View: 3714|Reply: 11
|
ancaman baru kalu pakej HP murah/TIADA IMEI!!!
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by medangmru at 28-6-2009 08:04
Ancaman baru telefon murah
Oleh AMREE AHMAD
Tindakan India mengharamkan jualan telefon murah buatan China dan Taiwan kerana tiada IMEI mendedahkan bahaya senyap yang tidak disedari pengguna sejak sekian lama.
JIKA anda berhasrat hendak berniaga di India, antara produk yang mungkin sesuai dijual di pasaran negara itu ialah telefon bimbit. Jangan terkejut, pengguna talian mudah alih di negara rantau Asia Selatan itu kini mencecah lebih 415 juta orang.
Angka itu baru meliputi 36 peratus daripada keseluruhan penduduknya yang berjumlah 1.2 bilion. Jirannya, Pakistan turut mencatat senario yang sama dengan memiliki 93 juta pengguna telefon selular atau 58 peratus daripada jumlah penduduk.
Tetangga miskin, Bangladesh tidak kurang hebat apabila merekodkan 46.5 juta pelanggan atau 29 peratus daripada keseluruhan penduduknya. Sekadar perbandingan, Malaysia agak jauh ketinggalan dengan cuma 20 juta pengguna.
TELEFON bimbit boleh digunakan untuk
mengintip atau melakukan jenayah lain. - Gambar hiasan
Bagaimanapun pada minggu lalu, dunia gempar dengan tindakan drastik kerajaan India mengharamkan pengimportan telefon mudah alih dari China dan Taiwan. Alasannya ialah sebagai antara langkah keselamatan domestik.
Ini kerana telefon buatan dua buah negara itu dikesan tidak dilengkapi dengan International Mobile Equipment Identity (IMEI). Ironi, kod siri 15 digit itu sebenarnya bukan syarat standard pembuatan produk telekomunikasi.
Namun tidak ramai tahu bahawa tanpa IMEI, pengguna boleh melakukan sabotaj kerana panggilan yang dibuat gagal dikesan oleh operator telekomunikasi. Malah pihak berkuasa juga tidak dapat menjejaki rekod mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikirim si penjenayah.
Langkah berani itu dipuji Presiden Persatuan Selular India, Pankaj Mohandroo yang sekian lama meminta pihak kerajaan berbuat demikian.
“Kami sudah letih berkempen mendesak kerajaan menyekat kemasukan telefon bimbit dari China dan Taiwan, bahkan ada bukti suspek pengganas siri serangan di Mumbai juga menggunakan produk telekomunikasi ini kerana ia tiada IMEI,” jelas beliau.
Ketiadaan siri itu yang biasanya dilekatkan di belakang telefon bimbit turut mendedahkan pengguna kepada risiko jika berlaku kecurian. Data di dalam telefon juga boleh dieksploitasi penjenayah untuk memintas dengar perbualan.
Hakikat yang tidak disedari ramai ialah telefon tanpa IMEI sebenarnya banyak terdapat di pasaran. Ia menerima permintaan tinggi kerana berharga murah. Di India, telefon sedemikian dijual dari serendah RM60 sehingga RM120 sebuah.
Kelebihan IMEI
Di Malaysia, telefon jenis ini lazim dikenali sebagai AP iaitu rujukan kepada telefon selular bukan tulen yang dipasang dalam negara. Ia tiada jaminan jika rosak dan berbeza dengan produk asli biasanya disebut sebagai Zitron atau Avax.
Sehingga kini, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu IMEI. Singapura yang terkenal dengan undang-undang ketat juga belum mewajibkan IMEI.
Tidak hairanlah republik itu menghadapi lambakan telefon bimbit tanpa IMEI yang dijual murah. Ada secara sinis berkata, ketiadaan IMEI membolehkan suspek militan berbahaya, Mas Selamat Kastari gagal dikesan sebelum dia meloloskan diri ke Johor.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat ini tidak memberi apa-apa ulasan berkenaan tindakan keras India itu. Malaysia cuma mewajibkan pendaftaran untuk pengguna baru sama ada pakej prabayar atau pascabayar.
Situasi sebegini bakal mendedahkan negara kepada risiko pemalsuan data pengguna kerana rekod pendaftaran boleh diubah suai. Bahkan peraturan mengenai IMEI tidak dinyatakan secara terang termasuk menerusi laman web SKMM sendiri.
Ini bermakna pemasangan kod IMEI adalah tertakluk kepada budi bicara pengeluar telefon bimbit. Mungkin ada berpendapat, IMEI mengganggu hak asasi individu kerana pergerakan dan data peribadi pengguna dapat dikesan oleh pihak berkuasa.
