View: 6834|Reply: 47
|
Festival Floria Putrajaya 2009
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 1-7-2009 18:47
Festival Floria Putrajaya 2009
Oleh HELMI MOHD. FOAD
[email protected]
PUTRAJAYA 30 Jun - Festival Bunga dan Taman (Floria) Putrajaya 2009 yang akan berlangsung mulai 1 hingga 9 Ogos ini di sini menjanjikan kemeriahan lebih berwarna-warni dengan lebih 350,000 pengunjungdijangka hadir.
Bakal menampilkan 400,000 jenis bunga-bungaan dan tanaman hiasan dalam taman yang indah, Floria Putrajaya 2009 menjadikan pelbagai jenis orkid di negara ini sebagai bunga tema dan tarikan utama.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, festival kali ini membawakan kelainan dengan mempamerkan konsep taman herba dan sayur-sayuran.
Menurutnya, ia juga merangkumi pameran taman korporat, taman universiti dan sekolah, taman agro ornamental, pameran taman istimewa, taman bazaar, mart hortikultur, Laman Seni dan Kiddie Garden.
Kata beliau, penganjuran festival itu sejajar dengan komitmen kerajaan untuk memajukan Putrajaya sebagai bandar raya yang ceria dan bertenaga.
''Saya harap warga kerja kementerian dan Perbadanan Putrajaya sentiasa menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman baru supaya mereka dapat menyelia dan melestarikan Putrajaya sebagai bandar contoh dengan berkesan.
''Tahap kompetensi yang tinggi sangat diperlukan bagi mengekal dan meningkatkan kualiti, bukan sahaja dalam aspek penganjuran festival ini malah dalam menyelenggara landskap dan taman-taman di Putrajaya,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pra pelancaran Floria Putrajaya 2009 di sini hari ini
Festival dua tahun sekali itu dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan.
Dibuka secara percuma kepada orang ramai mulai pukul 9 pagi hingga 10 malam, ia akan diadakan di tapak Persisiran Tasik, Presint 2 di sinidengan tema 'Kemeriahan Warna'.
Hadir sama Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman.
Sementara itu, Samsudin berkata, pihaknya yakin sebanyak 67 lot yang disediakan akan dipenuhi oleh peserta festival termasuk para penjual produk bunga-bungaan.
Jelas beliau, festival tersebut turut disertai oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), institusi pengajian tinggi dan 20 buah sekolah.
''Sepanjang festival itu, para pengunjung bukan sahaja berpeluang menyaksikan pameran taman dan bunga-bungaan malah membeli produk-produk yang dijual.
''Kita juga akan adakan demonstrasi, ceramah perkebunan dan teknik penanaman bunga," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sentral: 400,000 pelancong dijangka hadiri festival bunga Putrajaya 2009
Oleh Haika Khazi
[email protected]
PUTRAJAYA: Lebih 400,000 pelancong tempatan dan asing dijangka menghadiri Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2009 (Floria Putrajaya 2009) yang mempamerkan lebih 400,000 jenis bunga hiasan berwarna-warni di Persiaran Tasik, di Presint 2 di sini, selama sembilan mulai 1 hingga 9 Ogos ini.
Majlis pelancaran Floria Putrajaya 2009 bertemakan 'Kemeriah Warna' itu akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, pada 2 Ogos.
Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata program itu mampu menarik minat lebih ramai pelancong asing dan tempatan ke Putrajaya berikutan sambutan luar biasa diterima sempena penganjuran Floria Putrajaya 2007.
Samsudin berkata, penganjuran Floria Putrajaya 2009 juga membuktikan komitmen Perbadanan Putrajaya dalam usaha membangunkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini sebagai 'Vibrant City'.
Katanya, program berkenaan juga membuka peluang kepada pemain industri landskap dan hortikultur di Malaysia untuk mengetengahkan, mempamerkan dan memasarkan produk masing-masing.
"Saya yakin program yang mempamerkan pelbagai jenis tanaman, tumbuhan herba, landskap dan bungaan terutama orkid keluaran tempatan mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong terutama peminat Orkid dari seluruh dunia untuk mengunjung Floria Putrajaya 2009.
"Program ini secara tidak langsung dapat memperkukuhkan imej dan mempromosikan Putrajaya sebagai "Bandaraya Dalam Taman dan Bandaraya Berbunga" serta menjadikan sektor pelancongan sebagai penggerak utama ekonomi di Putrajaya," katanya.
Floria Putrajaya 2009 akan dibuka secara percuma setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 10 malam. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi 03-88875034 atau laman web di www.ppj.gov.my. |
|
|
|
|
|
|
|
da ade alik eh...menarik ni |
|
|
|
|
|
|
|
aku bcadang nak pegi...:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
haku penah pegi tahu 2007 punyer...wahh best siottt...aku minat kat pokok-pokok bonsai san okid.
haku ingat nak pegi la... |
|
|
|
|
|
|
|
jANGAN LEPASKAN PELUANG.... |
|
|
|
|
|
|
|
?v=0 |
|
|
|
|
|
|
|
aku nk pi la... nk tgk bunga2 |
|
|
|
|
|
|
|
suke tgok bunga2..cantek..
nk gi lh nnti.. |
|
|
|
|
|
|
|
wawawawawa....tgk laa kalu free masa tu nnt nk gi laa.... |
|
|
|
|
|
|
|
jemput datang ke putrajaya |
|
|
|
|
|
|
|
lAGI BAPER ARI TINGGAI NI NAK GI fEISTA flora
mesti best kan |
|
|
|
|
|
|
|
cinta yang sedang mekar bagaikan bunga yang sedang kembang... |
|
|
|
|
|
|
|
harus bwk anak2 tgk bunga weekend nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Floria kembali lagi
PUTRAJAYA: Kemeriahan Festival Bunga dan Taman (Floria) Putrajaya 2009 kembali lagi.
Festival bertemakan ‘Kemeriahan Warna’ akan berlangsung mulai Sabtu ini (esok) hingga 9 Ogos di kawasan seluas enam hektar (15 ekar) di Persisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya, dan dibuka percuma kepada pengunjung bermula jam 9 pagi hingga 10 malam.
Festival anjuran Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan itu juga menjanjikan lebih kemeriahan apabila lebih 400,000 jenis bunga-bungaan dan tanaman hiasan dengan orkid menjadi bunga tema pasti memukau perhatian.
Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata festival itu akan dirasmikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ahad ini.
Samsudin berkata, pihaknya mensasarkan 400,000 bakal mengunjungi festival kali kedua itu selepas kejayaan penganjuran kali pertama dua tahun lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
kene pakai Mask NI....
sebab PUblic kawasan terdedah...... |
|
|
|
|
|
|
|
kak dilla,
nanti amek gambo bebanyak yerk.. |
|
|
|
|
|
|
|
kak dilla,
nanti amek gambo bebanyak yerk..
Syd Post at 31-7-2009 10:59
Syd tak pergi ke?
Jom aaa syed turun skali
kak dilla pun rasa rasa nak smpai sana B4 per arakkan tuh |
|
|
|
|
|
|
|
kaka dila, nanti amik gambo bunga byk2 taw..
arine ada pasar tani..ingat nak singgah japs jenguk2 |
|
|
|
|
|
|
|
PP
hang tak Pi ka?
jom aaa PP |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|