaha yang memainkan panggilan burung walit menerusi pembesar suara pula hanya dibenarkan antara jam 7 pagi hingga 7 malam pada tahap 40 dsb iaitu jauh lebih perlahan daripada percakapan biasa di kalangan manusia.

Sarang walit dibuat daripada cecair yang dikeluarkan daripada kelenjar bersebelahan kelenjar liur burung berkenaan manakala sarang burung layang-layang diperbuat daripada lumpur.

Burung jenis walit mempunyai banyak kelebihan selain sarangnya yang boleh dieksport, najisnya boleh dijadikan baja organik yang mahal harganya.

Daripada persampelan rawak didapati tiada penyakit berjangkit yang membabitkan burung walit termasuk penyakit berbahaya seperti selesema burung.

Walit hanya terdapat di Indonesia, Malaysia, Selatan Thailand, Myanmar dan Filipina. Malaysia adalah pengeluar sarang walit kedua terbesar selepas Indonesia dan dieksport ke Taiwan, China dan Korea.

Statistik Persatuan Sarang Burung Malaysia menganggarkan terdapat kira-kira 10,000 pengusaha di seluruh negara.

[ Last edited by  Syd at 14-6-2009 02:15 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2009 02:20 AM | Show all posts
[quote]
Beza Antara Burung Walit Dengan Burung Layang-layang

Posted by mohis on April 8, 2008

Sekali pandang macam serupa, tapi ada perbezaan habitatnya.

Burung Layang-layang (swallow)

    * Suka bertenggek di ranting pokok atau wayar telefon dengan banyak dan bising sekali
    * Burung layang-layang adalah jenis burung migrasi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2009 10:15 AM | Show all posts
Protes industri sarang burung


MASYARAKAT Cina percaya sajian sup sarang burung mampu mencegah proses penuaan.
WAJARKAH industri sarang burung di Malaysia diteruskan?

BERIBU-RIBU 'motel' burung layang-layang telah dibuka di serata Malaysia. Semuanya gara-gara untuk mengumpan ribuan burung berkenaan untuk mendapatkan sarangnya. Bagi masyarakat Cina, masakan sup sarang burung dianggap sebagai sejenis makanan mewah.

Kawanan layang-layang memilih untuk menghuni di 'motel-motel' yang dibuka khusus untuk mereka. Namun, ketika perniagaan itu rancak berjalan, masalah kekotoran serta bunyi yang membingitkan telinga telah mencetuskan kemarahan dan suara-suara bantahan daripada masyarakat setempat.

Di tengah-tengah bandar Klang, Selangor, pemilik hotel Gold Course telah mengubah suai sebahagian daripada bangunan berbilang tingkat itu kepada sebuah 'motel' burung layang-layang. Bagi menarik minat burung-burung itu untuk membina sarang di dalam rumah konkrit tersebut, pelbagai bunyi kicauan burung dimainkan daripada corong pembesar suara.

Di lokasi berdekatan itu juga, beberapa pengusaha lain turut mengubah rumah-rumah kedai empat tingkat kepada tempat perlindungan burung. Ia sekali gus mewujudkan persaingan sesama mereka. Mereka yang bekerja atau menetap di kawasan berdekatan mula mengasingkan diri daripada kicauan dan najis-najis burung.

"Bunyinya sangat kuat dan membingitkan telinga. Malah, najis-najis burung itu mungkin membahayakan kesihatan kami," kata Abdul Hamid Abdullah, seorang penduduk tempatan kepada AFP, sambil melihat kawanan burung yang berterbangan keluar dan masuk dari bangunan-bangunan tersebut.


Mencegah proses penuaan.

Lelaki berusia 46 tahun itu menambah, burung-burung sepatutnya membina sarang di habitat semula jadi iaitu di dalam gua.

Industri pembiakan burung layang-layang di Malaysia telah bermula sekitar tahun 1980-an. Namun, ia mula mendapat momentum selepas krisis kewangan Asia yang berlaku pada 1997. Pada ketika itu, pihak pengusaha mula mengubah suai bahagian dalam bangunan-bangunan terbengkalai untuk dijadikan 'motel-motel' burung.