Ia ada kebenaran tetapi perkembangan semasa membuktikan IMEI lebih banyak kebaikan daripada keburukan terutama aspek keselamatan. Di Eropah, mangsa culik atau sesat di hutan mudah dijejaki dengan bantuan IMEI dari telefon bimbit.
Bayangkan walaupun bateri telefon itu sudah habis, pihak berkuasa dapat mencari mereka kerana frekuensi IMEI dipancar melalui isyarat bateri kecemasan. Jika dicuri, telefon tersebut masih boleh dikesan waima ditukar kad sim pemilik.
abg aku beli hp kat singapore mmg murah... padan pun sbb tadak IMEI.... aku pakai hp mana2 pun aku tarak kisah... siyesly... yg penting dapat communicate... tu aje yg pertinent pada aku bila guna hp nih!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
jap...jap...kalau x silap aku HP dr China ni ( TV Pone kebanyakannnya ) mmg ada IMEI.....sbb pernah check dulu ... |
|
|
|
|
|
|
|
Namun tidak ramai tahu bahawa tanpa IMEI, pengguna boleh melakukan sabotaj kerana panggilan yang dibuat gagal dikesan oleh operator telekomunikasi. Malah pihak berkuasa juga tidak dapat menjejaki rekod mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikirim si penjenayah.
Malaysia tak payah la bimbang
tak signifikan pon no imei ni kt msia ni...
IMEI ni salah satu kekdah nak trace penyalahgunaan komunikasi
unless telco kat msia ni serius nak make full use imei ni
dulu kata nak guna sistem yang blh block phone melelui imei
tapi imei number pon blh klon...
so kekdah yang terbaik, register kan aja akaun masing2...
abis citer |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ape pulak risiko kalu dedahkan IMEI di internet??
aku pernah cuba unlock phone via IMEI kat certain website.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku blom penah lagi la jumpa hp x imei ni... teringin gak nak tengok.... |
|
|
|
|
|
|
|
ada ke yg xde imei?... x penah tgk lg... |
|
|
|
|
|
|
|
hpon AP pun ada IMEI nih!... penulis rencana tu buta pasal hpon ni... |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahah Paler......ada gak org nampak pasal apa yg dikatakan penulis ni yek....Mmg buta Pun...tak wat analisis dan kajian mendalam.....sumer nyer main tabur je....apa yg dikatakan oleh pihak lain terus main sebut je dlm artikel dia....:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sapa2 pernah tukar No IMEI tak????boleh ke ditukar????kalau camtu....kita beli AP HP....dah sah2 IMEI tepek kat kotak dan IMEI HP lain kan...kalau main senang2 tukar....rsnya dah ramai org tertipu bila beli ...tul tak....sbb ada yg tahu kalau no IMEI kat kotak dan IMEI kat HP bila sama...adalah HP ori...kekekeke........ |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab utama india haram hp china adalah kerana desakan dari syarikat besar hp yang ada. Rata-rata orang India ni bukan kaya sangat, jadi depa selesa pakai hp murah dari china. Majoriti di India suka hp murah sebab ekonomi yang terdesak, tidak seperti di Malaysia, walaupun ada hp murah namun taraf hidup rakyat di sini lebih tinggi dah mempunyai kemampuan untuk membeli hp dari syarikat besar yang lebih mahal. Walaupun di Malaysia dilimpahi oleh hp China, namun pasaran hp biasa tetap berjalan.
Tetapi lain di India, kehadiran hp China yang murah menyebabkan syarikat besar rugi berjuta-juta disebabkan kecenderongan rakyat India memilih hp murah. Bayangkn pengguna hp di India yang beratus juta orang tu, syarikat hp yang besar2 akan rugi beratus juta juga jika pembeli beralih dengan membeli hp china. Bagi rakyat India, membeli hp china adalah satu pilihan bijak dan menjimatkan. Kerana hp lain dari syarikat besar mahal dan banyak fungsi tidak mampu digunakan di seluruh india. Kebanyakannya nak buat call dan sms jer... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebab utama india haram hp china adalah kerana desakan dari syarikat besar hp yang ada. Rata-rata orang India ni bukan kaya sangat, jadi depa selesa pakai hp murah dari china. Majoriti di India suka ...
paler kembang Post at 8-7-2009 17:28
memang paler ko kembang la...baik nyer analisis...hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
10# paler kembang
Kredit +25 -good point |
|
|
|
|
|
|
| |
|