CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4821|Reply: 4

Tanah pusaka adat

[Copy link]
Post time 10-7-2009 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 10-7-2009 12:08

Tanah pusaka adat boleh dijual
Oleh HUSAINI AMRAN
[email protected]


SEREMBAN 9 Julai - Tanah pusaka yang dimiliki melalui sistem pewarisan harta adat perpatih boleh dijual atau digadai jika memenuhi syarat.

Lembaga Luak Ulu Muar, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget berkata, mereka boleh berbuat demikian jika mengalami kesempitan wang untuk membaik pulih rumah pusaka yang rosak, membiayai kos pengurusan jenazah ahli keluarga serta menampung perbelanjaan majlis perkahwinan anak perempuan.

Beliau berkata, penjualan tanah adat hanya boleh dilakukan semasa giliran 'perut' pemiliknya menyandang pesaka Lembaga, Penghulu atau Undang luak.

"Bagaimanapun tanah adat berkenaan tidak boleh dijual kepada pembeli dari suku yang lain atau tidak sewaris. Urusan jual beli itu perlu mendapat kelulusan lembaga terlebih dahulu," katanya.

Khalid berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Adat Nan Diuca Pakai' pada program Syarahan Negeri Sembilan 2009 di Klana Resort dekat sini hari ini.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menghadiri program berkenaan dengan diiringi Tunku AmpuanBesar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Program tersebut dianjurkan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilanmenjelang sambutan Pesta Adat Perpatih 2009 pada 11 dan 12 Julai ini.

Ia dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail.

Sementara itu, Khalid memberitahu, tanggapan kurang tepat berhubung perbilangan 'biar mati anak, jangan mati adat' hendaklah diperbetulkan.

Menurutnya, terdapat segelintir pihak mendakwa perbilangan tersebut menggambarkan unsur kezaliman dan penganiayaan dalam adat perpatih.

''Sebaliknya, perbilangan itu membawa maksud sistem perundangan dalam adat perpatih perlu dilaksanakan tanpa mengira pangkat dan darjat individu yang melakukan kesalahan," kata Khalid.

Malah, jelas beliau, pihak yang diberi kuasa menjatuhkan hukuman sewajarnya menjalankan tugas dengan adil walaupun pesalah adalah anaknya sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2009 12:09 PM | Show all posts
baru semalam borak ngan kawan baik aku, kak datin
yang baru jer bapak dia meninggal
bz dia pasal urusan tanah ni segala.
then dia citer..ala...uruskan pung
tak kemana...
tanah ciput jerk, tapi penama dalam tu skit nyer banyak
tak boleh jual..
sbb tu lah tanah kat N9 banyak tak laku ke, tak diusahakan ke apa tah dia bebel
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 09:31 PM | Show all posts
tanah felda je......den ado
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 03:52 PM | Show all posts
tanah adat ni..anak pompuan yo dapek kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2009 04:03 PM | Show all posts
Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.074605 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list