Para penggemar sajian sup yang popular di China, Hong Kong dan Taiwan percaya masakan itu mampu mencegah proses penuaan. Selain itu, sup sarang burung juga dikatakan dapat meningkatkan nafsu seks, mencegah penyakit paru-paru dan menaikkan seri wajah.

Setiap satu kilogram sarang yang berbentuk seakan-akan cawan boleh mencecah harga RM4,000. Margin keuntungan yang besar dan kekurangan kekangan undang-undang menyumbang kepada pembinaan lebih banyak 'ladang' burung layang-layang di kawasan berpopulasi tinggi secara haram.

Kenneth Khoo dari Persatuan Industri Kecil dan Sederhana di Pulau Pinang memberitahu AFP bahawa nilai perdagangan sarang-sarang burung mentah dianggarkan mencecah RM20 bilion di peringkat global.

"Penternakan burung layang-layang di Malaysia adalah satu industri yang kian berkembang. Permintaan yang diterima melebihi bekalan kerana terdapat semakin ramai orang Cina yang kaya," katanya sambil memberitahu sup sarang burung kekal sebagai 'hidangan pilihan' perniagaan makanan di China, Hong Kong dan Taiwan.


APAKAH nasib generasi baru burung layang-layang jika industri sarang burung terus berkembang pesat?

Menurut Khoo, Indonesia mengawal sehingga 70 peratus perniagaan tersebut di rantau ini dengan sarang-sarang burung diperoleh dari gua dan ladang penternakan. Malaysia dan negara Thailand pula muncul sebagai dua pengeluar utama sarang burung di rantau ini.

Dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 35,000 buah ladang penternakan burung layang-layang di Malaysia. Namun, hanya sekitar 4,500 pengusaha yang memiliki permit operasi yang sah dalam perniagaan bernilai RM800 juta sehingga RM1.2 bilion itu.

Kerancakan industri yang berkembang sehingga ke perairan barat dan timur Semenanjung Malaysia itu, bagaimanapun mendapat bantahan daripada orang ramai. Malah aktivis-aktivis haiwan turut mendesak aktiviti itu diharamkan sepenuhnya.

Terdapat juga dakwaan-dakwaan tentang kekejaman terhadap haiwan tersebut memandangkan para penternak dikatakan tanpa belas kasihan memusnahkan anak-anak burung serta telurnya. Tindakan itu dilakukan untuk mendapatkan sarang burung layang-layang ketika harganya melonjak tinggi.

Kumpulan pemuliharaan haiwan, Friends of The Earth turut mengutuk aktiviti perdagangan tersebut. Mereka menggesa kerajaan agar menutup semua ladang penternakan burung layang-layang yang kian meningkat berlipat kali ganda.

"Industri yang berkembang secara drastik itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai. Mereka risau tentang kesihatan dan bilangan 'hotel' burung yang muncul.

"Para pengutip sarang burung tidak sempat menunggu anak-anak burung itu membesar. Jadi, anak-anak burung itu akan dicampak ke lantai atau dibiarkan mati selepas sarangnya diambil," jelas Mohamad Idris, presiden kumpulan tersebut dari cawangan Malaysia.

Bimbangkan masalah yang timbul dalam aspek penternakan, selain 'kebajikan' burung layang-layang, pihaknya menggesa agar kerajaan mengharamkan semua aktiviti penternakan tersebut. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2009 02:17 PM | Show all posts
Harga cecah RM10,000 sekilogram

Oleh SYED AZWAN SYED ALI

Di sebalik kerancakan industri sarang burung walit yang kini mencecah RM1 bilion ringgit setahun, beberapa isu berbangkit dilihat akan mempengaruhi pembangunan industri tersebut di Malaysia.




MASALAH pelesenan premis burung walit yang dibina di kawasan bandar dilihat mampu menggugat perkembangan industri tersebut. Kekangan itu dibuat berikutan burung walit didakwa menggugat populasi penduduk di sekitarnya, terutama dari aspek risiko penyakit yang dikaitkan dengan haiwan tersebut.

Masalah pengurusan dan pemantauan juga dikatakan menyentuh sensitiviti penduduk terlibat. Justeru, ia menimbulkan dilema di kalangan pedagang sarang burung walit.



KIRI ATAS: KEBANJIRAN premis yang menjadi lokasi penternakan burung walit meresahkan ramai pihak.
KANAN ATAS: BURUNG walit dewasa menggunakan air liurnya untuk membina sarang yang terletak di bahagian siling bangunan,
BAWAH: SARANG burung yang telah sempurna perlu diasingkan bulunya.

Masalah itu amat ketara di Sarawak, lokasi di mana premis burung dilarang dibina di kawasan bandar. Sedangkan pada masa yang sama, negeri itu mempunyai lebih 1,500 premis burung 'haram' yang perlu ditangani secara bijak oleh pihak berkuasa.

Persoalannya, sejauh manakah benarnya andaian itu dan apakah jalan penyelesaian terbaik supaya hasrat kerajaan untuk memperkasa industri burung walit tidak berkubur di tengah jalan?

Isu pelesenan

Apakah ia relevan untuk dilihat dalam konteks kenegerian? Atau isu itu merupakan masalah yang harus ditangani secara holistik melalui kerjasama dan persefahaman yang seiring antara agensi berkaitan dengan kerajaan negeri terbabit?


BURUNG walit dewasa menggunakan air liurnya untuk membina sarang yang terletak di bahagian siling bangunan,

Isu pelesenan rumah burung bermula apabila pihak berwajib melakukan operasi membersihkan premis burung walit di Mukah, Sarawak pada Oktober tahun lalu. Ia dilihat membuka mata umum mengenai kewujudan industri sarang burung walit.

Turut dipersoal, cara operasi itu dilakukan. Anak burung walit iaitu spesies yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 1972, dibiarkan mati dari sarang yang dirampas seperti disiarkan di laman youtube.com.


Rentetan daripada operasi itu, isu tersebut mula dibangkitkan oleh Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Mukah, diikuti Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit di Sibu dan Sarikei. Mereka meminta Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud campur tangan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Pemilik premis burung walit dikatakan mahu terus beroperasi di premis sedia ada. Kebanyakannya adalah lot rumah kedai terbengkalai yang kemudian membawa hasil yang sangat lumayan kepada pedagang burung walit.

Dibangunkan secara terkawal

Sarang burung walit di negara ini dikatakan berkualiti tinggi. Ia mendapat sambutan menggalakkan di pasaran China dan Arab. Harganya dilaporkan mencecah RM10,000 sekilogram.

Namun di sebalik potensi itu, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Sarawak tidak membenarkan spesies itu diternak di kawasan bandar, kecuali habitat asalnya seperti gua. Ini menyukarkan keadaan bagi industri burung walit.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak yang juga Kontroler Hidupan Liar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh menegaskan bahawa kerajaan negeri mahu industri sarang burung walit dibangunkan secara terkawal mengikut undang-undang yang ada.

Len Talif berkata, kira-kira 100 lesen diluluskan daripada antara 600 hingga 700 permohonan yang diterima sejak Mei lalu.

"Kebanyakan lesen diluluskan itu melibatkan old-player (pengusaha lama) yang memenuhi syarat. Selebihnya ditolak kerana premis burung itu terletak di kawasan bandar," kata Len Talif kepada Bernama ketika dihubungi di pejabatnya di Kuching baru-baru ini.

Beliau berkata, penguatkuasaan akan tetap diteruskan sehinggalah isu itu selesai sepenuhnya.


BURUNG ini mampu memberi pulangan yang sangat lumayan kepada pengusahanya.

Sumber industri melihat pemberian lesen sebagai perkembangan yang positif. Jika dibandingkan dengan keadaan sebelum Mei lalu, hanya dua daripada lebih 1,500 premis burung walit di negeri itu mempunyai lesen.

Pemberian lesen oleh Jabatan Hutan dan Kontroler Hidupan Liar Sarawak melibatkan pedagang sarang burung dari Mukah, Bintulu, Kuching, Kota Samarahan dan Sarikei. Ia meliputi kawasan pertanian yang telah dikenal pasti.

Pengusaha juga perlu mendapat kelulusan daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Tanah dan Survei, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta pihak berkuasa tempatan.

Satu berita baik adalah kerajaan negeri juga akan membina tiga taman eko (eco-park) burung walit di Mukah, Sarikei dan Bintulu untuk dijual atau disewakan kepada pihak yang berminat.

Kelonggaran untuk beroperasi

Namun kesangsian terhadap jaminan burung akan singgah dan bersarang di taman eko yang dibina, selain faktor birokrasi, menyebabkan sebilangan besar pemilik rumah burung mahu kerajaan negeri memberi kelonggaran beroperasi di premis sedia ada.

Mereka juga berharap kerajaan negeri mengguna pakai garis panduan penternakan seperti Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP) Burung Walit, yang membolehkan pedagang sarang burung walit di Semenanjung membina premis burung di kawasan bandar.


SARANG burung walit yang telah dikumpul perlu diproses sebelum boleh dijual.

"Kami akan ikut garis panduan ini," kata pengerusi Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit Sarikei, Wong Hua Ting.

'Permintaan' itu nyata menimbulkan situasi bertentangan antara pihak kerajaan negeri yang bertegas premis burung walit hanya boleh dibina di tanah pertanian atau taman eko yang disediakan.

Keadaan itu pasti akan menimbulkan situasi panik dalam kalangan masyarakat. Terutama apabila terdapat hujah mengenai ancaman penyakit yang melibatkan spesies burung itu.

Sehingga hari ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan daripada lebih daripada 5,000 ujian dilakukan, spesies burung walit didapati bebas daripada selesema burung dan penyakit sampar ayam.

PELESENAN yang sistematik perlu bagi memangkin pembangunan industri ini. - Gambar hiasan

Pendaftaran dengan JPV

JPV adalah agensi peneraju industri burung walit negara sejak status itu diputuskan oleh Kabinet pada April lalu. JPV sedang menyiapkan garis panduan penternakan burung walit yang akan dibawa ke perhatian Jawatankuasa Pemandu Mengenai Industri Walit Negara pada 14 Disember ini.

Garis panduan yang dikenali sebagai 1GP itu mewajibkan setiap premis burung walit didaftarkan dengan JPV. Namun sebelum garis panduan itu diterima pakai oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini, ia akan dibawa ke perhatian Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka pada Mac depan.

"Garis panduan ini akan menjadi standard untuk semua PBT. Ia akan membantu para pedagang dan pemilik rumah burung untuk menceburi bidang ini dengan lebih teratur," kata Pengerusi Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung walit, Datuk Beh Heng Seong.


SALAH sebuah rumah burung walit yang dibina di atas tanah berstatus pertanian di Mukah, Sarawak.

Tiada lagi rampasan

Mengenai garis panduan itu, Len Talif berkata kerajaan negeri Sarawak akan menerima garis panduan tersebut selagi ia tidak bercanggah dengan ordinan negeri yang akan terus dikuatkuasakan.

Difahamkan juga bahawa operasi penguatkuasaan di Sarawak tidak lagi akan merampas sarang burung. Sebaliknya, kompaun dikenakan manakala peralatan berkaitan akan dirampas. Ia bagi mengelakkan berlakunya populasi burung bersarang di bangunan berdekatan.

Perkembangan itu dilihat sebagai indikasi positif dalam cara penguatkuasaan dilakukan. Namun ia bukanlah lesen untuk semua pihak terus membina premis burung tanpa kelulusan sah.

Apa yang pasti, hasrat kerajaan untuk mempunyai 100,000 ladang burung walit dengan pengeluaran 500 tan sarang burung setahun bernilai RM5 bilion menjelang 2020 tidak akan menjadi kenyataan, selagi isu pelesenan tidak diselesaikan segera.

Kerjasama semua pihak termasuk agensi berkaitan, kerajaan negeri dan pedagang sarang burung perlu untuk menjayakannya. Itu pun jika negara mahu menjadi pengeluar utama sarang burung walit, setanding dengan Indonesia dan Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 07:29 PM | Show all posts
saya berminat cara anda perkenalkan perushanan ini lawati laman blog saya http://layang-layang-gua.blogspot.com. pengalaman pakdin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2010 09:13 AM | Show all posts
ez dlm proses memulakan perusahaan burung walit nie..amat berminat..masih lg research dan bljr mengenainye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.347898 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list